Rizal duduk tekun menghadap komputernya. Jari jemarinya rancak menari-nari di atas keyboard. Dari mata kuyunya sudah tahu Rizal mulai letih. Bos awal-awal sudah bagi amaran, jika kerja tender ini tak siap esok pagi, padah bakal menanti. Kata-kata daripada bos memang membuatkan Rizal kecut perut. Lagipun memang salah Rizal, suka sangat menangguh-nangguh kerja. Bos bagi kerja pagi, lewat petang baru terhegeh-hegeh nak disiapkan. Waktu rehat pukul 1, pukul 11 dia dah tercongok dekat kedai mamak.
"Ijal, aku balik dulu ya. Kau banyak kerja lagi ke? Jangan lama-lama tau. Budak-budak semua dah bagi tahu kan malam ni ada apa?" Ahmad Rani menegur Rizal yang khusyuk membuat kerja. Rizal terfikir-fikir akan soalan Ahmad Rani itu. Malam ni? Malam ni ada apa ya? Setelah sejenak baru Rizal teringat.
"Oh, tahu-tahu. Dorang ada bagitau tadi. Tapi tengoklah, kalau aku ada masa nanti aku datang sana eh." Rizal baru teringat malam ini ada bola euro. Budak-budak pejabatnya juga ada menanyakan hal yang sama tadi. Mesti mereka nak ajak tonton bola di mamak. Ahmad Rani beredar pergi sambil menggaru-garu kepala.
"Si Rizal ni nak datang mana? Pelik betul lah." Ujar Ahmad Rani dalam hati.
Sambil menaip, matanya menjeling ke arah jam di tangan. Pukul 7.25 petang. Rakan-rakan sepejabatnya semua sudah lama pulang ke rumah masing-masing. Kubikel yang memisahkan antara pekerja kelihatan kosong. Hanya komputer di tempat Rizal yang hidup. Ruang pejabatnya agak luas, pantri yang terletak di hujung kelihatan amat jauh sekali. Dalam keadaan yang terang benderang itu semuanya nampak menyeramkan jika terpaksa tinggal seorang diri di pejabat. Rizal cuba fokus. Dia mahu siapkan cepat agar boleh pulang cepat.
Dalam situasi sedang bertungkus lumus, tiba-tiba Rizal terdengar suatu bunyi di bilik berhadapan dengannya. Bilik itu milik Encik Mus, seorang kerani HR. Rizal terdengar bunyi kerusi di tarik dan juga bunyi orang sedang menaip. Dalam hati Rizal dia berasa sedikit lega kerana ada juga Encik Mus sebagai peneman dia di lewat waktu pejabat. Bunyi kerusi ditarik dan bunyi keyboard di taip bersilih ganti. Rizal tak syak apa-apa, dia cuma pelik kerana amat jarang kalau hendak lihat Encik Mus kerja lebih masa. Rizal yang bosan akibat keseorangan cuba menegur Encik Mus. Biliknya dengan meja Rizal tak lah jauh mana.
"Encik Mus!"
"Encik Mus!"
"Oit, banyak kerja ke Encik Mus? balik lewat nampak hari ni?" Teguran Rizal ini tidak menarik perhatian Encik Mus. Encik Mus nampaknya diam tidak menjawab apa-apa. Rizal cuba menegur lagi.
"Encik Mus OT jugak ke? Nanti dah lepas settle kerja ni kita pergi minum nak?" Juga sama. Dua-dua soalan Rizal ini langsung tidak dijawab oleh Encik Mus. Rizal cuba menjenguk, namun tinted tingkap bilik yang gelap telah membataskan pandangannya ke dalam bilik Encik Mus.
Rizal malas ambil pusing. Lebih baik dia siapkan sahaja kerjanya itu. Barangkali Encik Mus tidak mahu diganggu. 10 minit berlalu. Rizal menyiapkan kerja sambil membiarkan sahaja bunyi-bunyian di bilik Encik Mus. Kadangkala dia terdengar bunyi meja seperti diketuk-ketuk, bunyi kerusi disorong ditarik, dan lampu pula dipasang ditutup. Rizal jadi tak sedap hati. Apa yang Encik Mus buat di dalam bilik? Rizal mencapai mug kosong di atas meja sambil bangun berjalan ke pantri hujung. Dia berasa haus dan mengantuk.
Kedudukan pantri yang agak jauh membuatkan situasi jadi lebih tertekan. Kerja pula masih banyak lagi yang belum siap. Rizal terpaksa gagahkan diri demi membuat secawan kopi 'o. Suasana di pejabat kelihatan agak sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi penghawa dingin yang kuat terpasang. Dari jauh kedengaran lagi bunyi dari bilik Encik Mus. Kini bunyi pintu biliknya pula seakan di ketuk-ketuk. Rizal menjadi semakin hairan. Selesai membuat kopi 'o Rizal berjalan semula ke mejanya. Saat itulah dia terlihat sebuah kerusi bergerak sendiri 'melintas' di hadapannya. Berderau darah Rizal! Menggigil mug yang dipegang di tangannya. Sedikit lagi nak tertumpah.
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorrorPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...