HISTERILOGICALLIA

709 37 2
                                    

Maryam baru sahaja pulang ke rumah. Beliau merasa sangat letih kerana penat mengajar disekolah. Bangun awal pagi setiap hari dengan niat untuk berkongsi ilmu dengan anak muridnya, apabila sesi persekolahan waktu pagi tamat. Dia kena tinggal disekolah lagi demi memeriksa kerja-kerja rumah yang diberi kepada anak muridnya. Apabila petang, baru Maryam pulang ke rumah. Begitulah kehidupan sehariannya semenjak bergelar cikgu. Matlamat dia hanya satu, dia ingin melihat anak muridnya berjaya apabila melangkah keluar dari sekolah itu apabila sudah tamat pembelajaran. Pada hari Isnin, selepas waktu perhimpunan, seperti biasa, Maryam akan terus bergegas pergi ke kelas yang dia akan mengajar. Ketika dia sedang menaiki tangga untuk menuju ke kelas. Dia merasakan dirinya seperti diperhatikan dari arah belakang. Maryam menoleh untuk kepastian. Tiada sesiapa dibelakangnya. Maryam fikir bahawa itu mungkin perasaannya sahaja. Maryam terus melangkahkan kaki menuju ke kelas. Ketika dia hampir sampai ke pintu kelas, dia terdengar bunyi jeritan dari anak-anak muridnya. Dia bergegas lari masuk ke dalam. Cikgu yang mengajar di kelas sebelah pun turut berlari ke kelas tersebut.

Salah seorang anak murid Maryam meracau-racau di atas lantai. Mereka kata bahawa budak tersebut terkena histeria. Kemudian, lagi dua orang pula menjerit tak tentu pasal. Selang beberapa minit kemudian, bertambah lagi murid-murid perempuan terkena histeri. Masing-masing menjerit tak tentu hala. Para-para cikgu pun tak tahu nak buat macam mana, sampai terpaksa panggil imam kat masjid berdekatan untuk datang mengubati. Ibu bapa anak-anak murid yang terkena histeria pun turut dipanggil. Semua anak murid perempuan yang terkena histeria di bawa pergi ke surau. Seorang murid lelaki datang menghampiri Maryam, dia memberitahu bahawa Junaidah yang kena histeria mula-mula sekali tadi telah ternampak pocong di kantin sekolah pada pukul 6:40 pagi, waktu tu masih lagi gelap. Memang kebiasaan Junaidah untuk datang ke sekolah awal. Kerana keluarganya terpaksa pergi ke kerja awal dari orang lain.

Maryam bergegas menuju ke surau sekolah untuk melihat keadaan anak-anak muridnya tersebut. Imam yang dipanggil sedang menjalankan tugasnya, turut dibantu oleh beberapa orang ustaz yang lain. Maryam hanya berdiri di satu sudut dan memerhati. Tidak semena-mena, angin yang kuat datang menerpa kawasan sekitar surau tersebut. Bunyi guruh sabung menyabung di langit. Keadaan di luar menjadi gelap. Semacam bau busuk menyinggah di setiap hidung manusia di situ. Semua yang berada di situ merasakan ketakutan dengan keadaan yang menyeramkan. Seorang anak murid lelaki menjerit dan jari telunjuknya menunjukkan ke arah satu objek yang berada di luar surau. Semua mata memandang objek tersebut. Ianya adalah pocong. Para-para wanita semuanya menjerit ketakutan termasuk Maryam. Imam bangun dari duduknya dan jalan menuju ke pocong itu. Dia berinteraksi dengan makhluk tersebut. Tidak lama kemudian, pocong tersebut hilang secara tiba-tiba dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Imam itu menoleh ke belakang dengan pantas berserta wajah yang cemas. Dengan pantas Imam tersebut berlari ke dalam surau semula. Kelihatan anak murid Maryam si Junaidah berdiri dan memandang ke arah imam. "Tolong..." itu saja yang keluar dari mulut Junaidah. Semua orang memandang ke arah Junaidah, manakala imam berdiri dihadapan Junaidah. Muka imam kelihatan gelisah.

Secara tiba-tiba, Junaidah ditarik keluar melalui tingkap surau. Tiada siapa pun yang tahu siapa yang menarik Junaidah. Semua orang berlari keluar demi mendapatkan Junaidah. Junaidah menjerit-jerit minta tolong. Dia di tarik menuju ke kantin sekolah, apabila semua orang sudah berada di kantin. Mereka sudah tidak lihat lagi kelibat Junaidah mahu pun suaranya. Mereka puas mencari sekeliling. Apabila malam menjelma, mereka sudah hampir putus asa. Mereka lakukan solat hajat. Selesai solat hajat. Imam memberitahu kepada ibu dan bapa Junaidah bahawa pocong tersebut sudah lama perhatikan Junaidah dan menginginkan tubuhnya untuk dijadikan santapan. Tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Ibu dan bapa Junaidah hanya mampu menitiskan air mata dan berserah kepada yang Esa. Sehingga ke hari ini, Junaidah masih lagi belum ditemui.

Semenjak peristiwa tersebut, tidak ada lagi ibu bapa menghantar anak-anak mereka awal ke sekolah. Mereka sanggup sampai lewat ke tempat kerja demi melihat anak mereka selamat sampai disekolah.  Mereka tidak ingin pisang berbuah dua kali. Selepas lima bulan peristiwa tersebut, Maryam juga turut menghilang. Sebelum dia hilang, dia ada memberitahu rakan-rakan sekerjanya yang lain bahawa dia beberapa kali melihat kelibat Junaidah di blok bangunan paling hujung sekali. Blok tersebut agak sunyi, jarang ada kelas di situ. Khas kepada budak-budak tingkatan enam saja. Pada suatu hari, Maryam telah pun pergi ke blok itu sendirian kerana dia terlihat lagi sekali kelibat Junaidah. Akibat rasa ingin tahu, ianya telah memakan dirinya sendiri. Maryam pula hilang. Tas tangannya dijumpai berdekatan dengan blok paling hujung sekali. Selepas dari itu, makin ramai murid dan guru yang hilang disekolah tersebut. Dan, sekolah itu diarahkan untuk ditutup buat selama-lamanya.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now