PENERBANGAN MALAM

637 38 0
                                    

Nama saya Fir. Kisah ini berlaku lapan tahun yang lalu, ketika itu saya masih bekerja sebagai pembersih dalaman kapal terbang (Aircraft Interior Cleaning atau singkatannya AIC). Kerjanya mungkin agak senang, membersihkan dalaman kapal terbang, seperti tempat duduk, meja, majalah, tandas, ruang pekerja dan sebagainya dengan hanya sebelas orang pekerja. Macam-macam kapal terbang dibersihkan, dari kapal jenis A319, B747, B777 hinggalah A380. Cuba bayangkan betapa besar kapal Megatop 747 dengan hanya empat orang pekerja membersihkannya.

Kisah ini berlaku apabila penerbangan jenis A340-500 membuat perhentian semalaman. Dan kapal ini agak istimewa kerana kesemua tempat duduknya bertaraf kelas bisnes, dan bila enjin dimatikan hanya kedengaran kapal-kapal terbang lain yang berlepas. Ia juga merupakan kapal terbang yang biasanya membawa jenazah. Jadi pada malam itu dengan kru sebelas orang, kami bertugas seperti biasa menggunakan lampu suluh. Sedang saya bertugas, terperasan ada orang yang duduk di tempat duduk kru pramugara, jadi saya tanya rakan saya di sebelah, "Fik siapa pula yang di seksyen terakhir?" "Entah aku rasa Mamat atau Kak Martini kot? Alah lepas habis seksyen kita, kita pergi belakang tolong mereka lah..." kata rakan saya. Tetapi saya tidak menumpukan perhatian pada tugas dan masih pandang ke tempat duduk tadi dan tertanya siapa lagi yang masih di situ.

Saya bersuara, "Mamat! Kak Tini! Yang lain dah nak turun, korang masih banyak lagi tugasan ke? Kalau banyak aku dengan Fiq tolong sikit kita buat cepat-cepat." Mereka terdiam saja, mungkin sibuk agaknya. Jadi rakan saya dan saya menuju ke seksyen terakhir untuk menolong sikit. Ruang penerbangan ini agak terhad tetapi sungguh panjang. Jadi sambil berjalan menuju seksyen terakhir sambil ketawa. Tiba-tiba rakan saya terhenti dan membisik di belakang saya. "Eh kejap!!! Bau macam bunga orang meninggal ah..." "Ishk kau ni! Dah buang tebiat eh? Dah sudah kau berhenti di tengah bila nak habis kerja mereka tu?" Tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi, nama yang tertera adalah rakan kami Mamat. Jadi saya bersuara, "Oi Mamat! Kau lagi nak main-main eh, kerja kau kan masih berlambak?" Saya tak mengangkat panggilan dari Mamat. Sejurus kemudian saya terima panggilan, kali ini ia dari ketua kumpulan kami dan saya mengangkat panggilan itu sambil menyuruh rakan saya pergi dulu menolong rakan lain di seksyen terakhir, "Fir kenapa lambat korang nak turun? Korang tak nak balik ke?" Jadi saya beritahu ketua kumpulan saya, "Nak turun lah ni lepas tolong Mamat dengan Kak Tini."

Tiba-tiba rakan saya Fiq terpekik dengan sekuat hati, "Fir, lari Fir!!! Cepat keluar!!!" sambil lari saya tanya apa jadi dan bertanya Mamat & Kak Tini di mana? Fiq cuma sempat berkata, "Nanti aku beritahu kau di luar..."

Bila tiba di luar kapal terbang, saya terkejut! "Eh Mamat??? Kak Tini??? Tadi di atas kan korang di seksyen terakhir??? Errr... Fiq baik kau bagi tahu aku." "Ok sekarang aku bagi tahu kau, tapi aku tak nak pandang itu seksyen terakhir. Semasa kau berbual dengan ketua kumpulan. Aku dengar suara sama macam Kak Tini ketawa, bila aku suluh ke arah sana, aku ternampak ada orang berdiri tegak! Jadi aku pekiklah suruh lari! Sampai aku rasa nak pengsan tapi tawakal!"

Sampai sekarang ia menjadi tanda-tanya kepada saya siapakah yang di berada di tempat duduk di seksyen terakhir dan siapa lagi yang rakan saya ternampak.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now