Zura mengeluh, kenapa lah dia boleh terlupa benda penting di saat penting begini.Dah tahu dia bukan ada kereta apatah lagi motorsikal, harap pada pengangkutan awam sahaja,kenapa boleh terlupa tiket untuk pulang beraya ke kampung halamannya.
Dia termenung di perhentian bas, membelek telefon di tangan. Hendak telefon siapa?mana tahu kot dia boleh menumpang balik...tetapi semua nombor yang dia dail sudah sampai pertengahan jalan.Tak kan mahu berpatah balik semata-mata untuk dia seorang.Tiket keretapi pun tiada, habis!Kapal terbang lagi lah jangan mimpi sebab di tempatnya memang tak ada landasan kapal terbang.
Zura mula membelek lama sosial facebook.Mula tercetus idea gilanya.Muat naik status...
"Hendak balik ke Jerteh, perlukan kenderaan, siapa sudi tumpangkan saya, saya akan bayar. sila call...012 xxxxxx."Done!Zura tersenyum, minta-minta adalah raksn facebooknya yang sudi menumpangkan dia.Zura menjinjit kembali beg yang penuh berisi pakaian pulang ke rumah.
Zura menanti kalau ada yang sudi menelefon dia tetapi sehingga ke petang telefon langsung tidak berbunyi.Dia hampa!Nampaknya tak balik lah dia berhari raya.Zura teringatkan ketupat dan kuah kacang air tangan emaknya.Lemang yang di buat ayahnya.Tanpa sedar Zura menangis sendu, hiba.Huwaaa! nak balik raya...Zura menjerit bersendirian.Kalau tidak kerana kecuaian dia pasti perkara ini tidak berlaku.
Zura terjaga sebaik sahaja dia mendengar bunyi azan asar berkumandang dari masjid berhampiran.Dia cepat-cepat bangun menunaikan solat asar.Usai bersolat Zura capai telefon bimbitnya.Ada masej dari nombor yang tak di kenali nya.
"Siapa pula ni...."Ujar Zura perlahan.Dia buka juga masej tersebut.Mata nya membulat. biar benar ni?Cepat -cepat Zura menelefon no,bor tersebut.
"Azni dah lama sangat kau tak taq aku dekat fb, call pun tidak. Alih-alih kau muncul."Zura terjerit gembira. Azni salah seorang sahabat baiknya yang duduk di Pasir Mas kelantan.
"Ni aku dah datang lah ni, nak selamat kan kau.Kau kata nak balik kampung,kebetulan aku baru nak gerak.Boleh lah aku bawa kau sekali."
"Kau balik naik apa?Kalau motor aku tak nak patah pinggang kot."
"Naik kereta lah tapi kereta kecik je. jemput lah kalau sudi naik viva aku."
"Wow!Tq sangat, eh sejak bila kau beli kereta...seingat aku dah 3 bulan fb kau tak aktif, hp pun dah tukar out off servis kan."
"Tiga bulan lepas lah aku beli, hp lama tu pecah berkecai, ni yang aku beli hp baru, kebetulan aku tak ada masa nak berfb "
"Apa-apa pun tq sebab sudi tumpangkan aku."Seperti yang di janjikan Azni datang jam 6 petang.Suka hati zura akhirnya dia dapat juga pulang ke kampung halaman.Sepanjang perjalanan mereka berbual pelbagai perkara dari satu kisah ke satu kisah sehingga tidak sedar masa berlalu. Ada lebih kurang satu jam sahaja lagi mereka akan sampai ke kerteh.
"Dah pukul 1 pagi, malam raya hantu pun turut ikut raya."Azni tiba-tiba bercakap tentang hantu beraya.
" dah lepas hantu kena ikat."Sambung Azni.
"Kau ni agak-agak lah nak bercerita pasal hantu raya semua."Zura yang sememangnya penakut kalau boleh memang tidak mahu bercerita pasal hantu di awal pagi begini.Buatnya terserempak ke apa ke, naya.Tak beraya lah dia nanti.
"Ala apa nak takut, dekat sebelah kau pun ada hantu."
"Choii...."
