Ben memandang Lala yang kelihatan sedih sahaja bercakap dengan Puan Azizah. Mujur tiada apa-apa yang serius hanya stress sahaja, sebab itu lah papa Lala pengsan di pejabat.
“ Mama dah kata, papa tak sehat sangat sekarang ni. Tapi Lala degil tak mahu dengar cakap mama.” Puan Azizah sempat memulangkan paku buah keras nya kepada Lala.
“ Okey lepas ni Lala tolong papa.” Jawab Lala perlahan, nampak gayanya dia memang kena ke pejabat juga.Lala mendapatkan Ben dan Fiona yang setia menanti pada deretan kerusi yang terletak berhampiran ward kecemasan.
“ Mama jaga papa, aku kena balik. Nanti aku datang semula nak hantar barang mama.”
“ Jom lah aku hantar, tapi kau kena pergi makan dulu.” Kata Ben, dari tadi mereka langsung tidak menjamah apa-apa makanan dek terlampau risaukan Lala dan keluarganya.
“ Boleh juga.” Putus Lala. Baru terasa perutnya sangat lapar dan tekaknya terasa dahaga. Mereka lepak di kedai mamak, hanya itu sahaja kedai yang masih buka lewat malam ini.
Kau dah baca ni?” Fiona menunjukan sesuatu pada telefon bimbitnya. Apa kes?
“ Copy lagi ni.” Ujar Lala, dia scroll hingga ke bawah. Benda dah open di Fb memang macam tulah, ramai sangat tukang salin nya.
“ Biar je…ben nanti boleh up liker page kau, aku rasa mereka mesti nak tahu kau siapa. Fearless team paranormal memang terbaik kan.” Kata Lala kepada Ben. Ben tersenyum.
“ Lagi baik page si Saka yang masih baru ni melompat naik terus. Pembaca pun boleh like Kalimah Paranormal team X. jenama X si Saka memang terbaik.” Fiona berkata, dia kelihatan teruja pula, tadi bukan main marah.
“ Alang-alang tu Fi kenal kan sekali Alam de Paranormal dengan Eksplorasi Mistik- team tempur si Iddin. Biar pembaca beralih pula ke sana. Memang terbaik kan.” Lala ikut ketawa.
“ Amboi kau orang, agak-agak lah. Tapi okey juga kalau ada yang nak jadi protégé aku boleh pm dekat face book tapi sila lah like dulu page Fearless.” Ben pula menyucuk jarum. Tukang salin memang ramai, tak payah nak minta. Tak fikir hak orang atau apa. Penat lah Lala mencari cerita, mencari bahan untuk pembaca, untuk up liker page. Nasib baik si Saka bukan yang gila glamer. Dan dia sendiri, tak perlu orang nak kenal…ada akaun FB pun fake nama tertentu. Bukan Lala untuk keselamatan kata Saka.
“ Jadi kau memang kena naik pejabat lah macam ni Lala?” tanya Fiona.
“ Macam tu lah nampaknya, kenalah aku ganti papa, kalau tidak banyak lah enau yang menjulur keluar. Syarikat papa tu ramai tukang bodek. “ Lala diam, dia mengimbau kisah pejabat papanya pada satu ketika, ketika dia baru hendak belajar selok-belok perniagaan, baru habis sekolah.
“ Kak Mar…” Lala memanggil seorang wanita yang sedang membancuh kopi di pantry. Sebaik sahaja wanita itu menoleh, bukan wajah Kak Mar yang tertayang di depan matanya. Sebaliknya wajah seorang nenek tua yang kelihatan.
“ Ada apa cik?” tanya Kak Mar. Lala sudah mula cuak! Apa ilmu yang kak Mar ni guna. Pengasih atau penunduk. Lala geleng kepala, macam-macam manusia ni. Nak sentiasa di sanjungi guna macam-macam ilmu asalkan naik. Tapi yang peliknya Kak Mar ni hanya pembantu pejabat sahaja, tukang bancuh kopi, kemas pejabat, cuci tandas. Itu pun nak guna ilmu juga ke? Siapa lah nak dengkikan dia.
“ Tak apa lah kak, saya ingat nak minta tolong akak kemaskan pejabat saya. Akak nampaknya sibuk sahaja. Tak jadilah.” Jawab Lala, dia meningalkan Pantry tanpa menanti jawapan daripada Kak Mar.
Dalam masa sehari bukan hanya Kak Mar yang dia lihat memakai sesuatu ada juga yang lain. Pelik betul dengan manusia ni. Semakin mereka maju semakin banyak mereka berbuat kejahatan. Itu lah sebabnya Lala malas mahu mengambil alih tugas papanya, silap-silap semua dia tendang keluar dari pejabat. Buat apa bekerja kalau niat tak ikhlas macam tu.
