Kadang-kadang aku dengan anak-anak keluar ke pekan terdekat nak beli barang keperluan . Duduk dekat pantai sah sah memang kena lalu pantai lah kan...
Lepas kami shoping kami balik dah dekat nak maghrib masa tu.Ralit lah aku nak ambik gambar matahari tenggelam. Cntik!
sampai dekat satu selekoh atas bukit, bawah tu nampak laut sebelum jumpa hotel.
"Apa lah pengantin tu buat dekat tepi laut tu."Tiba-tiba anak aku tegur.
"Mana..."Aku pandang ke arah pantai.
Memang nampak seorang perempuan pakai baju putih kembang, kain belakang berjela menyapu pasir...seorang sahaja.waktu rembang senja.
"Peliknya lah hai...."Kata suami aku , memang kami semua nampak perempuan tu.Aku teringat cerita pakcik aku masa dia pergi menjala ikan dekat situ jam 3 pagi.
"Masa tu acik sorang je, samar-samar lah sebab ada lampu hotel tepi tu.Dari cahaya lampu tu boleh nampak ikan menangkap, lampu suluh pun ada bawa."
"Masa pandang ke arah laut acik dengar bunyi benda berdebur, macam ada orang terjun laut. Acik pusing pandang belakang, tak ada apa pun.Mungkin sebab gelap.Pandang depan balik nampak seorang perempuan pakai baju putih, rambut panjang...berjalan terus masuk ke laut tu."
"Acik tegur lah..tanya mana dia nak pergi. bahaya awal pagi berjalan ke laut tu..seorang pula, perempuan lagi. Tapi perempuan tu haram menyahut.Bulu roma menegak dah masa tu. Habislah sebenarnya acik tegur siapa?Orang ke hantu."
"Memang tak tunggu dah sebab masa tu tib-tiba perempuan tu gelak...giler punya nyaring lepas zup!terbang."
"Apa benda tu acik..."Aku tanya.
"Hantu laut agaknya..."Jawab Acik aku tu.Aku cakap suami aku..entah-entah perempuan yang kita nampak dekat pantai yang sama tu benda yang sama pakcik aku nampak. Pantai kan memang kawasan dia juga.
Apa kemungkinan memang ada lah dekat pantai tu.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...