BEKAS RUMAH BOMOH

847 45 1
                                    

Ketika berkerja sambilan sebagai MacDelivery, perkara ini berlaku 3 tahun lalu. Saya berkerja night shift pada satu hari itu dan salah satu order itu, alamatnya di Teban Gardens. Ada kawasan di Teban Gardens pada waktu itu akan dijadikan en-bloc. Hanya segelintir sahaja orang yang belum lagi keluar. Saya pun menaikki motosikal saya dan pergi ke alamat itu. Sampai sahaja di Teban Gardens, saya tengok order sheet. Rumah yang mengirim makanan itu adalah di tingkat 7. Sebelum saya naik ke atas, saya jenguk kat block yang kebanyakkan telah kosong. Saya tengok di tingkat 7, ada seorang wanita sedang berdiri di salah satu tingkap di tingkat 7.

Dalam hati saya berkata "aah...ni mesti dia yang order" Bila sampai di tingkat 7, saya pun ketuk rumah itu. Orang yang mengirim makanan adalah orang melayu kita kerana di order chit ada tertera nama seorang bangsa melayu iaitu perempuan melayu kita. Nama tak perlu saya sebut. Saya ketuk pintu rumahnya.

"Assalamualaikum.... assalamualaikum..."

Tidak ada sesiapa menjawab salam saya. Bila tak ada orang jawab, saya pun tengok order chit dan memang betul unit rumah yang saya pergi. Tak apa lah. Saya pun call orang yang kirim makan itu. Nombor telefon ada di order chit.
Saya call, seorang wanita menjawab pangillan

"Hello, is this Miss _______? I'm From McDelivery and I'm already at your doorstep. I knocked on your door but no one answered"

Wanita itu pun menjawab "I didn't close my door and I don't see anyone outside my house. Where are you?"

Saya pun kata "I'm outside your house, unit #07-01..." lalu dia pun jawab, "Sorry... that's not my unit. My unit is #08-01"

Saya pun terperanjat... mungkin salah print kot. Saya pun kata "Ok ok i coming up" Saya pun naik tangga ke atas dan pengirim makan itu sedang menunggu di luar rumah. Saya pun kasi makanan yang dipesan, dia bayar lalu saya bertanya pada wanita itu "Kak... ni block nak En bloc, bila Kakak nak pindah? " Kakak itu pun menjawab, "Lagi 2 minggu...Tinggal dua penduduk aje... kakak dengan orang kat tingkat 2...."

Sejurus bila dia kata begitu, saya terus tercegat. Tadi bila saya sampai di Teban Gardens dan jenguk ke atas di tingkat 7, saya benar-benar nampak wanita di tingkap tingkat 7. Saya pun kata "Ok kak.. terima kasih"

Sekarang, saya kalau nak turun ke bawah, antara nak naik tingkat 9 untuk naik lif ataupun tingkat 6 untuk naik lif kerana tempat ini tidak ada lif di setiap tingkat. Sekarang saya kena buat pilihan. Kalau naik tingkat 9, memang sah la tak ada orang tinggal di tingkat atas. Kalau tingkat 6, kena lalu di tingkat 7 dimana saya nampak wanita di dalam rumah. Entah macam mana hati saya pilih untuk turun ke tingkat 6 untuk turun lif. Saya pelan-pelan turun dan dalam hati membaca doa doa dan bila saya lalu di tingkat 7, saya terdengar pintu di tingkat 7 pelan-pelan terbuka. Bunyi pintu. Bila saya dengar bunyi pintu itu, saya terus lari turun dan tak jadi naik lif untuk ke bawah. Sampai sahaja di bawah, tercungap-cungap dibuatnya. Saya terus naik motosikal dan keluar carpark. Bila saya sampai di traffic light opposite, lampu isyarat bertukar merah, saya tunggu dan saya sempat tengok di tingkat 7 tadi dan masih ada wanita di tingkap tingkat 7 sedang berdiri. Bila saya sampai ke hub saya di Jurong East, saya ceritakan pada teman kerja saya iaitu member saya yang peringkat pakcik itu kata tingkat 7 itu bekas rumah bomoh!!!

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now