Selepas selesai sahaja kutbah raya, aku terus menaiki motor untuk pulang ke rumahku. Aku park motorku dihalaman rumah teres dan terus masuk ke dalam. Aku melabuhkan punggungku di atas sofa dan berehat sebentar. Sambil itu aku melihat gambar keluargaku yang tergantung di dinding. Ia adalah gambar aku bersama isteri dan seorang anak perempuanku yang masih kecil.
Sayu aku melihat gambar itu. Ia mengingatkan saat-saat terakhir aku bersama mereka berdua. Mereka berdua sudah lama meninggalkanku ketika kami terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa balik raya tahun lepas. Hari raya tahun ini hanya tinggal aku seorang sahaja yang menyambutnya.
Aku tidak pulang ke kampung kerana masih fobia dengan nasib yang menimpaku. Melihat saudara-saudaraku gembira disamping keluarga mereka menambah keperitan dihatiku. Aku masih belum dapat memaafkan diriku yang menjadi punca kemalangan itu berlaku. Berpuluh mesej yang masuk di telefon bimbit tidakku baca, panggilan telefon juga tidakku jawab.
“Assalamualaikum! Kami datang nak beraya!”
Kedengaran suara kanak-kanak diluar rumah datang untuk beraya namun aku tidak mahu melayan mereka. Aku tidak mahu mereka mengganggu aku kerana tidak lama lagi aku ada tetamu yang sudah lama aku ingin jumpa.
Aku terus bangun pergi ke dapur untuk menyediakan juadah hari raya. Pelbagai juadah yang telah aku sediakan seperti rendang dan kuih muih. Aku tahu itu adalah juadah kegemaran tetamuku itu. Semuanya aku hidang di atas meja, aku sediakan ia untuk tiga orang.
Setelah selesai menyediakan juadah, aku keluarkan satu bungkusan di dalam poket baju melayuku. Aku buka bungkusan itu dan keluarkan isinya di atas pinggan. Ia adalah tanah kubur isteri dan anakku. Aku tuangkan sedikit air diatasnya untuk dijadikan lumpur. Aku menutup mata dan sapu lumpur itu di kelopak mataku sambil membaca mantera yang ku ambil dari bomoh yang ku jumpa tempohari.
Aku meminta agar dengan ritual ini dapat memanggil isteri dan anakku dari kubur mereka. Sudah lama aku merindukan mereka. Aku sangat berharap dapat berjumpa dengan mereka kembali dan meminta maaf atas kesalahanku.
Aku membuka mataku perlahan-lahan. Tiba-tiba pandanganku menjadi gelap walaupun mataku sudah terbuka. Aku mula risau. Aku mengosok mataku berkali-kali namun pandanganku masih gelap. Aku tidak nampak apa-apa.
Tiba-tiba aku lihat ada sedikit cahaya di depanku. Ia adalah cahaya lilin yang baru menyala. Aku dapat lihat diriku masih berada di meja makan. Aku cuba melihat siapa yang menyalakan lilin itu.
Alangkah terkejutnya aku apabila melihat susuk tubuh isteriku yang menyalakan lilin itu. Aku begitu gembira sekali dapat melihat isteriku sekali lagi.. Di sisiku pula aku melihat anakku turut ada bersama. Walaupun wajah dan tubuh mereka sudah mereput seperti mayat, aku tidah endahkan.
Aku ingin bersama mereka buat selama-lamanya. Aku akan terus bersama mereka di dalam dunia yang gelap ini. Aku tidak mahu hidup di dunia realiti yang penuh dengan kesengsaraan. Hari raya ini sangat bermakna bagiku. Aku begitu gembira sekali.
……………………………………………………………
Setelah tiga hari berlalu, seorang lelaki ditemui mati dirumahnya dan mayatnya ditemui terduduk dikerusi meja makan. Punca kematian masih belum diketahui namun polis mendapati mayat lelaki itu sudah kehilangan kedua-dua matanya. Kes itu menjadi satu misteri.
P/S : 'aku' dlm cerita ni bkn sy ok
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
TerrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...