Bab 2

38.3K 1.4K 33
                                    

'Ni mesti pasal semalam.'aku berbicara di dalam hati.

[Flashback]

KRINGGG!!

Bunyi loceng menandakan waktu rehat bagi semua pelajar sekolah itu.

"Baiklah,semua...harini saya nak kamu bentuk beberapa kumpulan untuk pembentangan esok!"kata Cikgu Che Farah dengan lantang iaitu merupakan guru subjek Sejarah kelasku.

"Aduhhh,besar gila suara cikgu tu...pekak telinga aku dibuatnya."rungut Amni.

"Bukan sekadar pekak je,aku rasa taik telinga aku pun cair."kata Shahrul merupakan ketua tingkatan kelasku.

"Tu lah,aku rasa cikgu tu makan mikrofon kot waktu dia kecik."duga Amni.

"Aikkk?cam mana kau tau?"

"Kan mikrofon tu bentuk dia macam ais krim,mesti cikgu tu ingat tu ais krim...hahaha!"Kata Amni dengan lawak nya yang tak berapa lawak tu.

"Dah la,korang...asyik ngumpat cikgu je...kaang tak berkat ilmu,FAIL sejarah baru tau."aku menyampuk apabila SESI MENGUMPAT CIKGU tu semakin rancak.

"Yelahhh,cik pendek...kami diam.kaang tak pasal-pasal kena denda oleh Encik tinggi tu..."sindir Amni.

"Maksud kau Muhammad Wang Hakimi tu ke?"tanya Shahrul.

"Iyerlahhh... "jawab Amni geram.

"Muhammad Ashraf tu kan sama tinggi...."belum sempat Shahrul menghabiskan ayatnya,aku memotong.

"Dah,dah...jom pegi kantin.aku dah lapar ni atau pon korang nak mati kebulur kat dalam kelas ni?"kataku sambil menarik tangan Amni menuju ke luar kelas diikuti juga dengan Shahrul.

-----

Tiba sahaja di kantin yang dipenuhi oleh pelajar-pelajar.

"Alaaa...ramai orang lah... "rungut Amni.

"Tulah...tadi bukan main kau...."

"Ok,jangan nak membebel.dah la aku tengah lapar ni.kaang tak pasal-pasal ada budak kena makan."

Aku memandang muka Amni dengan muka yang masam.

"Ishhh!dahla tu.... pegi beli makanan...aku dah lapar gila ni."

"Kenapa aku pulak?!"soalku dengan nada tidak berpuas hati.

"Badan kau ni kan kecik dan tinggi pun...ermmm...tak boleh cakap...aku rasa budak tadika pun boleh menang...jadi...kesimpulannya,senanglah kau nak potong barisan."jelas Amni.

Aku mengeluh lalu merampas duit yang dipegang oleh Amni dengan kasar.taulah aku ni pendek mengalahkan budak tadika!tapi kau pernah nampak ke?!lainlah kalau dibandingkan dengan 'Zirafah gila'tu!

-----

Beberapa minit kemudian.

"Nah!"2 bungkus nasi lemak dan sekotak milo dihulur kepada Amni.

"Lamanya kau beli,kau beli nasi lemak ke buat nasi lemak?"

"Aku belajar buat nasi lemak dari makcik kantin tadi."

"Nak buat lawak agak-agak lah... "

"Eyhhh,kejap...teman aku jumpa Cikgu Che Farah kat bilik guru jap."kataku kepada Amni.

"Untuk?"

"Aku nak tanya berapa ahli dalam satu kumpulan untuk pembentangan esok..."jelasku.

"Ok,jom."

Kami berdua pun berjalan beriringan dengan air milo yang berada di tangan kananku namun satu kemalangan terjadi kearah ku.

Aku terlanggar seseorang dan menyebabkan air milo yang telahku pegang tadi tertumpah diatas baju sekolah pemuda itu dan pemuda itu ialah....

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now