Nasha baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kejururawatan dan mula bekerja di sebuah hospital di ibukota. Walaupun Nasha suka pekerjaannya namun dia sukar untuk membiasakan diri dengan doktor-doktor muda di sini.
Kebanyakkan daripada mereka merupakan doktor muda yang baru mula bekerja. Masalahnya mereka suka mengusik dan membuli jururawat dengan memberi arahan sesuka hati.
Sehinggakan Nasha terpaksa kerja lebih masa kerana lambakan kerja yang tidak pernah habis. Kerana tertekan, Nasha mengadu kepada pihak pengurusan hospital dan doktor-doktor muda itu dikenakan tindakan tatatertib.
Mereka mula membenci Nasha kerana tindakannya dan salah seorang daripadanya mula merancang satu idea gila untuk membalas dendam. Mereka bersetuju untuk menakutkan Nasha apabila dia bekerja di shift malam.
Pada malam itu, mereka memecah masuk ke bilik mayat di ruangan bawah tanah hospital dan memenggal satu kepala mayat lelaki. Mereka meletakkan ia di satu bilik pesakit VIP kosong dan menyorokan kepala mayat itu di bawah selimut katil.
Mereka menyuruh Nasha untuk menyediakan bilik VIP itu dan mengatakan akan ada pesakit baru yang akan masuk di bilik itu. Walaupun berat Nasha terpaksa menuruti arahan mereka kerana pangkatnya lebih rendah berbanding mereka.
Doktor-doktor muda itu sembunyi di balik koridor sebaik sahaja Nasha masuk ke dalam bilik VIP itu. Mereka menunggu untuk melihat Nasha menjerit ketakutan apabila dia melihat kepala mayat itu.
Selepas seketika, mereka masih tidak mendengar sebarang jeritan. Hanya sunyi sepi memenuhi ruang koridor itu. Kerana penat menunggu, salah seorang mula mengintai bilik itu. Tiba-tiba pintu bilik VIP itu terbuka.
Dan ketika itu ada satu susuk badan yang keluar dari pintu itu...
Susuk badan itu kelihatan seperti lelaki...
Berpakaian uniform pesakit..
Dan tidak mempunyai kepala..Alangkah terkejutnya doktor-doktor muda itu melihat susuk tubuh lelaki tidak berkepala keluar dari bilik itu. Mereka mengigil ketakutan dan tidak mampu untuk bergerak dan berkata-kata. Lelaki tidak berkepala itu terus berjalan ke arah mereka.
Ketika itu terdapat satu lagi susuk badan keluar dari bilik itu...
Susuk badan itu kelihatan seperti wanita...
Berpakaian uniform jururawat..Mereka terkejut melihat Nasha keluar dari bilik itu. Nasha melihat mereka terduduk di lantai koridor dan masing-masing berwajah pucat sekali. Di tangannya memegang kepala mayat yang mereka penggal itu. Nasha hanya senyum sinis kepada mereka. Nasha pandang wajah mereka dengan penuh dendam.
Dendam yang sudah lama terpendam..
Dendam kerana sering dibuli..
Namun malam ini adalah malam pengakhiran bagi Nasha...
Dan juga pengakhiran bagi mereka..................................................................
Setelah sebulan berlalu, kehilangan doktor-doktor muda itu menjadi perbualan kepada penghuni hospital. Tiada siapa yang tahu di mana jejak mereka dan kehilangan mereka menjadi misteri.
Nasha bekerja seperti biasa. Dia sedang bekerja shift malam ketika ini. Dia sedang menjaga seorang pesakit yang sudah berumur. Pesakit itu sering menjerit ketakutan.
Pesakit-pesakit lain tidak tahan dengan jeritan pesakit itu. Dia sering meracau seperti dirasuk dan Nasha terpaksa memberinya ubat penenang. Nasha menyoal pesakit itu apa masalah yang dia hadapi.
"Saya nampak hantu!" kata pesakit itu.
"Encik, itu hanya ilusi sahaja. Mungkin ia adalah kesan dari ubat yang Encik ambil ini." kata Nasha
"Tidak saya nampak hantu! Betul saya tak tipu!"
"Encik sila bawa bertenang ya. Tiada hantu di sini."
"Betul saya nampak! Hah tu dia ada di belakang awak!"Nasha toleh kebelakang seperti yang ditunjuk oleh pesakit itu..
"Awak nampak tak! Ada satu dekat kabinet tu, ada satu dekat tepi pintu. Ada lagi yang masih belum keluar dari bilik doktor. Mereka semua asyik mundar-mandir di sini. Mereka semua berpakaian doktor. Tapi mereka tiada KEPALA!" kata pesakit itu.
Nasha hanya senyum sahaja. Dia menyuntik ubat bius di lengan pesakit untuk menenangkannya. Nasha berbisik kepada pesakit itu.
"Awak jangan risau, mereka tak akan dapat buat apa-apa. Saya sudah simpan kepala mereka."
p/s : tibe2 rase seram plak nak pegi hospital..huhuhuhuhu
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorreurPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...