ON CALL

904 48 0
                                    

Sekitar tahun 2008, Fendi mula berkhidmat sebagai MA (medical assistant). Dia telah ditugaskan di sebuah klinik kesihatan yang teletak di negeri Pahang. Klinik kesihatan itu berada di kawasan perkampungan yang agak terpencil dan jauh dari kawasan bandar. Sepanjang Fendi berkhidmat sebagai MA di situ pelbagai pengalaman ngeri,sedih tidak ketinggalan juga pengalaman seram berhadapan dengan makhluk halus. Salah satu kisah seram ada diceritakannya kepada saya, lalu saya nukilkan kepada bentuk penulisan.
-ONCALL-

Menurut peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,selepas waktu pejabat di sesebuah Klinik Kesihatan diwajibkan sekurang-kurangnya seorang MA yang perlu bertugas secara oncall yakni bertugas bergantung kepada panggilan atau keperluan seseorang pesakit yang datang ke Klinik selepas waktu bekerja.

Pada hari itu, tiba giliran Fendi untuk bertugas secara oncall di klinik. Fendi agak bernasib baik kerana dia menetap di kuaters yang hanya terletak beberapa meter sahaja daripada klinik pesakit luar di perkampungan itu. Jadi apabila dia mendapat panggilan atau ada pesakit yang datang ke kuarters dia terus sahaja boleh pergi ke klinik dan merawat pesakit dengan segera.

Jam di dinding menginjak ke pukul 1 pagi, mata Fendi mula terasa pedih dan mengantuk, dia menguap. Laporan bulanan klinik harus diselesaikannya segera, kerana keesokan harinya adalah hari terakhir untuk dia menghantar segala laporan bulan klinik ke pejabat kesihatan daerah.

Sebaik sahaja segala laporan klinik diselesaikan olehnya dia segera menutup laptopnya dan mendaratkan tubuh di atas tilam empuknya. Letih benar tubuhnya malam itu, siang ditandangi dengan kes kematian mangsa kemalangan digilis lori bijih besi dan malam pula dia terpaksa oncall, mengadap beberapa kes kecil selepas waktu bekerja. Ditambah pula dengan laporan bulanan yang menimbun. Fendi mengeluh panjang , dia memejamkan mata dan terus sahaja terlena dek kerana terlalu letih.

Tok! Tok! Tok! Kedengaran pintu rumahnya diketuk seseorang. Fendi terjaga, sejak dia berkhidmat sebagai MA ini, dia begitu peka dengan bunyi ketukan pintu rumahnya. Fendi bingkas bangun, mengintai di tingkap biliknya siapa gerangan yang mengetuk pintu rumahnya. Namun, tiada siapa pun yang kelihatan berada di sekitar halaman kuartersnya. Fendi mula hairan, mungkin dia hanya bermimpi. Dia kembali melabuhkan tubuhnya di atas katil dan menyambung lenanya.

Tok! Tok! Tok! Kedengaran pintu rumahnya diketuk lagi. Tidur Fendi terganggu lagi, dia bingkas bangun dari baringannya. Hatinya mula berang, ada orang yang nak mainkannya. Mungkin budak-budak nakal di kampong itu. Tanpa berlengah lagi dia terus sahaja melangkah pergi membuka pintu rumahnya.

Sebaik sahaja pintu dibuka oleh Fendi ternyata tiada sesiapa pun berada di situ. Sunyi, hanya kedengaran bunyi cengkerik berlagu. Fendi tidak berputus asa, dia mencapai sebatang kayu lalu berjalan meninjau-ninjau di sekitar kuatersnya. Tetap sama, tiada sesiapa di sekitar kuartersnya. Fendi kembali masuk kedalam rumah. Hatinya meradang dipermainkan sedemikian.

Kali ini dia tidak lagi tidur di atas katilnya, dia hanya duduk atas sofa di ruang tamunya. Kalau ada lagi budak-budak nakal yang mengetuk pintu rumahnya, dia akan segera membuka pintu dan jerkah mereka semua. Amarahnya benar-benar menggunung. Dia mengenggam erat sebatang kayu di tangannya, berguna untuk menakutkan budak-budak itu nanti.

Tok! Tok! Tok! Bunyi pintu rumahnya di ketuk, tanpa berlengah lagi Fendi pantas menerpa membuka pintu. Sebaik sahaja dia membuka pintu, dia tersentak dan terpaku. Kayu di tangannya terlepas terus jatuh di atas lantai. Di handapannya kini berdiri seorang perempuan berambut panjang dengan lidah terjelir ke paras dada. Wajah perempuan itu pucat dan matanya putih tanpa anak mata. Fendi merasakan lututnya kian longlai, tubuhnya mula ketar. Nafasnya tidak keruan. Pandangannya kian kabur dan akhirnya terus gelap.

Keesokan harinya, Pak Ngah Leman yang juga bekerja sebagai pemandu klinik menemui Fendi terbaring pengsan di muka pintu rumahnya. Selepas kejadian itu,seminggu juga lamanya Fendi bercuti untuk memulihkan kembali semangatnya. Dan mulai dari kisah itu juga Fendi lebih berhati-hati apabila pintu rumahnya diketuk tatkala giliran dia untuk bertugas secara ONCALL.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now