suraya mengeluh,kepenatan terasa menyesakan dadanya. 8jam bekerja hanya dapat duduk seketika sudah cukup membuatkan urat betisnya tegang. sampai bila agaknya dia mahu bekerja kilang? pergi pagi baliknya tak menentu. kalau banyak kerja,malam lah baru dia balik. atau paling tidak pun jam 6 petang. sampai ke rumah pun sudah senjakala.
hari ini, jam 6 petang dia sudah habis bekerja,memang dia tidak larat sangat mahu bekerja lebih masa. lebih baik dia pulang merehatkan diri. sama seperti pekerja yang lain suraya lebih selesa menaiki bas kilang sahaja. dia pilih tempat duduk di tepi tingkap sebelah kanan driver. suraya cuba melelapkan mata sementara mahu sampai ke rumah. tetapi di dalam bas mana lah mata mahu lelap. suraya kalih memandang jalanan.
sebaik sahaja sampai di jalan hulu klang berhmpiran loji air di tepi jalan,suraya membuang pandang ke arah pemandangan yang menghijau. di dalam remang senja dia melihat seorang lelaki berkulit putih,bermata sepet berdiri ditepi jalan. kebetulan bas pula bergerak agak perlahan akibat kesesakan lalu lintas,pandangan mereka bertembung. suraya hanya memerhati.
hari hari seterusnya,suraya masih boleh melihat lelaki itu berdiri ditepi jalan, didalam remang senja. sehingga dia merasa sedikit pelik. malahan dia sendiri bagai terpanggil mahu melihat lelaki itu. setiap kali pulang bekerja memang di tempat yang sama lah dia akan duduk. duduk menghadap tingkap,semata mata mahu melayan perasaan hatinya yang jatuh suka kepada lelaki di jalanan. perasaan apakah itu?kadang kadang dia terbawa bawa bayangan lelaki itu ke alam mimpinya. berbual mesra seperti sahabat selamanya. apabila dia bercuti terasa pula hatinya rindu,bagaikan orang mabuk kepayang pula.
"suka benar kau duduk dekat sini,pandangan kau tak pernah berkalih dekat loji air tu,apa yang kau ralit sangat pandang loji tu su?" tegur fatimah yang sudah banyak kali memerhati kegemaran baru suraya. suraya tersenyum.
" kau nampak tak ima,lelaki tu?" tunjuk suraya kepada batang tubuh yang tercegat di tepi jalan memerhatikan dia.
fatimah meninjau. tiada sesiapa pun yang kelihatan.
" mana ada sesiapa su,kau ni..siapa pula yang nak duduk di tepi hutan senja macam ni. kat situ bukan ada perhentian bas atau teksi pun. hutan belukar adalah." ujar fatimah.
"lelaki cina tu memang ada dekat situ setiap kali aku balik. mata kau rabun agaknya" mustahil pula,dia memang nampak lelaki itu di tepi jalan. fatimah geleng kepala. dah gila agaknya suraya. namun dia cuba juga melihat jika benar kata suraya tetapi memang dia tidak pernah nampak pun sesiapa berdiri di tepi hutan itu. hanya suraya yang nampak! fatimah mula merasa curiga. adakah suraya melihat mahluk lain?diam diam fatimah menceritakan perihal suraya kepada emak dan abah suraya. dia hanya bimbang jika suraya terjebak denga permainan mahluk halus,tak pasal pasal sahabatnya di gelar gila pula nanti. apa yang suraya nampak sebenarnya?wujud kah lelaki itu berdiri di tepi jalan menunggu suraya pulang setiap senja. emak dan abah suraya memutuskan untuk meminta pandangan seorang ustaz,atas izin suraya mereka sekeluarga pergi berubat. suraya menceritakan apa yang dia nampak kepada ustaz borhan tanpa apa apa rasa curiga. siap suraya mengatakan hatinya tertarik kepada lelaki itu. termasuklah kehadirannya di dalam mimpi mimpi suraya.
" masya allah suraya, bagaimana kamu boleh terjebak dengan perkara begini?"
"kenapa pula ustaz?" tanya suraya pelik.
" lelaki itu bukan manusia suraya."
" tapi wajahnya tak pula mengerikan ustaz kalau nak kata dia hantu."
" dia bukan hantu. dia mahluk yang datang dari dunia lain, dari alam lain."
" maksud ustaz?" suraya tidak faham.
" hidup di bumi allah ini suraya,mahluknya berbilang. bukan kita sahaja yang wujud. ada jin dan syitan juga."
"kamu harus hindari diri kamu dari lelaki yang kamu lihat. tidak ada manusia boleh hidup bersama golongan jin."benarlah lelaki itu bukan manusia?bagaimana pula dengan hatinya yang sudah mula jatuh suka kepada lelaki itu?suraya binggung.
sehinggalah pada satu malam suraya bermimpikan lelaki itu buat kesekian kalinya.
" suraya...saya dan awak memang berbeza dunia. tetapi saya suka awak. cuma alam yang tidak sama , tidak memungkinkah kita dapat bersama. maaf kan saya kerana suka kan awak. kita tetap berkawan cuma saya tidak akan muncul lagi."
kehadiran lelaki itu di dalam mimpi dan mengatakan kebenaran membuatkan suraya semakin binggung. agak lama suraya hidup di dalam diri yang tidak keruan. sehingga dia terpaksa berhenti kerja. bagaimana dia mampu hidup tanpa lelaki yang sudah berjaya mencuit hatinya. dia tidak dapt menerima kenyataan, lelaki itu hanya wujud di dalam fikirannya bukan di ala nyata. ataunlebih tepat lagi suraya sebenarnya berhalusinasi.
hanya suraya yang tahu sama ada dia benar benar berhalusinasi atau tidak. sehingga kini,di ruang mata suraya hanya melihat lelaki dari alam lain tersebut,sesekali apabila dia melalui jalan itu, dia masih punya keinginan melihat kelibat lelaki misteri itu tetapi seperti janjinya, memang lelaki itu tidak pernah muncul lagi.! bercinta lah suraya dengan bayangan lelaki itu...lelaki yang wujud di ruangan lain di paksi dunia.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
TerrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...