Amri bekerja menghantar piza,rutinnya selalu bertukar kadang kadang bekerja di waktu siang,adakalanya di waktu malam.dia seorang yang gigih bekerja tidak kira masa cuti..jika terpaksa mengantikan orang dia dahulu yang offer diri.
satu malam ketika tiada tempahan menghantar piza amri duduk berbual dengan borhan tentang banglo no 7 di jalan 7 taman berhampiran lot piza mereka.
"masa tu hujan renyai waktu aku keluar dari lot..redah jugak lah sebab dah ada tips kan. dalam perjlanan tu hati aku memang tak sedap aje. macam ada benda nak jadi..masa dekat selekoh banglo tu tiba tiba ada perempuan tahan motor aku..aku berhenti,aku tanya kenapa dia tahan aku. dia cakap lah,motor dia pancit..tapi aku tak nampak pulak ada motor dekat dekat situ. aku memang tak dapat lah nak tolong sebab aku kejar masa nak hantar piza.aku suruh dia tunggu kejap sementara aku pergi hantar piza,nanti aku datang balik."
"bila kau datang balik...apa jadi. perempuan tu tunggu kau ke?"
"memang perempuan tu tunggu aku tapi bukan secantik masa aku jumpa kali pertama.."
"memang perempuan tu tunggu aku tapi bukan secantik masa aku jumpa kali pertama.."
"perempuan tu dah jadi macam nenek kebayan tukang sihir tu. aku pun lagi pecut laju laju. tawakal sahaja lah kalau terjatuh dari motor pun."
amri ketawa. padan muka borhan.memang kejadian tu berlaku dekat lot banglo bernombor 7 itu. tapi apa kaitan lot banglo tu dengan perempuan tu pula? setahu amri ada juga dua tiga kali dia menghntar piza dekat banglo tu tapi tak ada pula dia terserempak dengan hantu atau apa apa. yang pasti awek dalam rumah banglo tu memang cun giler macam neelofa!
"amri..."namanya di laungkan.amri toleh,supervisor yang cantik manis tersenyum sambil melambai amri supaya datang kepadanya.ada juga job malam ni..amri bingkas bangun.
"awal pagi macam ni ada juga orang oder piza,tak tido ke?"sempat amri merungut.
"biasalah..ada orang kerjanya di malam hari jadi tak mustahil perut lapar..macam kita. kejap lagi waktu rest gerenti makan. hati hati am..tgk tu langit dah muncul kilat.bawa baju hujan."pesan aizah.
amri menghantar piza ke alamat yang tertera. hujan mulai turun,rintik rintik kemudian semakin lebat.amri memandu perlahan motorsikalnya. asal sampai sudah lah. hingga sampai di selekoh....motorsikal amri hilang kawalan, dia terbabas di tepi jalan.
amri lihat luka di tangannya pedih apabila terkena hujan. dia mengesat hidungnya yang juga berdarah.terdengkot dengkot dia mendapatkan motosikalnya. kotak piza bertaburan di atas jalan. habis lah dia kena berpatah balik mendapatkan piza yang baru. sah sah dia memang harus mengantikan piza tersebut.
"abang jatuh moto ke?"tiba tiba seorang gadis menegurnya.
siap berpayung barangkali dia berjalan ke kedai hujung sana. berani betul dia berjalan dalam hujan.
"abang tak apa apa ke?teruk luka tu..."
amri geleng kepala. rasa pedih mencucuk kulitnya. amri angkat motosikalnya,gadis itu hanya memandang. pandangan yang aneh, pandangan tanpa suara. amri start motosikalnya ,dia balik semula ke tempat kerja.
amri duduk dihadapan pizahut,melihat borhan agak jauh duduknya di bangunan sebelah,ralit menghisap rokok sambil bermain sms. aziah pula sedang tekun membuat kerjanya di satu sudut,meja yang di khas kan untuk dia. terdengkot dengkot amri mendapatkan borhan.
"han...aku jatuh moto lah."amri tepuk bahu borhan.
"ya allah!weh..teruk kau ni,kenapa kau tak pergi hospital terus"
"aku risau barang custemer.nak bagi tahu kak aziah.hp aku pula hilang entah ke mana."
"baik kau pergi klinik sana..aku pergi bagitahu kak aziah. tak pe mesti boleh replace,nanti aku pergi hantar."
"terima kasih han...kau lah sahabat aku dunia akhirat.kirim salam pada kak aziah..jumpa nanti."amri berlalu,borhan berlari masuk ke dalam menemui aziah.
borhan menghantar piza yang sepatutnya di hantar amri. hujan juga sudah reda. dalam perjalanan dia bertemu dengan satu kemalangan jalan raya tetapi dia tidak pula terfikir mahu berhenti, custemer harus di dahului. balik nanti pasti dia bole h singgah melihat,lagi pun tadi hanya anggota polis yang mengawal,tidak pula kelihatan ambulan.
borhan picit loceng berkali kali. seorang gadis membuka pintu, borhan tersenyum,dia menghulurkan kotak piza dan dokument yang hendak di tandatangan. gadis itu menghulurkan wang 50 ringgit dan berkata keep the change.
"bang...tadi ada budak penghantar piza exident dekat depan tu..."kata gadis tersebut.
"budak penghantar piza?"
"nanti abang tengok lah mungkin kawan abang..kesian bang."
hati borhan mula tidak sedap.dia teringatkan amri,tapi td kawannya itu sudah balik dan ke klinik. ada kedai piza lain ke dekat sini?
borhan melalui tempat kemalangan itu sekali lagi. kali ini dia mahu menjengah,mahu memastikan kata gadis tadi benar.
sebaik sahaja dia menupang motosikalnya,seorang anggota polis mendapatkan dia.
"dik..budak yang maut tu sama kerja dengan kamu. mungkin kamu kenal."anggota polis tersebut menunjukan borhan sekeping ic kepada borhan. borhan ambil dia membelek ic tersebut.
sebak rasa dadanya melihat ic tersbut. amri!tapi...klau betul yang meninggal itu amri siapa pula yang menemui dia tadi?
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorreurPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...