RAMBUT BERHANTU

744 46 1
                                    

Niza mengayakan rambut palsu yang baru dibelinya.Rambut lurus, panjang mengurai berwarna hitam arang itu sesuai sahaja dengan bentuk wajahnya.Dia keluar dari biliknya mencari Fiona, dia mahu menunjukan kepada Fiona rambut palsu tersebut.

"Fi..cantik tak?"Niza berpusing dihadapan Fiona,Fiona hanya memandang sekilas sahaja.

"Fi ..pandanglah aku, cantik tak aku baru beli dekat Randy ni."
"Berapa pula duit kau hangus kali ni?"Fiona memang tidak suka dengan sikap Niza yang suka sangat mengumpul rambut palsu.Entah dari mana rambut tu datang, entah-entah dari perempuan yang mati di bunuh, mati di rogol.Tak pasal-pasal roh tuan punya rambut datang minta balik rambutnya.

"Tak mahal pun rm 300 je."Ujar Niza bangga.

"3 ratus tu kau kata murah,Niza kau bagi emak kau 3ratus tu boleh orang tua tu buat belanja dapur."

"Ala belanja dapur mak aku, aku siap dah bagi.Aku berkenan dengan rambut ni sebab lurus dan cantik.Kalau rambut aku macam ni mesti cantik."

Fiona mengeleng.

"Bersyukur lah Niza walaupun rambut kau tu macam rambut negro."Fiona meninggalkan Niza diruang tamu membelek rambut palsunya.Malas mahu melayan.

Fiona membuka bilik Niza,kosong biliknya.Ke mana pula Niza ni tak bagitahu dia apa-apa.Keluar dengan Boyfriend agaknya.Fiona menutup pintu bilik Niza. Dia ke dapur mahu mencari bahan untuk dikunyah sambil dia menonton tv nanti.

Fiona berdiri di sinki berhampiran tingkap sambil membasuh buah epal hijau.Ketika itu dia terpandang seorang wanita berambut panjang lurus melintasi cermin tingkap yang terbuka.

"Dah tengah malam macam ni merayau lagi, sama lah macam Niza tu, tak lekat dekat rumah."Rungut Fiona sendirian.

Tiba-tiba dia terfikir, eh!perempuan tu lalu ikut mana?Mana ada koridor dekat situ, rumah dia bukan rumah teres.Apartment 20 tingkat kot, dan dia tinggal di tingkat 17!Tidak jadi dia membasuh buah epal, buah tersebut di biarkan sahaja di dalam sinki, bergegas dia masuk ke dalam bilik.

Niza membuka lampu, ruang tamu terang benderang.Dia memandang bilik Fiona yang tertutup rapat.Kemudian dia membuka pintu biliknya.

Niza terkejut, almari soleknya bersepah.Alat solek nya habis bertaburan di atas lantai.Hati nya mula menyimpan rasa marah,mujur rambut palsu yang dia suka elok terletak di atas katil.

Bergegas Niza mengetuk pintu bilik Fiona.

"Fi kau masuk bilik aku selerak kan barang aku ke?"Tanya niza.

Fiona yang masih mamai tercengang.Apa hal pula si Niza ni.

"Apa kau cakap ni aku tak faham lah."Fiona bersuara perlahan.Niza memegang tangan Fiona lalu di bawanya ke bilik.Fiona terkejut melihat bilik Niza berselerak.

"Aku tengok kau je tadi tapi kau tak ada.Aku tutup balik pintu.Tapi tak ada lah macam ni keadaannya."Fiona memandang sekeliling bilik.Rambut palsu Niza elok sahaja terletak di atas katil.Fiona teringatkan mahluk yang melintas di dapur, rambut panjang lurus sebiji macam rambut palsu Niza.

"Habis siapa masuk bilik ni?Hantu...?"Tanya Niza.

"Mungkin ...siapa tahu kan.Hantu rambut palsu kau datang nak minta rambut dia."Habis sahaja Fiona bercakap barang di atas meja solek Niza seperti di tolak seseorang, habis jatuh ke lantai.

Fiona dan Niza berpandangan.Mereka mula merasa seram sejuk.

