"malam ni study group dekat rumah aku lah" ajak mia kepada rakan-rakannya.
"kami okay je study dekat2 mana pon, asalkan study. Spm nak dekat dah ni" jawab ain.
6 orang sahabat itu bersetuju untuk mengulang kaji pelajaran mereka dirumah mia. Tinggal lagi beberapa bulan sahaja untuk mereka menempuh peperiksaan penting itu.
9 malam, mia menunggu rakan2 nya. Dia meletakkan meja belajar di garaj kereta. Kerusi yang cukup untuk mereka. Tak lama kemudian, rakan2 nya sampai dengan menaiki motor. Mereka memulakan pembelajaran mereka. Sedang leka mereka belajar, amira memulakan jenaka tiba2nya. Mereka semua ketawa kecuali Ifa. Dia diam sambil mengetuk-ngetuk pen di atas meja.
"kau okay ke ifa ?" soal ain kepada ifa.
"haa? Aku okay je" jawab ifa sambil memandang sekilas wajah Ain dan sekilas pada pagar rumah Mia.
Pagar itu betul2 dekat dengannya. Mereka terus mengulang kaji sehingga pukul 12 malam. Mereka mengemas barang mereka dan pulang kerumah masing2.
7 pagi, Mia pergi kesekolahnya dengan menaiki bas. Setibanya dia di sekolah, Ifa berdiri ditepi pagar dengan muka gelisah dan memanggil Mia.
"kau kenapa pagi2 dah nak kacau hidup aku?" soal mia dengan nada bergurau.
"kau tahu kan hijab aku terbuka?" soal ifa kembali kepada mia.
"tahu je. Kenapa ? ada lembaga ikut aku ke dari bas tadi ke?" jawab mia resah.
Ifa menggeleng kan kepalanya tanda tidak. Ifa menarik tangan Mia untuk cepat sampai dikelas mereka. Tiada siapa didalam kelas mereka, masih awal pagi.
"aku nampak" bisik ifa perlahan.
"Bila? Dekat mana? Pukul berapa?" soal mia ketakutan
"malam tadi, dekat pagar rumah kau. Dia pandang kita mia. Dia bergayut dekat pagar. Mata dia merah, badan dia semua berbulu hitam. Aku takut, sebab tu aku diam masa korang semua ketawa" Ifa berkata dengan agak perlahan sambil memegang tanga mia.
'pagar rumah aku??' bisik hati mia
Setibanya Mia dirumah selepas pulang dari sekolah, dia terus menceritakan hal itu kepada kakaknya, ika. Dari mula sampai ke penghujung cerita itu. Kakaknya tidak percaya akan cerita yang Mia sampaikan.
"tak logik lah Mia, kita dah 5 tahun duduk rumah ni. Tak ada apa pon" kata ika sambil ketawa
'tak kan lah Ifa nak menipu tanpa sebab?' hati mia berbicara
1 pagi, Mia dan kakaknya sedang leka menonton televisyen. Berdua sahaja. Ayahnya sudah lama tidak pulang ke rumah kerana perselisihan paham dengan ibunya. Abang nya pula bekerja diluar negeri. Sedang mereka asyik menonton televisyen. Mereka tendengar bunyi salakan anjing tidak jauh dari rumah mereka.
'Jarang anjing uncle lee ni bunyi macam ni' bisik hati Ika
Ttanggg!!
Bunyi sesuatu barang jatuh ke lantai dari arah dapur. Mereka berpandangan.
"mia dengar tak?" soal Ika
"bunyi apa tu kak ?" soal mia kembali
Mereka bergegas bangun dari sofa dan terus ke ruang dapur.
Ttangg!!
Semakin kuat bunyi itu. Seperti ada yang melempar periuk kedinding. Langkah mereka terhenti.
"kita masuk bilik je lah kak" ajak mia sambil menarik tangan kakaknya.
"mia takut? Tak ada apa lah. Jom kita tngok. Tikus agaknya" Ika berkata sambil menuju ke dapur.
2 periuk ada dia atas lantai, jauh dari tempat asalnya. Mana mungkin periuk itu bergolek jauh dari tempatnya. Ika mengangkat periuk tersebut dan letak ketempat asalnya semula. Mereka melangkah keluar dari ruang dapur.
Tangg!! Ttang !!
Serentak 2 periuk itu jatuh. Mereka terus berlari menuju ke bilik. Berdebar hati mereka. Takut. Malam itu mereka tidur dalam ketakutan. Ika mula percaya apa yang di ceritakan mia sebelum ini.
1 pagi, bunyi salakan anjing jirannya itu mengganggu tidur mia. Terjaga dari mimpi yang indah.
"haihh anjing ni, time nil ah kau nk bunyi" mia berkata sambil tergaru-garu matanya yang mengantuk
Sreeetttt...
