Aku suka akan kehijauan dan kedamaian pekan tersebut, tetapi bukan hotel yang aku diami. Kali pertama menjejakkan kaki di perkarangan hotel tersebut, perasaan sayu, cemas, gerun, takut dan sedih menusuk di dalam sanubari aku. Aku ingat kan mungkin keadaan masa itu, (aku sampai kat hotel dalam pukul 6:30 petang) dan aku buat tak tahu je.
Aku ditempatkan disebuah bilik terakhir di block baru. Bila aku masuk, aku dapati bilik itu seperti sudah lama tak didiami, terlalu dipenuhi habuk dan terdapat sawang di siling. Di dalam bilik itu, aku rasa seperti aku diperhatikan. Aku pun ikat langsir dan aku dapati bilik aku mengadap pokok sukun yang sederhana besarnya. Mengikut kata orang-orang tua, pokok sukun nie ada hantu yang suka menumpang. Aku pun segera meminta pihak hotel menukar bilik aku dan alhamdulillah, mereka memenuhi permintaan aku. Aku tinggal di hotel itu selama lebih kurang dua minggu tanpa ada sebarang gangguan.Kali kedua aku ke pekan itu, aku ditempatkan di hotel yang sama.
Tempoh kali ini adalah lebih panjang, lebih kurang dua bulan setengah. Aku telah ditempatkan di bilik tidak jauh dari bilik lama dulu. Minggu pertama, semuanya berjalan lancar. Keadaan menjadi sebaliknya apabila masuk minggu ke dua. Aku terjaga setiap malam pada pukul 2 pagi dan tidak boleh melelapkan mata sehinggalah pukul 6 pagi. Bayangkan keadaan aku ketika itu, tanpa tidur yang cukup dan terpaksa ke pejabat keesokan harinya.
Pada satu malam, dalam lebih kurang pukul 10, aku pun menjalankan operasi biasa aku, check semua pintu dan tingkap sama ada telah aku kunci atau tidak. Aku pun check pintu sliding door balcony bilik aku tu, yelah petang tadi aku lepak kat situ sambil minum kopi mengadap swimming pool. Mana tau kot-kot aku terlupa menguncinya. Apabila aku tutup semula sliding door tu, aku terbau sesuatu yang amat busuk macam bau bangkai. Aku segera memeriksa kasut aku, mana tau aku terpijak taik kucing ke, bangkai tikus ke tetapi kasut-kasut aku tak ada bau. Aku pun buat kesimpulan bahawa mungkin bau tu masuk bilik aku masa aku bukak pintu sliding door tadi.
Mungkin ada tikus mati kat taman bawah bilik aku tu kot (walaupun petang tadi masa aku lepak kat situ, mana ada bau busuk).Aku terjaga seperti biasa dalam pukul 2 pagi. Aku cuba juga untuk melelapkan mata tapi setiap kali aku cuba untuk berbuat demikian, aku ternampak seperti bayang-bayang yang terbang di atas kepala ku. Ini adalah kerana keadaan dalam billik tersebut boleh dilihat dari atas katil kerana bilik itu banyak dihias menggunakan cermin. Aku seperti diperhatikan. Aku pun apa lagi, terus berjaga sampai pukul 6 pagi.
Nasib baik masa tu siaran TV3 24 jam, boleh jugak aku pasangkan suara tv tu dan cuba menonton program yang ada.Keesokan harinya, aku balik kerja cepat sebab aku ada projek, baca Yassin selepas solat Maghrib dan Isyak. Aku pun meneruskan projek yang telah ku rancang. Lebih kurang dalam pukul sepuluh, aku pun tertidur.
Aku terjaga lagi pada malam itu dalam pukul 1 kerana aku terbau bau limau nipis yang kuat dalam bilik aku. Ini sudah kerja gila, aku memberitahu diriku. Aku berasa seolah-olah bilik tersebut penuh dan suasana dalam bilik itu panas dan tidak selesa langsung. Aku terdengar seperti orang berbisik tetapi tak tau biji butir percakapanya tapi aku tahu, aku tidak diterima untuk berada di situ.
Aku menggeletar di atas katil sendirian dan berperang dengan perasaan aku. Hati aku berbisik mengatakan kalau aku tak keluar dari bilik ni pukul 3 pagi, sesuatu yang buruk akan menimpa diri aku. Tepat-tepat pukul 3 pagi, aku lari keluar dari bilik aku dan terus ke lobi. Aku duduk dilobi dengan baju sejuk, bantal dan walkman. Aku duduk di situ dengan aman dan tenteram sehinggakan aku boleh tertidur di situ. Tiba-tiba, aku rasa ada sesuatu berdiri disebelah ku. Rupa-rupanya para petugas malam hotel tersebut datang kepada ku dan bertanya kenapa aku berada di situ dan juga dengan celuparnya bertanya, sama ada bilik aku ada hantu ke?Yang aku ingat aku memberitahu mereka "Tolong tukar bilik I, I nak bilik lain la". Berulang kali aku mengatakan perkara yang sama.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...