Pagi itu awal-awal lagi Lala sudah bersiap mahu kepejabat, selepas menelefon mamanya bertanya khabar papa Lala memandu perlahan melawan arus kota. Penat nak hadap jalan jem,kenapa lah papanya tidak mencari pejabat dekat sikit.
“ Cik Lala, terus pergi site boleh tak ada masalah dekat site lah.” Telefon setiausaha papanya.
“ La, saya dah on the way ke pejabat ni.” Geram pula dia kalau kena ke site last minit macam ni. Bukan senang nak berpatah balik.
“ Cik Lala kena pergi juga, dorang kata ada masalah dekat sana, baik Cik Lala pergi tengok.” Hendak tak hendak Lala terpaksa juga pergi ke site nasib baik hala jalan yang sama.
Ketika dia sampai di site, Lala melihat beberapa orang pekerja hanya duduk sahaja ditepi ladang kelapa sawit.
“ Kenapa ada masalah apa? Ben tak datang ke? Kalau ada masalah bukankah dia yang patut turun.” Lala menaip masej kepada Ben tetapi lelaki itu tidak menjawab apa-apa. Mungkin sedang memandu ke site.
“ Kami jumpa sesuatu Cik Lala…” Jawab salah seorang pekerja.
“ Jumpa apa?” Lala memandang pekerja tersebut. Entah mengapa matanya turut menangkap kelibat seseorang. Izz Marini! Bukan kah itu gadis yang dia hantar ke klinik baru-baru ini? Tetapi kenapa dia berada di sini pula. Gadis itu hanya menunduk tidak memandang apa-apa. Mahu sahaja Lala mendapatkan gadis itu tidak kiralah kalau pun benar dia hantu yang berkeliaran sahaja.
“ Kami jumpa ni…” Lala di bawa menuju ke arah longgokan tanah. Tanah mereka ambil dari ladang kepala sawit berhampiran untuk menambak sisi jalan bagi kerja-kerja melebarkan jalan tersebut. Lala melihat…
“ Eh apa tu? Itu bukan tulang tangan manusia ke?” tanya Lala.
“ Tu yang kami berhenti cik, masa lori turun kan tanah kami nampak tulang ni, kami tak jadi nak tolak. Tunggu cik, nak kena report polis.” Jawab pekerja itu. Tidak lama kemudian Ben pula datang dan melihat. Ben meminta Lala ke balai polis dan dia akan menemani.
“ Ben kau nampak tak tu?” tunjuk Lala ke arah pokok kelapa sawit. Gadis itu masih lagi tunduk merenung tanah tidak menoleh langsung kepada mereka.
“ Eh macam kenal je. Bukan ke itu gadis yang kau hantar ke klinik dan kemudian hilang begitu sahaja tu. Dia lah kan?” bisik Ben perlahan.
“ Kau ingat semua ni ada kaitan ke Ben, tulang tu dengan gadis bernama Izz Marini ni.?”
Ben hanya diam seolah-olah sedang menjana otak, mencari jawapan.
“ Nak tahu kena tanya.” Jawab Ben selamba. Lala juga lah yang harus melayan kerenah hantu lagi!
“ Mana tahu ia berkaitan pula. Pergi lah aku support..menyorok sikit nanti orang ingat kau gila pula bercakap seorang. Polis biar aku handle.” Kata Ben.
Lala mendapatkan gadis yang masih duduk di bawah kelapa sawit. Dia teragak-agak mahu menegur tetapi dia kena tahu apa masalah gadis misteri ini. Kalau dia boleh bantu dia akan bantu. Memang dia suka membantu hantu tersesat selama ni.
“ Izz Marini…” Panggil Lala, gadis itu mendongak. Wajahnya pecah disana sini. Merekah tanpa darah, matanya terperosok jauh kedalam. Kasihannya gadis itu, bibirnya kelihatan bergetar seperti mahu menyahut panggilan Lala tetapi suaranya tenggelam di dalam halkumnya.
“ Kenapa awak begini Izz Marini?” lala bertanya . gadis itu hanya menunduk. Dia menunjukkan Lala pada longgokan tanah yang sedang di siasat oleh pihak polis. Lala memandang, tali kuning merentangi longgokan tanah.
“ Itu awak ke?” tanya Lala lagi, gadis itu mengangguk.
“ Kenapa boleh jadi begini?”
Gadis bernama Izz Marini itu diam, dia merenung jauh. Lala bagai terpesona dengan sesuatu yang tidak pernah di lihat. Ada satu cahaya tiba-tiba muncul dan Lala seolah-olah di tarik masuk ke kawasan yang sunyi dan gelap gelita. Lala hanya dapat melihat rimbunan kelapa sawit yang agak tinggi. Dia mendengar suara perbualan seorang wanita dan seorang lelaki mereka kelihatan mesra sahaja. Barangkali pasangan kekasih. Lala menghampiri pasangan tersebut, dia dapat melihat gadis itu ada lah Izz Marini, lelaki itu pula tidak dia kenali.
