SENGKUANG LAYU

669 36 0
                                    

Joyah mengerling jam dinding di atas pintu masuk tertulis Final Check yang mana destinasi terakhir board sebelum diangkut ke lori. Jarum telah menunjukkan angka 11 setengah malam rupanya. Puas melayan borak kakak-kakak yang tekun meneliti board di dalam Joyah berjalan-jalan lagi untuk meneruskan tugas. Suasana macam biasa. Joyah tersengih seorang diri bila nampak Kak Tipah yang tersengguk-sengguk sambil berdiri. Realiti kerja malam. Joyah pun sama sebenarnya usahkan Kak Tipah yang sudah beranak pinak. Itu pun nasib kerja Joyah memerlukan dia berjalan ke hulur hilir.

      Suhu sejuk bertukar hangat sebaik menghampiri mesin solder di suatu bahagian kilang. Abang Sood iaitu technician mesin dilihat sungguh komited dengan amanah yang diberi di tepi conveyor . Muka nak serius control handsome pulak tu. Memang panas di situ. Sebelum itu Joyah ada melepaskan satu board ketika dia kebetulan lalu di proses memasang komponen besar. Waktu sebegini tidak berapa sibuk dibandingkan ketika mula-mula masuk dan waktu hampir tamat shift. Joyah meneruskan langkahnya ke meja yang disediakan untuk departmentnya. Dari jauh lagi Joyah nampak Kak Peah sedang menulis report bersama Meon dan Sudin.

      Di lorong sebelah kiri,mata Joyah tertancap pada seseorang yang sudah lama dia tidak bersua. Sepanjang menapak Joyah tidak lepas memandang Kak Jemah hinggalah sebuah almari memisahkan mereka. Sambil-sambil dia terfikirkan Kak Jemah yang sudah sihat setelah melakukan pembedahan apendiks.
    "Kak Jemah dah naik kerja la," beritahu Joyah lalu melabuhkan punggung di sebelah Kak Peah yang syok  menulis. Tangan Joyah meraba-raba kocek smock mencari pen hitamnya.
    "Belum la. Minggu depan dia masuk kerja," cantas Kak Peah selamba masih meneruskan kerja.

      "Dah la kak. Saya tengok dia tengah solder board 2," Joyah mempertahankan kenyataannya. Lehernya dipanjangkan dengan mulut muncung menghala tempat dimaksudkan." Eh,tadi ada la!"Joyah terduduk kembali. Mukanya yang tebal dengan bedak bertambah putihnya.

      "Ayuk...kau nampak siapa...," Kak Peah mula menakutkan Joyah. Sudin dan Meon pun sama. Buat-buat bulat mata. Terkejutlah konon. Cepuk karang. Dia tidak mereka cerita. Ah, biarlah! Bukan penting pun. Joyah persetankan saja setan tersebut. Ternyata dia memang terlihat copy paste Kak Jemah. Bila diingat kembali,memang benda itu menyerupai Kak Jemah yang memakai selendang merah menyala. Duduk di antara dua orang senior di line dan  sedang mematri board seperti pekerja lain. Tetapi dia membelakangi Joyah dengan kerusinya sedikit rendah. Kira-kira meja line berada separas dadanya.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now