Husna runsing. Kak Pia macam merajuk aje tak nak angkat call daripadanya. Tak kanlah sampai begitu sekali. Lagipun, salah faham saja. Komunikasi mereka yang kurang berkesan hingga menimbulkan salah faham.
"Kan saya dah janji kak, nak hantar fail tu malam ni selepas suami saya balik kerja." tegas Husna. Kak Pia mengeluh kurang senang dihujung talian.
"Tak payah lah kau hantar malam-malam, kau hantar malam pun bukannya aku dapat update. Aku nak rest. Otak aku penat!" kata Kak Pia.
"Saya tak kisah. Akak nak update ke tak, itu akak punya hal. Asalkan saya dah hantar." kata Husna lagi. Talian dari pihak Kak Pia dimatikan. Terkebil-kebil Husna dibuatnya.
Afzan pulang kerja pukul 10:30 malam. Husna menggesa suaminya itu agar menemaninya pergi ke rumah Kak Pia yang berada agak jauh daripada perumahannya . Selepas Afzan mandi mereka pun keluar dari rumah pada jam 11 malam. Dalam perjalanan Afzan menekan aplikasi waze untuk mencari lokasi rumah Kak Pia. Walaupun mereka sudah ke rumah Kak Pia sekali sahaja dulu, namun jalan untuk memasuki kampung itu agak berbelit dan mudah mengelirukan. Lagipun, mereka memasuki perkampungan itu pada hari siang.
"Malam-malam begini memang payah abang nak tengok jalan. Mudah keliru."jelas Afzan. Husna mengangguk saja. Perjalanan ke rumah Kak Pia memakan masa selama satu jam.
Ketika mereka membelok memasuki lorong untuk ke perkampungan itu, mereka agak terpegun apabila suasana di kampung sungguh sunyi. Banyak deretan rumah, namun, satu rumah pun lansung tak pasang lampu. Terdetik juga di hati mereka untuk bersangka-sangka. Namun, masing-masing memdiamkan.
"Betul ke waze abang tu. Sunyi je jalan ni. Macam kampung terbiar." ujar Husna setelah lama berdiam diri. Jalan yang sempit dengan lopak sana sini menyukarkan perjalanan mereka. Berkali-kali Afzan beristighfar apabila tayar keretanya masuk ke dalam lopak.
"Abang nampak tak apa yang saya nampak?" tanya Husna lagi setelah matanya dapat menangkap bayangan satu lembaga dari suluhan lampu kereta. Afzan mengangguk. Semakin mereka mendekati lembaga itu, Husna menjerit kecil. Cepat-cepat dia menggapai tangan Afzan. Seram sejuk tangannya apabila mendapati lembaga di hadapannya itu merupakan seorang manusia, atau mungkin seekor makhluk yang mukanya buruk sebelah. Rambutnya kerinting panjang dengan hanya menggunakan baju dan seluar yang diperbuat daripada guni. Matanya tajam merenung kereta mereka.
Afzan meneruskan pemanduan walaupun jantungnya mulai berdegup kencang.
"Zikir banyak-banyak. Abang rasa kita salah masuk kampung" kata Afzan. Dia kelihatan tenang, namun jantungnya berdegup laju. Ditepi jalan, tiba-tiba sahaja ramai manusia yang berpakaian sama yang diperbuat daripada guni berdiri sambil merenung mereka dengan bengis. Mereka terdiri daripada orang dewasa, kanak-kanak dan bayi. Ada yang membawa kayu dan cangkul.
"Siapa tu bang? Janganlah mereka apa-apakan kita" kata Husna terketar-ketar. Mulut Afzan masih lagi terkumat kumit membaca ayat suci al-quran.
Sekali lagi mata Husna terbeliak apabila melihat satu makhluk yang mengenakan baju putih yang telah dilumuri tanah terbang dan mengilai di udara. Makhluk itu berambut panjang. Walaupun mukanya tidak kelihatan, namun ianya sungguh mengerikan. Semakin kuat genggaman tangan Husna pada tangan Afzan.
"Kita lalu saja. Kita tak ganggu mereka. Berdoalah agar mereka juga tak ganggu kita." bisik Afzan. Husna mengangguk. Semakin banyak makhluk yang menyeramkan berdiri ditepi jalan. Walaupun mereka tak buat apa-apa, namun, kecut juga perut pasangan suami isteri itu direnung tajam dan bengis sedemikian rupa.
Nun, di hujung jalan, terdapat sebuat rumah yang dipasang lampu. Afzan mempercepatkan sedikit pemanduannya.
Seketika, Afzan menghembuskan nafas lega. Alhamdulillah,mereka sudah sampai ke destinasi yang sebenar.
"Ini barulah kampung sebenar bang." kata Husna. Perjalanan mereka mulai lancar. Tiada lagi jalan-jalan yang berlopak. Yang ada jalan tar yang licin dan baru. Suasana kampung itu juga terang dan masih ada remaja yang lalu lalang. Lepak-lepak di tepi jalan sambil bermain gitar.
"MasyaAllah!" ucap Afzan terkejut lalu memakirkan keretanya ditepi jalan. Dia keluar dari keretanya dan melihat pada jalan yang sudah dilaluinya sebentar tadi. Terbentang luas sebuah sungai dan ditepi sungai terdapat ribuan pokok paya bakau. Husna datang sambil merangkul tangan suaminya. Dia juga turut terlopong.
"Kita memandu atas air, dalam air atau terapung tadi bang?" tanya Husna. Panas rasa kelopak matanya. Hampir sahaja dia menagis kerana baru inilah dia berhadapan dengan perkara ghaib sebegitu.
"MasyaAllah. Subhanallah. Tak tercapai akal abang ni Husna. Macamana kita boleh lalui jalan itu sebentar tadi. Allah punya kuasa. Allah nak tunjuk pada kita bahawa selain kita, ada penghuni lain yang menghuni dunia kita ni." kata Afzan lalu menarik tangan Husna masuk semula kedalam kereta.
Semasa di dalam kereta, Husna melihat jam di handphone nya. Husna tersentak.
Di berpaling pada wajah suaminya.
"Abang, masyaAllah! Pukul 12:01 malam! Abang perasan tak,kita masuk kampung pelik tu tadi jam 12:00 tengah malam? Maknanya jam masa kita mati saat kita berada disana!" kata Husna terkejut. Afzan bertasbih berkali-kali.
"Besar nikmat yang Allah tunjukkan pada kita malam ni, Husna. Alhamdulillah. Kita selamat cari jalan pulang. Bayangkan kalau kita terus terperangkap dalam sana. Hurmm" kata Afzan. Husna mengangguk. Dia membatukan diri. Mata akalnya menerawang jauh mengingati peristiwa sebentar tadi.
Perjalanan mereka diteruskan dalam hati masing-masing mengagungkan nikmat Allah.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
TerrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...