Pada awalnya mereka kelihatan mesra sahaja berbual, sehingga lah Lala dapat melihat Izz Marini kemudiannya menangis teresak-esak. Lelaki itu memegang kepalanya seperti ada sesuatu yang berlaku. Mereka barangkali bergaduh, Lala tidak mendengar apa perkara yang mereka gaduh kan. Tetapi jelas pada nya perkataan seperti baby, tanggungjawab. Izz Marini hamil? Lala menduga, barangkali pasangan ini sudah terlanjur. Mereka terus bergaduh, sehingga lelaki itu seperti kerasukan, dia mengambil botol kaca penutup botol di buka lalu air di dalam botol di simbah kepada Izz Marini. Gadis itu mengelupur menahan sakit. Bajunya kelihatan terbakar, berasap. Allahuakhabar lelaki itu mesti menyimbah aisd kepada gadis itu. Tidak cukup dengan itu lelaki kejam itu mengambil sebatang kayu lalu kepala gadis di hentak bertubi-tubi sehingga pecah. Darah memercik pada dedaun kering. Kemudian lelaki itu menyeret gadis malang yang sudah tidak bernyawa lalu di campaknya ke dalam paya berair berhampiran tempat dia membunuh gadis itu. Pokok sawit tidak berbuah, jadi tidak akan ada sesiapa masuk ke dalam kebun sawit. Mayat itu akan di makan biawak liar yang ada di dalam ladang.
Lala terkesima, dia terkejut! Dia hilang di dalam cahaya sekali lagi. Sehingga dia melihat bayangan Izz Marini di depan matanya.
“ Lala..” Ben memanggil dia. Kelihatan pihak polis masih berada di kawasan tersebut.
“ Okey ke ni?” tanya ben lagi. Dia melihat Lala bagaikan hilang di dalam dirinya sendiri.
“ Ya aku okey.”jawab Lala. Kejamnya lelaki itu. Siapa lelaki itu? Lala ingin bertanya tetapi Izz Marini telah pun hilang.
Lala melihat dari jauh pihak polis menjalankan tugas. Dia mahu pulang tetapi dia tak mungkin boleh pulang dalam keadaan begini. Dia bangun mahu menuju ke keretanya tetapi dia terlanggar seseorang yang memakai hud di kepalanya. Pelik! Tengah hari macam ni pakai hud,tak panas ke? Bisik hati kecil Lala. Kelihatan lelaki itu sangat aneh, Lala memandang lelaki itu…eh macam lelaki yang dia lihat tadi, seperti teman lelaki Izz Marini sahaja. Lala menoleh ke kanannya kelihatan bayangan Izz Marini menunjuk ke arah lelaki itu dan mengangguk.Rupanya lelaki itu juga pekerja mereka.
“ Ben, itu lelaki yang membunuh Izz Marini.” Bisik Lala. Ben tidak faham tetapi dia cepat menangkap maksud Lala.
“ Serius?” tanya Ben tetapi Lala tidak menjawabnya, dia berjalan menghampiri lelaki aneh itu. Tanpa Ben sedari, Lala membiarkan Izz Marini mempergunakan tubuhnya sekali lagi. Lama selepas gadis cina yang merasuk Lala dahulu, ini lah kali kedua Lala melakukan perkara yang sangat bahaya kepada dirinya.
Lala mendapatkan lelaki itu, bahu lelaki itu di pegang. Lelaki itu menoleh dan terdorong ke belakang.
“ Kau….” Jeritnya.
“ Hantuuuu….” Lelaki itu menjerit, dia mahu lari tetapi Ben cepat sahaja menangkapnya. Kekecohan itu di sedari polis yang menjalan kan tugas salah seorang daripada mereka mendapatkan Ben dan Lala.
“ Macam mana kau boleh hidup ha…” lelaki itu bertanya ketakutan.
“ Aku dah bunuh kau, aku dah biarkan biawak makan bangkai kau. Tu dalam timbunan tanah tu, aku tahu itu engkau…” Lelaki itu bersuara lagi, sesekali dia memejam matanya. Lala hanya diam tidak bersuara. Hanya lelaki itu sahaja melihat dia sama seperti Izz Marini, wanita yang telah mati dibunuhnya kerana ketelanjuran mereka dan tidak mahu bertanggungjawab kepada Izz Marini. Lalu gadis itu dibunuhnya tanpa belas kasihan.
izz marini hilang dari rumah tanpa dapat di kesan. Bayangannya selalu berdiri di tepi kelapa sawit menanti jika ada sesiapa boleh membantunya.Lala pula kehilangan jejaknya,di alam maya dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana lala bukan suka sangat menjengah fb. Bersawang!
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...