"Apa tu Fi..?"Bisik Niza.
"Mana aku tahu..."Jawab Fiona perlahan.
Seketika kemudian, kerusi meja solek Niza di tarik seseorang.Tetapi tidak pula kelihatan sesiapa menarik kerusi tersebut.Mereka berpandangan.Perlahan-lahan rambut palsu di atas katil bergerak sendiri menuju ke arah meja solek.

Fiona dan Niza tidak menunggu lama lagi,mereka lari masuk ke dalam bilik Fiona.Menggigil mereka berpelukan di atas katil.
"Aku dah cakap dengan kau jangan beli rambut palsu, ini mesti pasal rambut tu."Bisik Fiona.

"Mana aku tahu, dah rambut tu cantik aku beli.Randy pun tak ada cakap apa-apa pasal rambut tu."

"Baik kau pulangkan pada Randy Niza, aku tak nak syaitan ada dalam rumah ni."Niza terdiam, sedar kesalahannya sendiri.

Esoknya.....

"Ran...."Niza memanggil lelaki pemilik salon itu.
"Aih amoi baru datang semalam cuci rambut nak cuci lagi ke?"Tanya Randy sambil tersengih-sengih.

"Nah...."Niza menghulurkan rambut palsu kepada Randy.

Randy mengeluh.Nampaknya dia terpaksa memulangkan kembali duit Niza.

"Malam tadi aku dengan Fiona kena kacau.Apa masalah rambut ni, aku nampak rambut ni bergerak sendiri, macam ada orang memakainya."

"Dekat sini pun selalu benda macam tu jadi."Keluh Randy.

"Kenapa dengan rambut ni?Berhantu ye..."
Randy terdiam...teringat dia cerita Alex tentang kewujudan rambut ini.

---------------------

Alex membelek wajah mayat di hadapan nya menunggu masa untuk di makeupkan.Seorang gadis yang cantik, sayangnya wanita ini mati membunuh dirinya sendiri.Alex melihat rambut wanita tersebut,panjang mengurai,lurus dan lembut.Tanda dia menjaganya dengan baik.

Melihat rambut yang cantik, dia teringatkan Randy abangnya yang membuka sebuah salon rambut di pinggir bandar.Mesti randy suka kalau dia mendapatkan rambut ini untuk di buat rambut palsu, boleh lah dia hadiahkan kepada teman wanitanya nanti.Kalau dia mengambilnya pun keluarga si mati belum tentu tahu.Selalunya ahli keluarga tidak akan membuka lagi keranda.Mayat selalunya terus di bakar dengan kerandanya sekali.

Perlahan-lahan Alex mencukur rambut si cantik manis,cukup berhati-hati,takut rambut yang lurus tersimpul.Tanpa Alex sedari di satu sudut di dalam bilik mayat itu si cantik manis berwajah pucat lesi menangis pilu.Rambut kesayangannya di ambil tanpa izin.Walaupun selepas kematiannya.

---------------

"Alex ambil rambut mayat tu?"Niza terjerit kecil.

"Aah...aku tahu pun masa Alex di hospital sebelum dia mati kerana kemalangan."

"Kenapa Alex kemalangan?"

"Sebelum Alex mati dia sempat bercerita pada aku tentang rambut yang dia beri pada aku untuk di jadikan rambut palsu tu.Teman wanitanya di ganggu bayangan seorang wanita tidak berambut sehingga menjadi gila.Bila rambut tu Alex simpan dia pula mengalami masalah yang sama."

"Kau yang buat rambut tu tak di ganggu ke?"

"Tak ada, sebab tu aku tak percaya benda macam ni,tapi bila Alex mati baru aku sedar sesuatu yang aneh tentang rambut tu tapi aku jual juga pada kau sebab aku mula ragu-ragu tentang rambut berhantu ni.bila kau kata kau kena ganggu, baru aku percaya Niza."

"Jadi betul lah Fiona nampak wanita berambut panjang melintas dekat tingkat 17, rupanya wanita tu ambil rambut ni dan guna, patut lah rambut yang aku letak elok terletak di atas katil."

"Aku minta maaf Niza, menyusahkan kau."

"Habis kau nak buat apa dengan rambut ni?"

"Aku nak hantar pergi tok sami..buat upacara pembakaran , sempurnakan mayat tu...pulangkan balik rambutnya."

Niza mengangguk,hak orang memang sepatutnya di pulangkan kembali.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now