Julia merupakan seorang gadis yang agak kasar perlakuannya. namun sejak akhir2 ini sikapnya seakan berubah. teman sebiliknya, faridah sedikit terkejut dengan perubahan yang berlaku ke atas rakannya. hampir setiap malam julia akan keluar dari bilik dan berkunjung ke kafe siber.
nick name julia dan zack menghias skrin komputer. hampir 4 jam mereka berchatting tanpa henti di channel tersebut. Julia makin terhibur dengan pertemuan yang tidak diduga ini. ianya akhirnya berlarutan selama berbulan2.
Julia makin rapat dengan zack sekalipun tidak mengenali rupa paras masing2.tambah mengejutkan sikap dan pakaian julia turut berubah. dia yang dulunya sedikit kasar dan gemar memakai pakaian ala lelaki kini kelihatan bertambah ayu dengan penampilan barunya. Julia meneruskan rutin hariannya malam itu.janjinya pada zack untuk bertemu jam 8mlm tidak akan dimungkirinya. malam makin tua namun nick name zack masih belum muncul. jam di dinding berdenting 12 kali dan zack belum muncul.
biarpun kecewa dengan apa yang berlaku. namum julia tidak putus asa. dia msih meneruskan rutin hariannya ke kafe siber setiap hari untuk bertemu zack walaupun usaha yang dilakukannya itu tidak berjaya. seminggu berlalu pergi dan julia masih setia menanti. malam itu dia bertuah kerana dapat berbual dengan zack yang dinantinya sekian lama.
julia :kenapa dh lama x on9?lama sy cri awak, telefon pun xdpt.awak pergi mn?
zack:saya ada masalah skit.trpksa prgi tmpt lain, sbb tu x dpt contact awak.
julia : awak x sihat ker?
tiada jawapan..... zack mengambil langkah mendiamkan diri setelah diajukan soalan itu. tak sampai hati rasanya nak memaklumkan perkara tersebut. namun begitu dia terpaksa memberitahu segalanya kerana hanya julialah yang mampu membantunya.
julia :naper x reply balik?awak still ader ker?
zack: yerp, ader lagi neh.dan sya akan sntiasa ader di cc awak slalu.julia, saya nk mntak tlg ley x?
julia :apa dia?slagi sy ley tlg, sy akan tlg
zack:biarpun keadaan x sm lg mcm dulu tp prasaan trhadap awak masih kuat
julia : apa yg awak ckp ni?sy x fhmlah. keadaan apa yg x sm? awak nper neh?
zack: hrp awak x trkejut ngan brita nih.sy kemalangan mgu lpas sbb itulah x dpt contact awak. sy luka parah, byk darah hilang...sy tercmpk dlm semak dan cba dptkan bantuan ttp hampa
julia :hbis skang awak katner?keadaan awak?
zack: sy masih lagi di sni.menantikan prtolongan di Kilometer 8, Jalan Panglima Garang. hrp awak dpt 'mnyelamatkan' sy.tiba-tiba............
perbualan terhenti di situ. Julia seakan terpaku dengan berita yang diterimanya. tanpa berlengah lagi dia terus menghubungi keluarga zack bagi mendapatkan kepastian dan ternyata mereka masih mencari zack yang dipercayai hilang sejak seminggu yang lalu.
air mata julia mengalir deras di pipinya dan tanpa membuang masa dia terus bergegas ke tempat yang dimaksudkan, ditemani rakan sebiliknya, faridah. setibanya mereka di sana, kelihatan beberapa buah kereta polis dan ahli keluarga zack. bau busuk menerawang ke merata tempat dan tidak lama kemudian mayat zack diusing keluar dalam keadaan yang amat menyedihkan.
sekalipun sedih dengan apa yang terjadi namun julia amat berpuas hati kerana dapat 'menyelamatkan' zack dari terus menjadi mangsa di situ dan persoalannya kini siapa yang berchatting dengannya malam tadi?
pernah terjadi seperti itu pada korang ????
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...