"Sam! Baik kau sembunyi bebaik, aku ni power bab cari-cari orang ni!"
Sam berlari laju ke belakang rumah atuknya. Rumah kayu, ada ruang bawah rumah, muat sebuah kereta."Tau lah. Tapi kau jangan main ngelat Piz. Kau kira sampai 500ribu dulu baru start cari weh!" Jerit Sam pada Hafiz yang dipanggilnya Piz.
Piz meletakkan tangannya pada papan rumah, sambil matanya dipejamkan. Dia mula mengira mengikut saat.
"Satu...... Dua...... Lima ratus....."
Sam berhenti pada sebuah perigi. Dia menjenguk ke dalam. 'Port baik ni fuh! Tapi hmm aih takkan aku nak terjun dalam perigi pulak. Mati aku nanti.' Sam bermonolog sendirian. Dia pandang sekeliling, masih mencari tempat sembunyi. Hafiz dah kira sampai tiga puluh lima, dia masih belum jumpa tempat.
Sam memberhentikan pandangan pada sebatang pokok rambutan di seberang pagar kebun atuknya. Di atas pokok itu, ada sebuah rumah kecil yang dibina. 'Cantik!' Sam sudah buat keputusan dia mahu sembunyi di dalam rumah itu. Lalu, dia segera memanjat ke atas sana.
"Lima ratus ribu!" Hafiz berhenti kira. Dia mulakan pencarian.
"Kau takkan terlepas Sam. Jaga jaga, aku datang! Hahahaha!" Hafiz berlari ke arah belakang rumah. Dia mula dengan tempayan sebelah tangga rumah, kosong! Sam tiada di dalam. Seterusnya, timbunan jerami, juga Sam tiada di situ. Hafiz menjenguk ke dalam perigi.
"Sam! Woi, kau kat dalam ke?" Sunyi. Hanya suaranya melantun lantun, bergema. "Woi sam! Ada kat dalam ke?" Tetap sunyi. Nampak gaya, Sam takde dalam perigi tinggal. Lagipun, dalam itu gelap. Boleh maut nak naik semula.
Hafiz buntu, mana pergi entah Sam. Dia ke celah timbunan guni, tiada juga Sam. Ke dalam rumah ayam, tiada. Ke dalam kandang lembu, tiada.
'Mana pulak Sam ni? Power betul sembunyi.' Hafiz bermonolog. Sejenak dia berfikir, dia terfikir akan sesuatu. Dia lantas berlari naik ke rumah atuknya. Dia berjalan perlahan lahan, dia mengintai, nampak Sam sedang berbaring di bawah katil.
Hafiz tepuk dahi. 'Celaka, sembunyi dalam rumah mamat ni, padan kat luar tak jumpa'
"Haaaa! Jumpa pon kau. Kuajo sembunyi sini, penat aku cari kat luar. Baru aku pikir nak masuk hutan luar kebun cari kau." Jerkah Hafiz pada Sam bawah katil.
Sam sengih sengih keluar daripada bawah katil. "Aku ingat kau tak nampak aku kat sini. Lama aku sembunyi sini" jawab Sam sambil gelak gelak. Parau suara dia, mungkin bawah katil berhabuk.
Hafiz gelak. "Kan aku dah kata, aku power cari orang Sam."
Sam gelak meleret. Dia mengangguk kepala berkali kali. Hafiz bangga. "Dah jom, minum jom. Kedai Pak Ali, dah nak maghrib ni, situ dekat dengan surau, azan kita gerak teruslah surau."
Sam setuju. "Jap, aku nak tukar baju. Kau turun dulu."
Hafiz turun ke bawah. Capai motor, lalu dia menghidupkan enjin EX9 nya berderum. Bunyi ekzos potongnya berdengung. Bingit.
"Cepat sikit Sam, sarung je lah baju Melayu. Ada gantung kat tepi tingkap tu."
"Okay!" Sahut Sam daripada dalam rumah atuk.
Hafiz sandar pada motor. Sedang dia bersiulan, terdengar suara berteriak memanggilnya daripada kejauhan.
"Piz! Piz!"
Hafiz bangun lalu menoleh ke belakang. Ada seorang lelaki berjalan daripada arah kebun. Hafiz mengecilkan matanya, memerhati dengan teliti siapa gerangan itu.
"Piz woi! Celaka, lama aku tunggu kau, kau tak cari pon. Kau nak pergi mana ni woi! Celaka betul." Marah empunya badan sebaik saja mendekati Hafiz.
Hafiz kaku. "Sam?"
"Kau pehal? Kalau taknak main dah, cakaplah woi. Penat aku tunggu kau daripada tadi." Hafiz berkerut. Entah daripada mana peluhnya mula keluar, romanya mula naik. Dia telan liur. "Kau bukan ada atas rumah ke salin baju?"
Sam pelik. "Aku baru je ni turun daripada pokok luar pagar tu. Geram tunggu kau lama, last last kau dah surrender rupanya. Siol je."
Hafiz dah gigil. "Sam, aku jumpa kau bawah katil atas rumah atuk Sam. Sumpah Sam"
"Hah, kau biar betul?"
"Sumpah Sam sumpah "
"Ni kau nak gi mana ni? Tunggu siapa?"
"Aku tunggu 'kau' dia naik atas rumah nak salin baju."
Sam dah faham. Hafiz nampak hantu. Menyerupai muka dia.
"Ah sial! Blah jom blah. Saka atuk aku lah tu aku rasa."
YOU ARE READING
Eeeeee Takut Yeee......
HorreurPelbagai kisah seram...pelbagai tempat yang seram...pelbagai jenis hantu/momok...ada kisah benar...ada kisah rekaan..yang pasti kisahnya sangat menakutkan lagi menyeramkan..sampai terbayang-bayang sehingga ke mimpi...hikhikhik 70% adalah kisah b...