Dulu masa masih kerja, Angah ada sorang rumet. Angah kerja gomen, pergi kerja balik kerja ikut time gomen. Daus kerja tak tentu masa baliknya. Daus asal selatan tanah air. Angah asal pantai timur. Walaupun duduk serumah sewa, mereka jarang berborak dek kerana busy. Satu hari Angah dapat text daripada Daus,
"Angah. Gua balik kampung seminggu. Jaga diri."Beberapa hari kemudian, Angah pulang ke rumah rumah daripada seminar. Waktu tu sudah lewat malam. Angah seluk poket ambil kunci rumah seperti biasa. Aneh, ada bunyi tv terpasang dari dalam rumah. Kan Daus balik kampung? Angah tak fikir benda seram, dia pon masuk selamba. Di ruang tamu, ada Daus sedang tonton tv tidak berbaju. Angah mula borak,
"Cepat kau balik Daus? Kata balik kampung seminggu?"
Daus senyum.
"Senyum pulak kau. Aku tanya asal balik cepat?"
Daus sengih je. Angah malas soal banyak, dia ke dapur buat kopi. "Weh, kau nak air tak Daus?" Daus hanya menggeleng. "Pelik kau ni Daus. Sengih je. Kene sampuk ke apa?" Angah meroyan.
Sedang minum kopi, Angah perati Daus. Dalam samar samar cahaya tv, Angah sedar yang Daus yang ada sekarang bukan Daus. Betapa cuaknya Angah time tu hanya Tuhan saja yang tau. Dia cuba kawal diri. Daus mengekek di tepi Angah seakan tau Angah sudah takut. Angah beranikan diri.
"Kau gelak gelak kenapa Daus? Apa yang kelakar?"
Daus paling muka hadap Angah. "Angah, kau takut sebab kau dah tau aku bukan Daus kan?" Tanya Daus sambil mengekek perlahan.
Taringnya tersembul. Angah sudah kabut. Dia lari tinggalkan ruang tamu itu. Daus mengilai tak berhenti. Angah berlari ke rumah jiran, Pak Manap. Malam itu dia tumpang tidur di situ. Riuh malam itu Angah dikacau puaka. Angah tak mampu bercerita apabila ditanya. Hanya wajah 'Daus' saja terbayang dek mata. Keesokan harinya, Angah pulang ke kampung, demam.
Lepas dua minggu cuti sakit, Angah balik rumah sewa semula. Sesampai saja dia rumah, kelihatan Daus ada sedang baring di ruang tamu. Angah jadi cuak kalau kalau itu bukan Daus yang sebenar. Namun, dia relaxkan diri tanya,
"Bila kau sampai KL Daus?"
Daus toleh muka pelik
"Semalamkan kita dah lepak makan sama sama, sekarang kau tanya aku balik bila pulak? Kau pehal Angah tanya soalan pelik ni, sakit apa?"
Angah pucat. Terduduk. Daus pulak sudah terkena!
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
TerrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...