Aku merupakan seorang pekerja yang bertauliah lagi saksama. Ramai rakan sekerjaku yang kagum dengan pencapaian yang telah aku buat selama ini. Aku bukanlah seorang yang bijaksana pada mulanya. Aku meminta kerja disyarikat ini dengan menggunakan sijil SPM sahaja. Aku bekerja tanpa pengalaman dan aku bersyukur dengan syarikat yang menerima aku bekerja ini kerana mereka tidak kisah samada aku berpengalaman atau tidak. Aku mengerti bahawa pada zaman serba moden kini makin ramai syarikat yang memerlukan pekerja yang berpengalaman sekurang-kurangnya dua tahun. Sebelum ini sudah banyak syarikat yang menolak permohonan bekerja aku hanya kerana tiada pengalaman. Aku sering terfikir, bagaimanakah seseorang yang lepasan SPM ingin ada pengalaman bekerja jika tidak diberi peluang dan tunjuk ajar? Tidak semestinya kena masuk universiti dan mempunyai degree baru boleh mempunyai pengalaman, itu pun umurnya sudah mencecah 20-an ke atas. Belum tentu boleh dapat kerja lagi jika mempunyai degree. Sesetengah syarikat meletakkan syarat untuk temu duga bagi yang fresh-graduate seperti aku. Aku pun tidak faham dengan daya pemikiran orang seperti itu. Akan tetapi, aku telah membuktikan bahawa aku boleh berjaya tanpa diploma atau pun degree. Dengan hanya menggunakan sijil SPM saja aku telah memperoleh kejayaan. Dan, aku banyak juga menerima pekerja baru yang sama nasib dengan diriku. Ada yang tidak pernah langsung ada pengalaman dan ada juga yang pernah ada pengalaman. Dengan berbekalkan kerajinan dan usaha seratus peratus, kini aku telah berjaya memegang jawatan Manager di syarikat ini. Alhamdulillah aku ucapkan kerana telah diberikan peluang sebegini.
Pada mulanya gaji asasku hanya RM900.00, namun dengan usaha aku yang bertingkat-tingkat, aku telah dinaikkan jawatan ke manager dan memperolehi gaji asas sebanyak RM5000.00 sebulan, itu belum masuk bonus lagi. Yang penting usaha, berikan fokus seratus peratus dan kedatangan memang kena jaga. Memang akan nampak seperti macai atau pun kuli batak akan tetapi hasilnya nanti pasti memuaskan. Kesabaran juga antara aspek yang penting. Kini umur aku sudah mencecah 22 tahun, hanya mengambil lima tahun untuk aku pegang jawatan sebagai manager. Ramai juga pekerja yang agak tidak puas hati dengan aku kerana aku boleh memegang jawatan ini dalam usia yang sangat muda. Tapi itu semua aku tolak ke tepi, apa yang penting bagi aku sekarang, aku telah pun berjaya.
Kini, sudah sebulan lebih aku memegang jawatan sebagai manager. Alhamdulillah, ramai pekerja yang bekerja bawah aku sudah tidak menyimpan hasrat dengki pada aku lagi. Mungkin kini mereka sudah sedar dengan apa yang aku beritahu mereka selama ini. Ya, setiap hari aku memberikan syarahan pada mereka dan aku tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat buat mereka semua. Aku tidak marah jika mereka melakukan kesilapan, tetapi aku akan tegur dalam keadaan yang tegas supaya mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama. Sehinggakan aku mampu mengubah sikap dan perangai bos aku yang dahulunya suka memarahi semua pekerja. Tetapi selepas dia melihat bagaimana cara aku mendidik pekerja, dia perlahan-lahan berubah.
"Hoi, jauh termenung nampak? Teringat kat siapa tu Mi?" lamunan aku terhenti selepas ditegur.
"Ahh. Kau ni Kamil. Bagilah salam dulu kalau ya pun. Nak relaks sikit pun tak boleh." balas aku.
"Haha. Jangan berangan sangat Mi. Jadi Mat Jenin nanti, kita kat tingkat 30 ni." sambung Kamil lagi.
"Mulut kau ni memang nak kena cili agaknya. Jangan celupar sangat Kamil, kejap lagi bangunan ni runtuh, kau aku cekik kang." balas aku dalam nada bergurau.
"Eh, itu ya celupar. Haha!" tawa Kamil disambut dengan tawa aku. Kamil merupakan pembantu kanan aku di dalam syarikat ini. Walaupun usianya 4 tahun jauh lebih tua dari aku, tetapi dia aku anggapkan sebagai kawan dan abang di dalam hidup. Kami berdua menyewa di apartment yang sama dan tinggal sebumbung. Jika tiada Kamil, mungkin tidak berapa ceria pejabat ni sekarang. Kerana Kamil seorang insan yang pandai berjenaka dan pandai mengambil hati semua orang. Ramai yang senang hati dengan kehadiran Kamil.
"Ni report yang kau minta semalam, Mi." Kamil menghulurkan sebuah fail kepada aku. Aku menerimanya dengan hati terbuka kerana aku tahu aku lah insan yang akan memeriksa fail tersebut. Kemudian Kamil melangkahkan kaki ingin keluar dari bilik pejabat aku itu.
"Fahmi, budak-budak ni ajak karaoke malam ni. Jomlah ikut sekali, esok sabtu kot." pelawa Kamil sambil tersenyum.
"Alaaa. Kau kan tahu yang aku tak suka tempat-tempat macam tu." aku cuba menolak kerana aku memang tidak suka pada hiburan seperti menyanyi.
"Yalah, yalah. Suka hati kau lah. Jumpa kau kat rumah nanti." kata Kamil sambil tertawa kecil. Dan aku hanya membalas dengan senyuman.
"Fahmi, kau jangan balik lewat sangat. Ingat, limit sampai pukul sepuluh. Kalau lebih daripada tu, mintak pak guard kat bawah sana temankan kau. Kau jangan lupa pesanan ni. Pak guard tu yang bagitau aku." pesan Kamil, kali ni wajahnya berubah sedikit serius. Aku menggangguk tanda mengerti. Kemudian Kamil hilang dari pandangan, dan tinggallah aku berseorangan di pejabat tersebut. Memandangkan semua orang sudah pulang, aku tiba-tiba terasa sunyi pula. Aku bangun dari kerusi dan jalan menuju ke arah tingkap. Aku merenung jauh ke luar tingkap melihat suasana kota yang sedang sibuk. Jalanraya begitu sesak dengan kenderaan.
"Hmm. Betul ke tempat ni berhantu?" bisik aku sendiri di dalam hati.
Bersambung...
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...