Dulu aku sekolah menengah di salah sebuah sekolah berasrama penuh perempuan yg terkemuka di Malaysia.. Memandangkan sekolah ni sekolah berasrama penuh maka semua pelajar adalah wajib tinggal di asrama.. Kejadian ni berlaku masa aku form 2, zaman2 kena buli dengan senior la katakan..
Malam tu aku lepas habis je prep malam pukul 10.30 aku terus balik dorm tanpa singgah makan di dewan makan.. Dorm aku ada 16 org bcampur dari form 2 sampai form 5..Sampai je kat dorm, aku terus bukak lampu tapi tiba2 aku tgk ada sorg akak senior ni (kak nadia) dah ada dlm tu tapi maybe dia baru sampai so x sempat dia bukak lampu.. So aku pon bagi salam je la kat dia tapi dia macam buat kerek sikit ngan aku..
Aku terus pergi kat katil aku n tiba2 kak nadia panggil aku, suruh aku pergi ambil buku dia kat kelas dia kat bangunan paling hujung skali.. Kak nadia ada bagitahu kedudukan meja dia iaitu di baris ketiga, meja yg paling tengah.. Entah kenapa aku dengan lurus terus pergi tanpa ada rasa takut2 walaupon aku tahu sebelah blok kelas tu adalah hutan dan aku pasti x ada sesiapa lagi yg akan ada dikelas pada waktu tu..aku pergi sendirian walaupun aku terserempak dgn beberapa org kawan tapi aku x mengajak mereka untuk menemaniku..
Sampai di kelas kak nadia, dalam kesamaran malam tu tiba2 aku seolah2 ternampak sesuatu melompat keluar dari cermin kelas.. Ia bergerak dgn pantas sehingga aku x sendiri x pasti sama ada itu hanyalah ilusi atau sebaliknya..
Lantas aku membuka lampu kelas dan terus menuju ke arah meja yg dimaksudkan..ada beberapa buku yg berserakan di atas meja.. Aku terus mencari buku yg dimaksudkan.. Aku cari di atas dan didalam laci meja tapi x jumpa.. Aku fikir mungkin aku tersilap meja.. Aku terus pergi ke meja belakang dan mencari buku yg kak nadia nak tapi x jumpa juga disitu..
Aku kembali semula ke meja yg sebelum ni, aku cari lagi tapi masih x jumpa..lalu aku pergi semula kemeja belakang, juga masih x jumpa..
Kali ketiga, aku kembali semula ke meja yg mula2 skali aku cari tadi..yang peliknya, buku tu terpampang jelas di atas meja.. Entah kenapa 2 kali aku cari sebelum ni x jumpa..
Lepas aku ambil buku tu, aku terus nak balik ke dorm tapi masa aku hendak bangun tiba2 aku dengar dengan jelas, kerusi di belakang meja kak nadia diseret kuat seolah2 ada 'orang' yg bangun dari kerusi tersebut.. Maa tu bulu roma aku terus meremang.. Aku terus berlari pecut pulang ke dorm.. Perasaan takut masa tu x dapat nak digambarkan.. Walaupun aku x nampak tapi aku tetap takut.
Sampai di dorm dengan termengah2 aku terus jumpa kak nadia..masa tu semua ahli dorm sudah ada dan sedang bersiap2 untuk tidur..
'Kak, nah buku akak' ujarku tercungap2 sambil menghulur buku tersebut
'Mana kau dapat buku ni?' Soal kak nadia sambil membelek2 buku tersebut.
'Atas meja akak la, kan akak yang bagitahu tadi' balasku
' siapa yang suruh kau ambil?' Soal kak nadia.
Ahhh sudah!!
Lalu aku ceritakan semuanya pada kak nadia..rupa-rupanya, semua ahli dorm yg lain turut mendengar ceritaku.. Semua terdiam dan kami terus membaca surah Al-Mulk sebelum tidur..Sehingga kini aku masih tertanya2 siapa sebenarnya 'Kak Nadia' tu..
Hihihihihi...terkejut tak???sorry guys
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...