"Kau ingat lawak ke pergi mall semata-mata nak cari no phone yg diconteng kat dinding? Membazir masa je lah!!" Syaf mula memaki hamun Udin. Giler nak tahan bila ada member buat perangai bodoh, nak cari awek dengan cara call nombor-nombor yang dilukis dekat mall and tandas awam. Dah lah vandalisme. Dia boleh ingat benda tu betul pulak. Tak sangka ada kawan sebodoh itu.
"Alaa kalau kau tak nak join diam2 je lah.. aku bukan ajak kau call sekali.. mana tahu kalau call no betul, lekat awek emmp punye.." Udin masih belum mengalah.
"Dah dah lah tu, den. Aku penat layan perangai samdul kau ni.. aku nak balik.." Syaf terus berlalu dengan perasaan bengang. Dia hampir fikir yang kawan dia ni sebenarnya kekurangan kasih sayang.
"Ala ok lah ok lah.. Jom balik.." Akhirnya Udin mengalah. Dia membuntuti langkah Syaf.
Sewaktu melalui kawasan parkir kereta bertanda A4, Udin terlihat sebaris nombor yang diukirpada dinding. Ianya bukan ditulis biasa seperti dengan marker atau spray. Tetapi lebih terlihat seperti diukir dengan benda tajam. Udin segera mematikan langkahnya.
"Jap jap.. Syaf tunggu sekejap..." Syaf berhenti. Dia melihat perilaku Udin yang sudah macam orang menang berjudi. Udin mencatat nombor itu. Kemudian dengan mata yang masih tertumpu pada skrin telefon nya dia berjalan menyaingi Syaf.
"Apa kau buat" Soal Syaf.
"Xde apelah.." Malas melayan sikap Udin, Syaf berjalan laju memasuki keretanya.
..... Telefon yang menyala masih tidak dilepaskan oleh Udin. Matanya ralit memandang skrin telefonnya. Akhirnya dia membuat keputusan untuk menghubungi nombor yang telah dicatatnya tadi di kawasan parkir mall tersebut.
"......" Tiada sahutan. Malah tidak langsung diangkat. Udin mencuba buat kesekian kalinya.
"....." Tiba-tiba panggilan dijawab. Udin tersenyum gembira.
"Hello" Udin menjawab gembira.
"..." Tiada sahutan. Udin hampa.
"Ada sesiapa di sana. Jawablah." Gesa lelaki itu lagi. Namun situasi sama seperti tadi. Sunyi. Seketika Udin menjadi sangat kecewa. Dia mengambil keputusan untuk mematikan talian. Belum sempat dia mematikan talian, dia mendengar sesuatu.
Bermula dari jeritan yang maha kuat.. Diikuti dengan suara yang berbisik matimatimatimatimati!!!
.....
Syaf membuka pintu rumah sewa tersebut. Makanan yang dibeli diletak diatas meja makan. Suasana terlalu sunyi. Syaf hairan. Mana pergi budak ni. Dispointed tak habis lagi ke camne?
Syaf menghampiri bilik Udin. Senyap. Mungkin si Udin ini pergi keluar cari hobi baru. Biar lah dia ubat kesedihannya.
Belum sempat Syaf berlalu pergi, dia tersadung lalu terjatuh.
"Bsssbssssbsss." Dari sebalik pintu, Syaf dapat mendengar sesuatu yang ganjil.
"Ade rupanya budak ni." Syaf berbisik.
"Woi, den. Kau ade kat dalam ke.?" Syaf mengetuk pintu berulang kali.
"Zabbsssxss.." Sekali lagi bunyi pelik itu kedengaran lagi. Syaf sudah tidak sabar.
Dia membuka pintu bilik Udin. Sepi. Tiada apa. Bunyi bunyian itu pun hilang. Menitik. Satu cecair menitik dari siling. Syaf memandang ke atas.
"WAGHHHHH" Terduduk Syaf dibuatnya melihat keadaan Udin yang tergantung dengan posisi terbalik. Merangkak-rangkak tidak tentu hala.