Mia kembali membuka matanya. Bagai ada yang menarik sesuatu dia atas bumbung rumahnya. Bunyinya seperti berat. Mia tidak keruan. Lama juga bunyi itu di atas bumbung rumahnya. Dari jauh bunyinya, sehingga betul2 bunyi itu diatas bumbung biliknya. Bunyi itu besaing dengan bunyi salakan anjing uncle Chong. Mia memaksa matanya untuk pejam.
Hek.. hek...
Bunyi lain pula didengarinya. Bunyi itu dekat sahaja disebelahnya. Bunyi itu seperti bunyi ketawa menyidir. Mia membaca ayat kursi dengan kuat shingga kakaknya terjaga.
"Astagfirullahalazim!" Ika beristigfar dengan agak kuat
"pejam mata kak, abaikan sahaja" perlahan mia berkata
Ika juga membaca ayat kursi dengan kuat. Mereka harus berani. Walaupun lembaga berbulu itu sedang bercangkung diatas meja disebelah mia. Tersengih dengan muka hodohnya.
Ke esokannya, mia dan kakak nya menceritakan apa yang terjadi kepada mereka berdua. Ibu nya terkejut, dan terus mengajak mereka ke rumah pak harun. Pak harun bukan lah ustaz, bukan juga bomoh. Tapi dia tahu serba sedikit mengenai benda ghaib begini. Ilmu dari nenek moyangnya.
Diceritakan semunya kepada pak harun. Dia mendengar dengan teliti dan menyuruh isterinya mengambil bahan2 untuk dirinya. Ketika Pak Harun memegang sesuatu, sambil kumat kamit mulutnya membaca surah. Dia memandang ke arah Ika.
"berbulu hitam ye?" ditanya kan soalan itu kepada Ika.
"ya pak harun" jawab Ika perlahan. Sebab dia tidak pula menceritakan fizikal lembaga itu.
"benda ni nak mengadu. Tuannya baru meninggal dunia. Jadi dia mencari tuan baru" kata pak harun kepada Mak Siah. Ibu kepada mia.
"tapi kenapa rumah kami pak harun?" soal Mak Siah
"rumah kamu tiada lelaki. Pintu rumah pula sering dibiarkan terbuka pada lewat malam. 'Benda' ni lalu sahaja di kawasan rumah kamu. Tapi dia tertarik dengan keadaan rumah kamu. Sebab itu dia menyinggah" seloroh Pak Harun sambil mengemas barannya.
"Kamu pulang lah kerumah dulu, pasang ayat ruqyah ketika tidur. Insyaallah malam ini dia tidak mengganggu. Hari ni aku tk boleh ke rumah kamu, ada hal lain perlu diselesaikan. Esok aku akan tngok kan rumah kamu tu ye Siah" sambung Pak Harun.
10 malam, mereka semua tidur di dalam bilik yang sama. Memasang surah ruqyah seperti yang disuruh Pak Harun. Tenang malam itu seketika.
1 pagi, Mak siah menjerit. Bunyinya seperti mengigau. Tetepi agak kuat jeritan itu. Mia terjaga. Dia terus mengejutkan kakaknya. Kakaknya mencapai handphone yang dipasangkan surah ruqyah tadi.
'mati?' bisik hati kakak mia
"kak, kejutkan lah ibu" rayu mia
Dikejutkan ibu mereka dalam keadaan takut. Mak siah menjerit sekuat hati. Setelah beberapa minit, mak siah terbangun sendiri. Didepannya anak2nya sedang menangis. Di dakap anak2nya itu.
" benda tu marah. Dia marah kita jumpa pak harun" kata mak siah kepada anak2nya
Pak Harun datang kerumah mereka bersama isterinya. Di lihat sekeliling rumah itu. Lembaga berbulu itu tidak kelihatan. Setiap sudut Pak Harun mencari. Rupanya 'dia' sedang bertenggek didahan pokok besar dibelakang rumah itu. Pak Harun membaca beberapa surah, beberapa kali dia menjegil mata.
"kita 'pagarkan' sahaja rumah ni Siah. Takut 'benda' itu mengganggu lagi" kata Pak Harun
"buat sahaja lah apa yang terbaik Pak Harun"jawab Mak Siah
Setelah dipagarkan rumah itu, rumah mereka kembali normal seperti biasa. Tiada yang mengganggu lagi. Ifa kawan kepada Mia juga tidak lagi nampak makhluk berbulu itu.
"Kau duduk lah di dahan itu, meratapi sahaja lah pemergian tuan mu. Silap dia tak mewariskan kau. Tapi jangan kau ganggu orang lain yang tak mengerti apa apa" Mak Siah bicara sendiri sambil memandang pokok yang besar itu.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...