MALAM MERDEKA

760 41 0
                                    

Jam menghampiri ke detik 12 malam. Namun , beberapa anak muda masih lagi melalak-lalak duduk melepak ditembok berdekatan dengan jambatan besi kampung mereka. Dengan gitar kapok ditangan , lepas satu , satu lagu didendangkan , dimainkan , dinyanyikan.. sebenarnya , menjengkelkan. Itulah Hamdi , Kamal , Murat , Pian dan Jamil. Lima sahabat yang kengkononnya sehati sejiwa.

Kriiiang.... kriiiut....
Kriiiang.... kriiiut....

Bunyi seperti rantai basikal yang telah berkarat sedang dikayuh. Mereka berlima berpandangan sesama sendiri.

'Siapa pula yang berkayuh basikal malam-malam hari ni...?' Getus hati masing-masing. Tertanya-tanya. Lucunya , pada masa itu mereka langsung tidak terasa seram atau takut. Maklumlah , hati kering.

Berpandukan pada lampu jalan , mereka berlima dapat melihat seseorang sedang mengayuh basikal yang sarat dengan bendera Malaysia. Tidak dapat dipastikan siapa yang sedang menunggang basikal tersebut. Hinggalah basikal yang sarat dipasang dengan bendera Malaysia itu berhenti dihadapan mereka berlima. Seorang lelaki tua yang memakai songkok yang diperbuat daripada bendera Malaysia memandang mereka berlima. Lelaki tua tersebut tersengih-sengih.

Dia menongkatkan basikalnya. Lalu berjalan menghala ke arah mereka berlima yang terpegun melihat lelaki tua tersebut.

"Assalamualaikum...!" sapanya.

Masing-masing tersentak bagaikan terkena renjatan elektrik. Mereka serentak menjawab.
"Waalaikumussalam...."

Lelaki tua tersebut masih tersenyum. Tanpa disuruh , dia mengambil tempat disebelah Kamal , duduk diatas tembok batu. Dia kelihatan termengah-mengah.

"Penat... kayuh basikal... lama dah tak mengayuh ni... nak tercabut lucut ni rasanya..." ujarnya.

Yang lain hanya pandang memandang antara satu sama lain. Hamdi mula merasa pelik. Dia rasa tak pernah kenal dan tak pernah nampak pun lelaki tua tersebut dalam kampung mereka.

"Pakcik ni dari mana , nak ke mana... sorang-sorang malam-malam ni..?" Hamdi bertanya. Mata lelaki tua tersebut tertancap pada motor-motor kepunyaan anak muda berlima itu yang elok terparkir bawah tiang lampu jalan disitu. Pertanyaan Hamdi terbiar tak berjawab. Lelaki tua tersebut mengerutkan dahinya. Wajahnya jadi serius tiba-tiba.

"Tak ada langsung bendera dipasang pada kenderaan kamu semua ni..." katanya perlahan , seakan bersungut. Namun jelas didengar oleh mereka berlima. Mereka berpandangan lagi.

"Korang tak tahu ke ni malam apa..?" Lelaki tua tersebut menanya. Mereka mula tergaru-garukan kepala yang tak gatal.

"Huh....! Anak-anak zaman sekarang.... langsung tak ada semangat patriotik... menyedihkan..." keluh lelaki tua tersebut.

Jamil mencebik bibirnya. "Alaa... rilek la , pakcik.. tak pasang bendera pun kitorang tau , hari merdeka.." katanya mempersendakan keluhan lelaki tua tersebut. Hamdi menjengilkan matanya pada Jamil. Jamil hanya tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Hurm...." keluh lelaki tua itu lagi.

"Korang tak merasa bertapa susah payahnya negara kita ini berjuang demi kemerdekaan... lepas satu , satu puak datang menjajah... hilang orang luar , orang kite sendiri pun nak berkuasa..." sedih lelaki tua tersebut bersuara. Mereka terpegun. Masing-masing mula bersikap serius.

Pian yang dari tadi masih memetik-metik gitarnya , meletakkan gitarnya. Begitu juga Murat dan Kamal. Mereka mula duduk mencangkung dihadapan lelaki tua tersebut. Seakan-akan ada  persona lelaki tua tersebut  yang menyebabkan masing-masing rasa berminat untuk mendengar lagi apa yang hendak diperkatakan oleh lelaki tua itu.