Merasa terganggu, Udin yang bergayut di siling tadi menjatuhkan dirinya ke lantai.
"Zabbsssxss." Dengan keadaan mencangkung Udin berbunyi bunyi lagi. Lidahnya tiba-tiba memanjang. Dijilat-jilat rakus wajahnya sendiri. Udin mengangkat muka. Kulitnya merona pucat. Biru keputihan. Matanya putih keseluruhannya. Ada titik hitam kecil yang berupa anak mata ditengah-tengah gelemair putih itu.
"Ya Allah, apa ni?!!" Menjerit kecil Syaf dibuatnya. Memang lututnya bergetar semacam. Langsung tidak dapat memenuhi hasrat otak yang menyuruhnya lari.
Udin merangkak-rangkak ke arah Syaf. Ketakutan Syaf pada saat itu hanya ALLAH sahaja yang tahu. Barulah dia tahu bagaimana rasanya ketakutan hingga tidak dapat melafazkan kalimah suci ALLAH.
Sehingga si golongan dajal itu menghadap betul-betul dihadapan muka Syaf. Syaf tidak mampu melakukan apa-apa. Hatta lidahnya pun tak mampu digerakkan. Jin yang berada di dalam badan Udin itu tersenyum. Baj nafasnya. Sungguh memualkan. Lidahnya dikeluarkan. Mengusap usap wajah Syaf. Seketika air matanya mengalir. Lembaga itu mengangkat tangannya.
Syaf pengsan.
.....
Detik jam didengar. Cahaya mentari dilihat. Mata Syaf terbuka besar. Dia berada di hospital. Di sebelahnya Udin sedang terlantar di katil sebelah. Seorang lelaki berbangsa Cina tiba-tiba menghampirinya.
"Lu dah bangun .." Kata apek itu. Air mineral disua kepada Syaf. Syaf meneguk dengan rakusnya.
"Apa dah jadi?"
"Lu punya kawan call itu perempuan sjndal punya nombor telefon." Apek itu mula membuka cerita.
"Tunggu sekejap. Siapa awak?"
"Ouhh, Wa Chiong. Wa gurd itu mall. Wa nampak lu punya kawan ambik nombor sial itu .. jadi Wa ikut lu Olang balik.." Apek itu memperkenalkan dirinya. Syaf bingung. No sial?
"Nombor sial? Maksud apek?"
"Dulu ada seolang perempuan Cina. Dia mabuk dan baru balik dari casino di mall itu. Masa itu, dia masih tidak seda.. dia ukir nombor telefon die dengan kaca botol arak. Tapi kemudian, ada seorang lelaki Indian. Dia kejar itu perempuan. Lelaki India itu rogol dan buno itu amoi. Masa amoi itu lari, dia menjerit sangat kuat. Saya pun terdengar. Saya nampak lelaki India itu kejar dengan pisau. Dia jerit matimatimatimatimati.. banyak kali. Saya pon takut la.. jadi saya menyolok.. tapi nasib perempuan tu tak baik. Dia mati dipenggal lelaki India itu. Tapi ade sesuatu semua olang tak tahu.. lelaki India tu ah, pengamal ilmu hitam. Dia makan dalah amoi itu dan puja. Sebab itu amoi itu bangkit balik... Olang Olang yang call nombor sial itu pula, kebanyakannya akan mati.. tapi klu Olang kene sampuk saja. Mungkin lu Olang Islam alim.. dia tak bole buno." Cerita apek itu panjang lebar. Syaf menelan liur. Dia terdiam.
"Ha.. habes tu kawan saya macam mana ni"
"Dia ok.. nanti dia bangun .. oklah.. Wa mau balik.. Wa syukur lu dua selamat." Akhirnya apek itu beredar. Syaf meeaut muka. Bertapa menyesalinya dia tidak menegah dengan keras perbuatan Udin itu. Lain kali, dia pasti akan bertegas jika Udin ingin mengulangi kesalahannya itu.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
TerrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...