"Tolong saya tok semenjak kematian suami saya,saya selalu dengar bunyi-bunyi pelik waktu malam.."begitulah aduan Maria,janda lingkungan 30 -an itu."Baiklah aku akan bekalkan kau penjaga di dalam tangkal ini,pakainya sebagai kalungdan jangan pernah menanggalkannya."kata pawang Sukantio sambil memberikan takal berbenang hitam itu.
"Kalau kamu rasa sudah tidak perlukan dia hanya cakap sahaja dan dia akan berikan kamu syaratnya.."terang pawang itu lagi."baiklah tok terima kasih banyak-banyak."Maria terus berlalu pergi meninggalkan rumah yang jauh terperuk ke hulu.
1 bulan kemudian
"Wahai syaitan penjaga aku tidak perlukan kau lagi"Sebaik sahaja ayat itu terkeluar dari mulutnya ,suatu kelibat keluar berhadapannya,Maria lansung tidak terkejut kerana sudah terlalu kerap melihatnya setiap hari .
"KAU HANYA PERLU BERIKAN AKU SANTAPAN BESAR DAN AKU BERJANJI MELEPASKAN KAU DAN TIDAK MEMBUNUH KAU "kata lembaga itu dengan suaranya yang amat garau dan kasar.Maria menunduk dan meminta untuk berikannya satu tempoh masa yang lama untuk mencari hidangannya.Kemudian Maria meminta pertolongan 'benda' tersebut membantunya .
24 tahun kemudian
"Happy birthday Marysa semoga kau panjang umur:-)" begitulah antara isi whatsapp Marysa namun dia hanya murung.
"Kenapa ni Marysa?Monyok jer Mak Long tengok"
Marysa dikejutkan oleh Mak Long nya yang agak berumur."Tak ada apa-apa lah Mak Long,Marysa cuma rindu mak dengan ayah Marysa jer."Lantaran Marysa itu membuatkan Mak Longnya berasa kasihan."Ala mak dengan ayah Marysa tu bukan pergi ke mana pun mereka pergi kerja aje."kata-kata Mak long nya itu memujuk sedikit hati Marysa yang sayu,dia hanya mampu membalas senyuman yang tidak seberapa.
"Ha Marysa nak hadiah tak?Hadiah ni istimewa sangat."tanya Mak Long nya,menukar topik perbualan."Nak!"laju Marysa menjawab.Mendengar kata-kata itu wanita 60-an itu menanggalkan rantai emas yang berloket hati yang boleh dibuka dan bertakhta kan batu berlian yang sederhana saiznya.Marysa amat terkejut dan kaku melihat rantai itu."Nah,Marysa pakai ni"kata Mak Long nya sambil memakaikan rantai itu kepada Marysa.Marysa memeluk Mak Longnya dan mengucapkan terima kasih.Marysa mahu membuka loket hati itu namun di hentikan oleh Mak Longnya.
Tidak sempat menanyakan mengapa tiba-tiba rantai yang dipakai Marysa itu menjadi ketat dan mencekiknya ."Arghhhhh!!"jeritan yang keluar dari mulut Marysa amat nyaring namun Mak Long nya hanya tersenyum membiarkan anak buah nya menjerit terseksa.Wajah wanita berumur itu tenggelam apabila 1 lembaga mendekati Marysa makin dekat wajahnya semakin hodoh.
Apabila sampai sahaja tepat ke muka Marysa wajahnya terus berubah ia berambut panjang dan merangkak dengan mulutnya dikoyak hingga ke telinga.
"Hah!hah!hah!"terbangun Marysa dari tidurnya dia terus kecermin untuk melihat kalau-kalau rantai itu masih dipakainya.Ternyata benar ia masih lagi memakai kalung itu.dia cuba membukanya namun tiada cangkuk atau apa-apa yang boleh membukanya.Marysa cemas dan tidak menentu.
Secara mengejut rantai itu seperti ditarik sesorang jadi tercekiklah Marysa,Marysa cuba mengenali siapa mencekiknya dari belakang itu berdasarkan pantulan cermin,ia memang tidak dapat dinafikan bahawa itu adalah dua hantu yang sama didalam mimpinya.
"hah!hah!hah"nafas kuat Marysa kedengaran.Sekali lagi itu juga hanyalah mimpi ,Marysa mengelap peluhnya dan cuba bertenang.Dia teringat akan rantai itu dia terus meraba lehernya dan tidak merasakan apa-apa untuk kepastian yang lebih dia melihat cermin dan memang ternyata tiada apa-apa.
Namun kemudian lehernya di jerut dengan rantai itu oleh Mak Longnya bukannya hantu yang sering dia lihat.Sebelum dia mati Marysa menanyakan Mak Long nya soalan."Kenapa Mak Long nak bunuh Marysa?!"soalan itu dijawab oleh Mak Longnya dengan senang hati."KENAPA?!AKU NAK BEBAS BODOH, DAH 24 TAHUN AKU TUNGGU SIAPA NAK MENGGANTIKAN TEMPAT AKU MENJAGA BELAAN AKU DALAM RANTAI NI!MEREKA BERJANJI AKAN LEPASKAN AKU JIKA BERI MEREKA ORGAN MANUSIA,JADI AKU HARUS BUNUH KAU UNTUK LEPASKAN AKU!"jawapan itu menjelaskan seseparuh pertanyaan Marysa di dalam kepalanya,namun segalanya terlambat untuk di tafsir mengapa dirinya yang harus mejadi korban dan mengapa Mak Long nya membela syaitan dan bermacam lagi soalan didalam kepalanya yang tak terungkap.Nadinya terhenti dia jatuh rebah bersama Mak Longnya .
Suatu asap keluar daripada loket bebentuk hati yang boleh dibuka itu .Lembaga itu meratah organ kedua-dua mereka hingga licin tidak tersisa.Ternyata jelas janji syaitan tidak boleh dipercayai! TAMAT..
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
TerrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...