"Aduh sakitnya kepala aku..Aku kat mana ni?"tertanya-tanya Qistina keberadaan dirinya."Kenapa gelap gelita ni?Aku ni buka ke tutup mata?"dia meraba matanya untuk kepastian,ternyata dia celik.Tidak sempat hendak bertanya lagi ,dia ditarik oleh satu tangan.
Dengan tidak semena-mena Qistina ditarik dengan kasar sekali hingga terhantuk kepalanya berkali-kali.Tiba-tiba 'dia' berhenti menarik Qistina.Qistina bangun dan merasakan hampir kesuluruhan badannya lemah dan sakit.
"Siapa kau ?Tunjukkan diri kau sekarang!"tengking Qistina."SIAPA AKU?!BERANI KAU LUPA SIAPA YANG DAH TOLONG KAU SELAMA NI!"suara tersebut menjawab,dengan nada yang agak marah.Tiba-tiba tempat itu terang dan yang amat pasti Qistina mengenali tempat tersebut."Ni bilik aku!"getus hati Qistina."YA!NI BILIK KAU SEKARANG !DAN AKU AKAN TINGGAL DI DUNIA SEBENAR!"jawab suara itu.Qistina berpusing kebelakang dan amat terkejut kerana yang bercakap itu adalah dia sendiri!
"Kenapa muka kau sama dengan aku!"tanya Qistina agak tegas."HA?KAU LUPA?KAU YANG BUAT PERJANJIAN DENGAN KAU SENDIRI QISTINA!"jawab Qistina 'clone' itu."Apa maksud kau?"tanya Qistina kehairanan."OUH YE AKU BARU TERINGAT AKU DAH HILANGKAN INGATAN KAU ,JADI AKU YANG AKAN TINGGAL DI ALAM SEBENAR!AKU BUKAN LAGI PANTULAN!SELAMAT TINGGAL AISYAH QISTINA!JADILAH KAU PANTULAN DI DALAM CERMIN NI!"dan Qistina 'clone' itu terus hilang.
1 minggu lepas
--------------------------------------
"Aduh tak kan aku nak cakap kat dia aku suka dia?gila ker!"getus hati kecil Qistina sambil memerhatikan seseorang."Aku mesti tak boleh punya lah!Baik aku pergi library cari sumber nak refer kerja aku!"hati kecil Qistina berkata.Semasa sibuk mencari buku untuk bahan rujukan,tiba-tiba satu buku terjatuh dari rak atas.Terkejut Qistina,lalu dia menghampiri buku tersebut dengan hasrat untuk menyimpannya.
"Peliknya buku ni?Siap ada tanda bintang lagi depan kulit buku ni."tanya Qistina.Dia membuka buku tersebut lalu membaca sedikit isinya.'TEPAT PUKUL 3 PAGI ,LIHATLAH CERMIN DAN KEMBAR KAMU DARI ALAM YANG LAIN BAKAL KELIHATAN' Qistina agak terkejut,dalam masa yang sama ingin mencubanya.
Jam menunujukkan jam 3:00 a.m dan Qistina masih menghadap cermin.selepas lima minit berlalu Qistina berputus asa dan memilih untuk masuk tidur."TUNGGU!NAK KE MANA TU?tanya Qistina 'pantulan'.Terkejut Qistina ,ternyata buku itu tidak menipu dirinya."Er awak siapa tanya Qistina."SAYA AWAK LAH.AWAK SAYA LAH."jawab Qistina 'pantulan' itu.
Sejak mereka berkenalan makin lama mereka lebih rapat.Qistina sentiasa meluahkan perasaan nya kepada pantulan nya di cermin.Apabila Qistina menceritakan tentang seseorang itu ,pantulannya membantu dirinya untuk menukar gaya dirinya kepada yang lebih cantik dan bergaya.
"Wow harini 'dia ' melamar saya untuk bertunang !happynya !And lagi satukan awak kawan-kawan saya semuanya nak berkawan dengan saya mereka cakap saya cantik!"kata Qistina pada Qistina 'pantulan'.Namun Qistina 'pantulan' seakan akan sedih."Awak kenapa ni?" tanya Qistina kepada' pantulan'."SAYA TERINGIN NAK RASA HIDUP AWAK ,MACAM MANA LAH AGAK NYA KAN.."jawab 'pantulan'itu."Saya sanggup buat apa sahaja asalkan awak dapat keluardari cermin ni."jawab Qistina ."YEKE?JANJI?"tanya 'pantulan' itu."ye janji!"jawab Qistina lagi."PEGANG TANGAN SAYA YA!"jerit Qistina 'pantulan' itu.
Qistina 'pantulan' keluar dari tingkap danterus menerkam Qistina sebenar."KINI MASA KAU UNTUK MENDERITA DI DALAM SANA!"kata Qistina 'clone'.Qistina ditolak ke dalam cermin,dan Qistina 'clone hanya tersenyum sinis.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...