Dapat tahu je saya dapat PLKN ni, aduhh. Rasa malas nak pergi. Dahlah time tu kena tinggal kerja lagi apa semua.
Hari first daftar, saya kenal sorang kawan nama dia Amar, dia ni nakal sikit la. Pada haritu masa tu kitorang dah tinggal kat kem plkn tu dah 3 minggu. So, satu haritu, Amar ni dia cakap besar. "Aku mana takut hantu, kalau ada hantu datang suruh dia cari aku, bak aku pukul dia," kitorang satu dorm tersentap bila dia cakap macam tu. Pastu saya bersuara, tak baik la cakap macamtu weh, kita kat tengah hutan ni, tempat orang.
Keesokan malamnya pada pukul 11 malam selepas rowcall malam, saya tengok dia menangis sorang sorang. Setahu saya, dia ni hati keras. Pastu saya tegur dia, dia bangun sambil gelak besar. Muka dia dah lain macam. Kitorang satu dorm baca ayat kursi. Lepastu si Amar ni pengsan dalam 10 minit macam tu la. Sedang saya dan kawan kawan lain lepak tepi katil dia sambil tggu dia bangun, tiba tiba dia bercangkung atas katil. Dia gelak besar. Dia merangkak laju panjat dinding dan bergayut atas siling dengan menggunakan satu jari saja utk menampung berat dia.
Panik dengan keadaan tersebut, kawan saya panggil ustaz kem tersebut. Namanya ustaz Hafiz. Ustaz Hafiz bersuara, "kau keluar dari badan dia Merong !, kalau kau tak keluar aku akan buat kau macam dulu! Kau nak ?!"
Lepastu makhluk yg merasuk si Amar bersuara, "kita jumpa lagi ya !" Yang membuatkan kitorang satu dorm pelik ialah macam mana ustaz kenal makhluk ni ?
Lepastu makhluk yg merasuk si Amar ni nak melarikan si Amar kedalam hutan, kawan saya yg cuba menghalang ditendang didada dan terpelanting sejauh 40 meter. Seumur hidup saya, belum pernah saya lihat manusia ditendang sejauh itu. Namun kami berjaya memegang Amar.
Ustaz Hafiz memegang kepala Amar dan menghalau makhluk itu keluar.
Ustaz Hafiz menceritakan bahawa Merong ialah jin yang dirinya separuh manusia dan separuh harimau. Ustaz Hafiz pernah berlawan dengannya sekali sebelum ni.Keesokan harinya apabila Amar sedar dari tidur, dia tak ingat apa apa. Bila semua orang tanya dia ok ke tak? Dia jawab dia ok je. Dia pun pelik kenapa ramai org tanya dia macam tu. Saya tanya dia tak ingat ke apa berlaku semalam ? Dia cakap dia nampak seekor harimau masa dia nak sidai kain semalam pastu belum sempat dia lari dia dah tak ingat apa apa. Dia ingatkan dirinya bermimpi.
Lalu saya mencelah, lepasni jagalah mulut, jangan celupar kat tengah tengah hutan. Bukan kita saja yg bernyawa.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...