Ini kisah tahun 2011 tak silap aku. Masa tu suami aku kerja dekat hotel tepi pantai.Hari tu dia cuti,tapi malam tu dia ajak aku pergi dekat tempat budak-budak house keeping letak cadar, macam ada stor lah dekat tepi lorong tu.
Suami aku parking kereta dekat lorong tu, dia keluar aku duduk dalam kereta sambil layan anak-anak.Masa tu aku terpandang ada kereta keluar dari arah pantai, dalam hati aku dah berkata..."Tak takut agaknya waktu macam ni pergi pantai."
Kebetulan masa aku cakap tu dari luar angin bertiup, pintu kereta memang terbuka, Angin pantai waktu malam memang fresh.Fresh , fresh lah juga...masa tu juga lah nak terbau bau bunga kemboja.
Bunga kemboja apa lah ada dekat hotel ni?Aku pandang keliling memang sah tak ada bunga kemboja walaupun sepohon.Anak-anak tak pula bising kot ada terbau bunga kemboja atau bau pelik-pelik.
Kereta tu makin dekat, cahaya lampu dia terang gila..sampai aku nampak belukar dekat tepi hotel tu. mata aku ni pulak sibuk nak pandang belukar tu.
Masa tu lah aku nampak kelibat dua orang lelaki keluar dari belukar tu menghala ke arah aku yang duduk dalam kereta.Kereta yang datang dari arah pantai tu semakin mendekat pada dua orang lelaki yang keluar dari belukar tadi.
aku pun tengok je lah tiba-tiba dua orang lelaki tu pecah-pecah macam puing-puing halus.Terkejut kot!Pasal apa boleh pecah macam tu kecuali kalau dua orang lelaki tu mahluk lain, bukan manusia.Serentak dengan tu bau kemboja semakin kuat, sekali dengan bau setanggi..busuk kot pada aku bau setanggi tu.
Belum habis pun rasa seram aku, suami aku pula datang dengan seorang staff hotel tu.Duduk dekat kereta berbual.Aku boleh dengar sebab suami aku bersandar dekat pintu aku duduk.
"Memang sial lah bang...aku tak dapat nak settle bilik tu.Hebat betul dia kacau. Main lampu lah, buka air lah. Aku nak buat kerja pun tak boleh."
Aku pasang telinga. Cerita apa tu?Ada kacau-kacau segala.
"Buat masa siang je lah..malam macam ni baik jangan. Bilik hadap pantai tu memang banyak masalah."
"Esok ada guest bang, sikit je lagi nak cat bilik hujung.Masa ni juga lah dia nak main."
"Balik je lah..."Suami aku berkata."Eh..ada bau tak best lah..."Tiba-tiba kawan suami aku bercakap.Masa tu aku pun menyampuk.
"Bau setanggi campur bunga kemboja."
suami aku pandang pelik.
"Balik lah bang tak baik lah duduk dekat sini."Kata kawan suami aku tu.
Suami aku pun masuk dalam kereta start kereta, lampu pun hidup..tepat-tepat menyuluh belukar dihadapan kami.
Masa tu lah kami berdua berpandangan pelik..sebab masa lampu hidup tu berdesup benda melintas masuk dalam belukar..yang pasti bukan haiwan tetapi lembaga hitam agak besar dan tinggi.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...