Ini satu lagi kisah pantai yang aku ingat sampai bila-bila.Hari raya 5 tahun lepas atau 6 tahun lepas macam tu lah.Masa ni aku tak duduk area pantai tapi aku duduk area bandar..jauh juga nak kepantai tu tapi disebabkan ada jemputan jamuan hari raya aku pergi lah dengan anak anak sama dengan anak kawan aku.
Lepas jamuan dekat hotel tu, kami pun berjalan lah susur pantai. Ramai orang duk kutip ketam celah-celah batu. Syok lah tengok nya.
Anak-anak pula jaki sangat bila jumpa laut, mula lah nak main pasir bagai.Aku dengan kawan aku ni duduk lah atas tikar sama dengan anak perempuanya. Dah besar lah masa tu dalam tingkatan 2 ke 3 macam tu.
Kami berborak lah pasal laut, terselit lah kisah seram sekali.Dari satu kisah ke satu kisah sampai lah pasal saka bagai.
Tiba-tiba anak kawan aku ni memyorok belakang ibunya.
"Kenapa kau kakak.?"Aku tanya.
Dia tak jawab apa pun tapi tunjuk ke arah laut.
"Ada dua cahaya..macam cahaya lampu."
"Owh nelayan je tu.Apa lah itu pun takut."
"Cuba cik da tengok betul betul..bukan lampu tu."
Dia tunjuk lagi ke arah laut.
"Mana ...cikda tak nampak lah."
"Cuba cikda tengok betul-betul.... Katanya.Aku pun renung lah ke arah laut. Perasaan memang dah lain macam...sejuk je aku rasa, sejuk dingin bulu roma mula bagi hint sesuatu.
Dari arah laut aku tengok benda hitam muncul...makin lama makin membesar, besar dan besar. Macam ada orang hamparkan kain warna hitam nak tutup sebahagian laut macam tu lah.Aku dah cuak!
"Apa tu?"
"Tu lah cik da..tadi kecik je benda tu ni makin besar dah."
"Hantu laut kot tu."Jawab kawan aku.Aku panggil anak-anak cepat naik. jangan main lagi dekat sisir pantai. entah apa benda tu aku pun tak tahu sampai sekarang ni. Bila pandang laut aku teringat benda hitam tu.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...