"Eh betul lah apa aku cakap, dekat sebelah kau pun ada hantu."
"Ewwww...tolong lah Azni.Jangan nak cerita pasal hantu ni, sebelah aku ada kau je."
"Ada orang kata, orang yang mati acident ni rohnya akan balik selagi ada benda yang tak lepas di buat masa hayatnya."
"Merepek lah kau mana ada orang mati hidup balik."
"Orang kata lah, bukan aku kata. tapi kalau betul terjadi macam mana ye, agak-agak kau takut tak.?"
"Gila kau tak takut."Jawab Zura. azni ni tadi okey je tak ada plak nak cerita pasal hantu.
"Dah dekat nak sampai rumah kau ni Zura. Nanti kau balik mana ye, aku lambat lagi balik atau mungkin tak balik-balik lagi."
"Balik nanti aku tumpang lah orang lain pula.Tq ye azni kau memang baik."
"zura..kau jaga diri kau baik-baik tau.Akhirnya dapat juga aku tunjukan dekat kau kereta baru aku. mula-mula kereta ni keluar aku nak tunjuk pada kau tapi tak sempat sebab...."
"Tahu lah mesti lah bawa awek dulu baru tunjuk aku."Pintas Zura pada percakapan Azni.
Azni tersenyum, mana lah dia ada awek macam yang zura cakap. Kawan perempuan pun dia ada Zura sahaja.Takbir raya bergema.Zura yang kepenatan bangun juga untuk bersama menunaikan solat sunat aidilfitri.
"Kau balik dengan siapa malam tadi dik?"Tanya emaknya.
"Dengan Azni mak,dia kan nak balik pasir mas. Mujur ada dia, boleh juga adik tumpang."Jawab Zura.
"Azni anak Pak Samad kampung tereh pasir mas ke?"Tanya emaknya lagi, macam pelik sahaja dia memandang zura.
Kakaknya yang kebetulan ada turut memandang Zura pelik.
"agak-agak lah kamu ni..."Kata emaknya.
"La pasal apa pulak, azni je kot.kami kan kawan baik dah lama."
"Mak tahu lah, kakak kamu pun tahu kamu berdua berkawan baik."
"Habis tu apa masalahnya?"
"Adik jangan nak buat lawak lah, Azni dah tiga bulan meninggal dunia masa balik dari Pasir mas.Masa tu kereta dia baru sahaja keluar,kereta Viva merah tu, hancur berkecai kena lenyek kayu balak jatuh dari lori."
Kata kakaknya.
Zura terdiam.
"April fool dah lama lepas lah kak."Marah zura.
"April fool mendenya, kau je yang tak tahu. sibuk sangat kerja sampai kawan sendiri meninggalkan pun kau tak tahu."
"Kalau azni dah mati malam tadi zura balik dengan siapa?Betul lah azni bawa viva merah, zura ingat lagi no flet nye."Zura menyebut nombor kereta azni
"Memang betul lah itu kereta viva azni."Emak dan kakaknya saling berpandangan.Zura hairan...dia mula mengimbau perbualan dengan azni malam tadi..
"Mula-mula kereta ni keluar aku nak tunjuk pada kau tapi tak sempat sebab....,sebab apa?"Otak zura mula berfikir.
"Tak payah nak fikir sebab tu...sebab dia dah mati lah.Tak percaya juga nanti kita pergi, cuba belek fb mesti ramai kawan-kawan dia ucapkan takziah.kau je yang tak nampak agaknya."
Untuk memuaskan hati sendiri, zura belek kembali acount fb nya.
dia ternampak masej peribadi di dalam masej spam nya. masej dari azni, patut lah dia tak nampak masej itu."Aku nak tunjuk kau kereta baru nanti jumpa."
Zura lihat tarikh pada masej tersebut, sama dengan tarikh Azni meninggal dunia.
Allahuakhbar..zura tahu kenapa azni muncul kerana hajatnya yang tidak tertunai, mahu menunjukan padanya kereta viva merah azni.Zura terkedu...seram sejuk,betul kata azni di sebelahnya pun ada hantu.Roh kembali di hari raya
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
KorkuPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...