Aliya Sabrina. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan artis popular itu. sebut sahaja namanya pasti semua orang kenal. Satu satunya artis yang berjaya menempa nama di Hollywood. Tetapi, kini tiada lagi nama itu disebut sebut. Aliya atau nama glamournya Ally kini menghilang tanpa khabar berita sejak 3 tahun lalu. Tiada siapa tahu kemana dia pergi.
*****
Ally Sabrina berjaya menempa nama di Hollywood. tulis satu artikel di majalah terkenal itu."wah hebatlah kau Ally, hollywood tu beb" kata zetty sambil menyiku tangan Ally.
"well, rezeki aku kan?" kata Ally sambil tersenyum sinis.Setelah penat seharian shooting untuk filem terbarunya Ally merebahkan badannya ke tilam yang empuk. Dia melayari laman facebooknya dan membaca komen komen peminatnya.ada yang meminta nombor telefonnya ada yang meminta untuk menjadi kekasihnya dan macam macam lagi. Tiba tiba ada seorang lelaki mesej yang menggunakan nama UNKNOWN. Hai.Tulis lelaki itu. Ally memang suka melayan mesej mesej peminatnya. Hai. balas Ally.
Tengah buat apa?
Ally tidak membalas malas mahu melayan. baru sahaja dia hendak melelapkan mata lelaki itu mesej nya lagi.
Aku tahu kau baca mesej aku ni.
Ally terkejut. seram pulak dia rasa.
Awak siapa?
Peminat awak.Pada pagi itu Ally bergegas ke lokasi shooting.Setibanya dia di tempat letak kereta segera dia memasukkan kunci kereta mini cooper nya itu.Ally perasaan akan lelaki yang memakai baju berlengan panjang sedang memerhatikannya. Muka lelaki itu tidak dilihat kerana ditutup oleh hood. sudah berapa kali dia perasan akan kehadiran lelaki itu.Ally malas mahu melayan segera dia masuk ke dalam perut kereta.
Amir yang perhatikan lelaki berhood itu sedari tadi. lelaki kelihatan memerhati Ally. Amir terkejut kerana di sekeliling lelaki itu penuh dengan bayang bayang hitam. Amir dapat merasakan ada aura negatif dari lelaki itu. pasti dia ada niat jahat.
Seperti biasa setiap malam Ally pasti akan melayari facebooknya. mesej dari seseorang masuk. UNKNOWN. haih mamat ni lagi. rungut Ally. Hai, awak tengah buat apa. Ally tidak membalas. Kau jangan berlagak sangat! aku tau kau baca. mesej lelaki itu lagi.
Awak nih siapa? apa yang awak nak? balas Ally.
Aku nak kau. kau tunggu aku datang rumah kau.
mata Ally membuntang membaca mesej itu. Adakah lelaki ini saiko?
Aku tengah naik tangga. mesej lelaki itu.
Aku dah nak sampai rumah kau.
Aku ada dekat depan pintu rumah kau.
BAM! BAM!
bunyi ketukan pintu bertalu talu. seperti hendak roboh sahaja.Segera Ally keluar dari bilik. dia ketakutan. Ally mengambil pisau didapur lalu disembunyikan dibelakangnya. Kenapa tak bukak pintu? aku tau kau ada didalam. mesej lelaki itu.
BAM! Pintu itu ditendang. kelihatan seorang lelaki berbaju hitam berhood sedang berdiri. "kau siapa" pekik Ally sambil mengacu pisau ke lelaki itu. lelaki itu melangkah masuk ke rumah Ally lalu ketawa. "jangan dekat kalau tak aku bunuh kau!" kata Ally.
"hahaha kau nak bunuh aku dengan pisau tu? hahaha" kata lelaki itu. serta merta pisau di tangan Ally tercampak secara tiba tiba. bagaimana? Ally sedar lelaki di hadapannya bukanlah lelaki biasa. pastinya lelaki ini mempunyai ilmu. "kau dah tak kenal aku?" soal lelaki itu lalu menjatuhkan hoodnya. Fendi? "ya aku Fendi lelaki yang kau hina dulu" katanya. tidak mungkin..Ally menatap wajah lelaki di hadapannya mata lebam, rambut kusut, mukanya penuh parut. Ya itu memang Fendi. tapi,dulu wajahnya tidak sama seperti dahulu."kenapa? kau terkejut? hahaha aku datang ni untuk kau" kata Fendi.
"pergi! jangan dekat!"
"dulu kau berlagak dengan aku kau hina aku macam macam sekarang kau taulah nasib kau". hatinya berang apabila teringat kejadian dulu dimana Ally sanggup memutuskan pertunangan mereka hanya kerana Ally merasakan dia tidak setaraf dengannya. " I sekarang dah nak jadi artis terkenal ok takkan lah I yang cantik ni nak kahwin dengan mamat penjual burger macam you ni! eee mana class. you balik you cermin diri you layak tak you nak jadi suami I? ok hahaha".
sakit hatinya. mana janji Ally dahulu mahu susah senang bersamanya. disebabkan itu dia telah menuntut ilmu hitam dari Wak Taruddin bomoh di hujung kampungnya untuk membalas dendam pada Ally.
" Aliya Sabrina.. opps bukan Aliya tapi, Ally Sabrina kan? wah hebat kau. makin popular makin kaya dan makin cantik. tapi, aku mintak maaf kecantikan kau takkan kekal selama lamanya. hahaha" kata Fendi.
"ka kau nak buat apa dengan aku? pergi !" kaki nya cuba untuk bergerak tetapi, bagaikan dipasung.Mulut Fendi terkumat kamit membaca mantera. serta merta Muka Ally terasa pedih seperti dihiris hiris. "ah pedih jangan Fendi jangan. erghh pedihh" rintih Alia tapi, rayuanya tidak diendahkan. muka Ally habis berdarah seperti dihiris menggunakan pisau begitu juga dengan badannya. "hahaha inilah balasan untuk orang yang berlagak macam kau".
Tiba tiba Amir muncul lalu membacakan ayat ayat suci al-quran. "kau nak lawan aku ye" kata Fendi lalu segera membaca manteranya. namun tidak dapat dikalahkan dengan ayat suci al quran. " arghh berhentilah bodoh! panas! tak guna berhentilah!" kata Fendi dengan suara yg garau. " Dengan nama ALLAH yang maha berkuasa aku hapuskan kau dengang kalimah alif lam lam ha ! allahuakbar!" kata Amir. lalu Fendi rebah dan badannya hitam mengelupas menampakkan daging seperti dibakar dan mulutnya mengeluarkan asap."cik Ally ok?"soal Amir. patutlah daripada pulang tadi dia merasakan ada aura negatif yang datang rupanya cik Ally memerlukan bantuannya.
"sakit sakit muka aku dah buruk! pedih" kata Ally sambil menangis. apakan daya mukanya tidak boleh dikembalikan seperti dulu.*****
sejak hari itu Ally menghilangkan diri akibat malu kerananya muka buruk. Dia meninggalkan dunia lakonan begitu sahaja. Ramai yang tertanya tanya dimanakah dia berada.Ramai juga yang menunggu akan kemunculannya kembali. Hanya Amir sahaja yang tahu kemana Ally pergi dan mengapa Ally pergi.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...