Pada suatu malam.. ketika itu usia ku bru berumur 10.. dan ketika itu.. ibuku sedang mengandung kan adik aku.. nak dijadikan cerita.. pada suatu malam yg dikatakan bapaku adalah malam jumaat keliwon.. aku,ibuku,dan,bapaku keluar ke pekan untuk makan malam pada pukol 12 tengah malam.. sesudah siap makan.. kami pon balik semula ke kampung.. sampai ke kampung aku pon keluar dari ke kereta.. tetapi bapaku menghalang diriku untuk keluar dari kereta.. macam ada benda yang mengikut dari pekan tadi.. tetapi aku berkeras hati ingin keluar.. kerana pada waktu itu aku sangat ngantok.. lalu ibuku pon keluar dari kereta.. sesudah bapaku keluar dari kereta dan mengunci kereta nya (toyota K.E 20) lalu kami pon turun berjalan melalu bukit rumah ku.. ketika itu ibuku berjalan didepan ku.. aku pula berjalan seiring bapaku.. sampai di sebuah pokok rambutan di sebelah rumahku.. kedegaran macam ada sesuatu yg bergerak di atas pokok.. lalu dengan x semena2 bapaku menjerit pada ibu.. "yunk cepat lari masok rumah".. lalu ibuku pon tidak berfikir apa.. lalu dengan terkuntang kanting ibuku lari memasuki rumah dan menyorok dibelakang pintu masuk rumahku.. yang tingal hanya aku dan bapaku saja ketika itu.. lalu bapaku mengambil batu dan membaca kan sedikit ayat lalu membaling batu tersebut ke arah pokok rambutan yg rendang tadi.. selepas bapaku membaling batu tersebut.. ada sesuatu cahaya yg keluar dari pokok tersebut yg berwarna kemerahan seperti api dalam teriakan yg menyatakan panass!!.. cahaya tersebut pon terbang ke arah belakang rumah ku.. ketika itu aku ketakutan dan memeluk erat kaki bapaku.. setelah selesai semua.. bapaku mendokong aku masuk rumah..
Pada siang hari tersebut.. aku bangun dari tidur dan membasuh muka.. ketika itu rumah ku dipenuhi kawan2 bapaku dan datoku.. dalam sedang mereka berbual.. datang pak khalid( bomoh kampung) ke rumah ku.. dan dia pon dudok lalu menayakan soalan apakah yg kau nampak malam tadi kepada bapaku.. lalu bapaku pon cerita hal yang sebenar.. setelah habis bapaku cerita kan.. lalu pak khalid pon menjawab.. "yang kau nampak malam tadi adalah penaggal yang ingin memakan kandungan bini kau" bapaku terdiam seketika.. lalu bapaku bertanya "siapa yang jadi penanggal dalam kampung ini?"lalu pak khalid pon menjawab.. suatu hari mesti kau akan tahu sapa.. pak khalid pon berlalu balik kerumah.. menjelang pada waktu maghrib.. pak khalid datang semula kerumah ku.. lalu di mengajak bapaku kebelakang rumah .. ketika itu aku dan ahli keluarga aku dilarang untuk melihat.. tetapi aku curi2 lihat melalui tingkap dapur.. aku melihat seperti cahaya yang aku nampak malam tadi kembali semula.. dan berhenti betul2 depan pak khalid.. ketika itu bapak ku sedang tekun melihat pak khalid.. dan dalam berapa minit selepas itu.. cahaya itu bersepah ataupon berkecai.. selepas itu.. bapaku dan pak khalid menaiki semula kerumah.. dan berpesan pada bapaku.. "jangan risau bende tuh dah hancur aku kerjakan" lalu bapaku ucapkan terima kasih pada pak khalid.. ibuku bertanya kepada bapaku.. "pak khalid cakap apa bang?" Bapaku menjawab "penanggal tuh dia dah bunuh".. ibuku menarik nafas lega.. selang berberapa hari kemudian.. bapaku ku pon mengetahui siapa yang menjadi penanggal tersebut
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HororPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...