TANDAS HUJUNG

755 38 0
                                    

Aku dengar banyak kisah tentang tandas hujung, terutama sekali di sekolah-sekolah menengah. Tapi ada satu kisah, tak pasti sama ada betul ke tidak. Kononnya kisah tu terjadi di sebuah sekolah rendah. Kisah pertama; ada seorang budak sekolah rendah yang bersekolah di sekolah X. Pada suatu hari, dia ternampak beberapa orang tukang kayu memasang palang di hadapan pintu tandas hujung. Apabila ditanya, tukang kayu itu berkata tandas itu tak boleh digunakan. Sehinggalah pada suatu hari, budak tu sarat nak buang air besar. Dari tandas pertama sampailah ke tandas kedua terakhir, budak tu asyik terjumpa tandas kotor. Nak tak nak dia menendang pintu tandas hujung sekuat hatinya dan mendapati tandas tu sangat bersih. Apalagi? Dia pun masuk dan melepaskan hajat. Malangnya, apabila selesai urusan tandas, pintu tiba-tiba tersekat tak boleh dibuka. Budak tu menjerit mintak tolong tapi tak ada siapa yang dengar. Keesokan harinya, dia ditemui mati oleh seorang pelajar lain. Kepalanya tersumbat di dalam lubang tandas. Okay, sekarang kisah kedua. Kononnya kisah ni terjadi sekitar tahun 1995 semasa pelajar Tahun 6 ikut aktiviti sekolah yang berlangsung 2 hari 1 malam. Pada malam tersebut, seorang pelajar lelaki sarat nak buang air besar. Tandas baru terletak jauh di bawah dan tandas lama pulak terletak berdekatan. Memandangkan hari dah malam, pelajar tu pilih tandas lama. Semasa tengah duduk meneran, dia ternampak kelibat di sebalik pintu. Dia sangka kawan-kawannya datang mengusik sebab pelajar tu pernah kena usik sebelum ni. Bila dia selesai buang air besar dan cuci tangan di sinki, barulah dia perasan bahawa kelibat yang lalu tadi bertenggek di atas siling dengan mulut yang berdarah.

Cuba korang bayangkan?hihihihihi

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now