Masa pukul 3 pagi aku rasa, masa tu semua pelajar dah tidur, aku seorang sahaja yang masih study di bilik.Masa tu kira seram jugak lah sebab semua orang tidurkan,aku sorang-sorang jerk study.
Tiba-tiba aku rasa nak terberak,Aku tak tahan..tak tahan..tak tahan......lalu aku berlari ke tandas yang paling hujung sekali, sebab tandas yg dekat rosak...masa di pertengahan jalan yang sunyi dan gelap gelita dengan hanya ditemankan lampu suluh, aku mula teringat cerita si Aiza yang hantu-hantu asrama ni suka marayau-rayau kat tandas pada waktu malam.Masa tu aku rasa takut gila babi hutan, aku nak patah balik masuk bilik tapi aku dah tak tahan nak terberak.Aku dalam dilema. Aku pun baca ayat-ayat kursi untuk hilangkan takut aku...Aku pun ke tandas dengan tergesa-gesa sebab tak tahan.Maklumlah, dah tak tahan nak terberak,mestilah tak ingat apa-apa.Yang ingat masa tu ialah "NAK BERAK"...tapi bila dah lega melepas dalam tandas, aku mula rasa gementar...aku pun keluar dari pintu bilik tandas tersebut.Tiba-tiba..
Aku terdengar satu bunyi yang menakutkan...Proot! ProoT! BrOOmm! ProoOt! BroOOm!
"bunyi apa tu?" tanya aku dengan perasaan terkejut. Makin lama makin kuat bunyi itu...
Aku pun baca ayat kursi banyak2 sambil tutup telinga dan mata...
"eh, aku dalam tandas, mana boleh baca ayat dalam tandas, berdosakah aku?" haha, walaupun dalam keadaan takut, aku sempat gelak.
lalu aku terus keluar dari tandas....dan aku ternampak satu lembaga seorang remaja perempuan yang berpakaian seragam sekolah.Tak silap aku itu pakaian sekolah ni pada tahun 90-an, aku rasa ni mesti hantu yang tak tenang..lalu aku pun dengan beranikan diri bercakap "APA KO NAk! APSAL KO KACAU AKU NAK BERAK HA?! NYAH KAU DARI DUNIA INI" hebat tak aku,walaupun aku rasa takut sampai nak terkencing.
Teringat masa tu aku ada tertengok filem melayu seram part tok imam halau Jin...aku pun tiru lah, kot-kot menjadik...huhu
Aku pun cakap dengan aksi silat gayung aku.. "Dengan nama tuhan,aku halau kau dari dunia ini...Yaaaa!!!!!!!!!!! "
tiba-tiba hantu tu jawab dengan nada seram..
"Oii oii, apsal ko silat gayung macam silat zapin ni, dan ape benda ko merepek sakan ni ha?" kata hantu itu.
aku pun jawablah "APA KO NAk! APSAL KO KACAU AKU "
dia jawab "aku pun nak berak jugak macam kau....abis tu ko dah guna tandas tu..lama jugak kau berak yer....hihihihihihihi(nada seram)...lama menunggu kau, aku pun landing hajat aku kat pokok bunga ni,"
"Oii hantu!! selekeh!! ko ni jenis hantu apa ha? kat sekolah dulu ko tak belajar Pendidikan Sivik eh!, patutlah pokok bunga tu asyik mati jerk, Puihhh!!"
"Sorry lah beb, aku dah tak tahan, ko berak lama sangat...hhihihihihihihi" tiba-tiba ada bunyi, "Prooott,proooot,Proooot BrooOOm!!"
"HA? bunyi apa tu? adakah ada hantu lain yang ingin mengacauku?"
Lalu hantu tu menjawab "itu kentut aku, sorry beb, hihihihihihihi"
dan selepas itu, aku terdengar lagi bunyi yang panjang "PROOooOOooOOooOOt" dan bau yang macam !@#$%^&*(@#!! lalu aku pengsan..
Keesokkan harinya..
Aku sedar-sedar rupanya aku berada di klinik, Aku pun bertanya kat Aiza tentang pengalaman aku uh. Dia cakap hantu yang jumpa aku tu adalah HANTU KENTUT-KENTUT, dah ramai pelajar kat sini pengsan sebab bau kentut hantu tu...
seram tak????hihihihihi
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...