"Kamu semua patut bersyukur kerana dilahirkan selepas merdeka , berbanding pakcik ni.. "
Senyap-sunyi.

"Menyedihkan melihat orang sekarang ni.. mereka tidak lagi dijajah penjajah.. dijajah pemberontak.. dijajah pengganas...."

Senyap lagi.

"Sebaliknya mereka biarkan minda diaorang ni dijajah oleh budaya luar.. hari kemerdekaan tak membawa sebarang maksud langsung... tak bererti langsung... pada kamu semua..." tiba-tiba lelaki tua tersebut beremosi. Dia mula tersesak-esak. Menangis. Sayu kedengaran.

Mereka berlima mula rasa serba-salah , walaupun mereka sendiri pun tak tahu , apa sebenarnya salah mereka. Sebab tak pasang bendera pada motor mereka ke..? Itu ke..?

"Pakcik..... maafkanlah kami semua , pakcik.. jika kami semua ada buat pakcik rasa tersinggung..." Hamdi yang memang dianggap ketua oleh kawan-kawannya itu berkata.

Tiba-tiba....

"Memanglah kamu semua bersalah... kamu semua tak guna... anak merdeka yang tak berguna...!" terjerit-jerit lelaki tua itu berkata. Dia mula berdiri.
Bentuk fizikal lelaki tua tersebut mula berubah. Perlahan-lahan daging diwajahnya mulai luruh , jari-jemarinya hanya tinggal tulang. Songkok yang dipakainya jadi seperti cebisan kain yang reput. Lelaki tua yang tadinya kelihatan segak berpakaian dari kain bendera Malaysia , kini yang berdiri dihadapan mereka adalah satu jasad dari tulang dan tengkorak yang mengerikan. Cebisan kain bendera tersebut mulai mereput hingga tiada yang menutupi rangka lelaki tua tadi.

"Korang patut mati demi rasa  berbangga kerana negara mencapai kemerdekaan.... ! Korang patut mati kerana tidak langsung menghargai kemerdekaan...!" tengkorak tersebut melaung. Sambil menggerakkan rangka tangannya ke sana sini , rangka bertengkorak tersebut mula berjalan terhoyong-hayang ke arah mereka berlima.

Hamdi , Kamal , Murat , Pian dan Jamil tergamam. Terbeliak habis mata mereka dengan kejadian yang berlaku didepan mata mereka. Masing-masing merasa kecut perut , terlalu takut dan terkejut hingga terkaku , terpaku disitu.

"Ha ha ha ha ha....
Mati.... mati... patut mati....
Ha ha ha ha ha" bergema tawa dan laungan dari rangka bertengkorak tersebut.

Mereka berlima , seorang demi seorang , rebah tak bermaya. Pengsan !

Keesokan harinya. Gempar kampung tersebut dengan penemuan mereka berlima yang pengsan secara berjemaah ditembok tempat mereka melepak membuang masa itu.

Mendengarkan cerita mereka tentang pertemuan dengan hantu dimalam merdeka itu , seorang lelaki tertua dalam kampung tersebut membuka cerita.

Pada zaman selepas negara mencapai kemerdekaan , pihak komunis yang tinggal masih mengganas. Seorang lelaki tua yang begitu gembira dengan kemerdekaan yang dicapai negara , telah dibunuh dengan kejam oleh puak komunis. Sewaktu lelaki tua tersebut yang memakai pakaian yang dijahit menggunakan kain dari bendera Malaysia , menunggang basikal yang sarat dengan bendera Malaysia , berarak keliling kampung.

Sejak itu , menjelang malam hari kemerdekaan , ramai orang telah terserempak dengan yang dikatakan , hantu lelaki tua tersebut.

Selepas peristiwa malam tersebut , mereka berlima telah bertaubat. Tidak lagi melepak membuang masa ditembok tersebut. Mereka telah banyak menghabiskan masa disurau kampung. Dan lebih menghargai kebebasan dan kemerdekaan yang telah dirasai dan sedang dikecapi hari ini... Semoga berkekalan hingga akhir zaman hendaknya.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now