OUIJA

601 38 4
                                    

Ada seorang gadis bernama Elena dan dia sangat suka dengan benda-benda paranormal. Pada suatu hari, Elena mengajak kawannya Sarah untuk bermain papan Ouija di rumahnya selepas mereka pulang dari sekolah. Dipendekkan cerita, Elena dan Sarah memulakan permainan dengan membaca mantera. Selepas itu mereka bertanya soalan.

“Ada sesiapa disitu?”

Tiba-tiba syiling itu bergerak ke atas ayat yang ditulis YES.

“Siapa ni?”  Elena bertanya lagi. Syiling itu bergerak ke huruf-huruf yang tertera di kertas dan ia mengeja satu ayat iaitu A-N-A.. Ana. Nama roh yang dipanggil itu adalah Ana.

Mereka bertanya lagi. “Berapakah umur awak?”

Syiling itu tidak bergerak.

Pelbagai soalan yang  ditanyakan dan didapati bahawa roh yang mereka berkomunikasi itu adalah roh seorang bayi yang belum dilahirkan lagi. ‘Ana’ berkata dia akan dilahirkan dalam beberapa bulan lagi.

Elena dan Sarah sangat teruja. Setiap hari mereka akan berkomunikasi dengan ‘Ana’ dan sering bertanya pelbagai soalan. ‘Ana’ mendedahkan nama bakal ibubapanya, hospital dan tarikh dia akan dilahirkan.

Namun, tiba-tiba mereka tidak dapat lagi menyeru ‘Ana’.

“Ana? Awak ada di sana? Mereka memanggil Ana namun tiada jawapan.

Sehingga tiba hari yang Ana akan dilahirkan, mereka cuba menyeru ‘Ana’ lagi.

“Ana, awak ada di sana?”

Syiling itu bergerak perlahan dan pergi ke ayat YES.

Mereka sangat gembira ‘Ana’ sudah kembali. Mereka bertanya apa sudah terjadi pada ‘Ana’. Syiling itu bergerak membina satu ayat,

“S-A-Y-A-D-I-H-U-K-U-M”

Pada ketika ini, mereka berdua mula risau  Elena bertanya kenapa ‘Ana’ dihukum.

“B-E-R-H-U-B-U-N-G-D-E-N-G-A-N-K-A-M-U”

Mereka berdua mula mahu menangis. Sarah bertanya apakah hukuman yang ‘Ana’ akan hadapi.

“M-A-T-I”

Mereka berdua terus senyap. Terkejut dengan jawapan itu. Syiling bergerak lagi dengan sendiri dan mengeja ayat yang terakhir dari ‘Ana’.

“J-A-N-G-A-N-M-A-I-N-L-A-G-I”

Elena dan Sarah terus mengalirkan air mata. Mereka cuba menyeru ‘Ana’ namun syiling itu tidak bergerak lagi.

Keesokan hari mereka pergi ke hospital yang dikatakan ‘Ana’ akan dilahirkan. Mereka bertanya kepada jururawat tentang ibu ‘Ana’. Jururawat itu berkata yang ‘ibu’nya itu sedang berehat di biliknya. Apabila ditanya bagaimana keadaan bayi yang dilahirkan itu, mereka berdua mendapat jawapan yang menyedihkan.

Bayi yang dilahirkan itu sudah meninggal dunia kerana mengalami komplikasi ketika bersalin.

Mereka berdua sangat terkejut dan sedih. Mereka tidak berani berjumpa dengan ibu ‘Ana’ kerana berasa bersalah dan penyebab akan kematian ‘Ana’. Sejak dari itu mereka tidak berani lagi bermain permainan papan Ouija ini.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now