Bab 41

21.2K 1.2K 368
                                    

Najwa yang sedang berada di posisi terduduk di atas tar yang agak basah kerana bekas hujan itu mula mendongak apabila ada tangan yang mengangkat beg yang berada di dakapannya.

"Sudahlah tu, jom kita pergi berkumpul kat sana." kata Nabil sambil membawa beg kepunyaan Najwa itu. Beg itu agak besar dan mungkin susah untuk Najwa bawa seorang diri. Memandangkan tubuh badan Najwa yang kecil itu.

"Hhmm." Perlahan Najwa membalas lalu dia pun cuba untuk berdiri. Seluarnya yang agak basah sedikit itu dia tepuk perlahan untuk menghilangkan batu-batu kecil yang melekat di seluarnya.

Nabil yang hanya melihat kelakuan adik perempuannya itu masih teringat akan kata-kata Hakimi yang merangkap sebagai rakan sekelasnya atau ADIK IPARNYA itu yang mengatakan dia meninggalkan Najwa di tepi jalan sebentar tadi. Sanggup dia membuat Najwa seperti itu. Malah sebenarnya Nabil tahu yang Hakimi sering menyakiti Najwa.

"Awak okey tak ni? Ada rasa sakit ke? Kalau tak saya panggilkan cikgu untuk tengok keadaan awak. " Prihatin sungguh Nabil terhadap Najwa. Dia risau sangat akan keadaan Najwa yang kini bergelar isteri kawan karibnya,Hakimi kerana dia tahu yang Hakimi langsung tidak menyukai apatah lagi mencintai adiknya itu.

"Takpe, saya okeylah. Mana ada sakit sangat. Setakat jatuh macam tu, apalah sangat." Najwa tersengih sehingga menampakkan gigi putihnya yang rata itu.

"Awak janganlah risau, saya kan kuat!" Sambil tangan Najwa cuba menyapu bekas air matanya yang jatuh tadi. Rasa malu pulak dia nangis depan Nabil hanya gara-gara seorang lelaki yang bergelar suaminya.

"Apa-apalah. Tapi janji dengan saya awak takkan tercedera ataupun luka lagi lepasni. Kalau saya dapat tahu ada orang cederakan awak lagi, awak bagitahu saya tau! Saya pasti akan datang selamatkan awak." Kata Nabil dan tangan kanannya diletakkan diatas kepala Najwa yang berlapik tudung itu lalu diusapnya perlahan. Tak salahkan kalau sentuh adik sendiri?

"Yelah." Kemudian Najwa mengangguk perlahan. Terasa ada tangan yang besar mengusap kepalanya. Hangat sekali walaupun berlapik dengan kain. Selesa. Itulah yang dirasainya ketika ini. Apakah perasaan ini? Takkanlah dia dah jatuh cinta terhadap Nabil? Tapi Najwa dah kenal Nabil sejak dia di tingkatan 1 lagi. Kenapa perasaan 'itu' tiba-tiba sahaja datang kedalam dirinya? Perasaan KASIH SAYANG atau CINTA itu hadir dalam dirinya. Apakah semua ni? Masa haritu, dia sudah mula sukakan Asyraf dan sekarang Nabil pulak?! Ya Allah, Najwa! Kenapa dengan kau ni?!

Sekarang Nabil sedang menyandang dua beg yang besar di bahunya. Satu beg kepunyaannya dan satu lagi kepunyaan Najwa. Memang normal lah kalau mereka terpaksa membawa barang yang banyak kerana aktiviti itu dibuat selama 3 hari 2 malam dan oleh kerana ada perkhemahan dan aktiviti lain akan ada dilakukan, jadi mereka terpaksa membawa baju lebih untuk keselesaan.

Nabil dan Najwa berjalan menuju ke tapak berkumpul di hadapan pagar sekolah itu. Hanya lebih kurang terletak 50 meter dari tempat letak kereta pelajar.Ketika dalam perjalanan, Nabil tidak lepas memandang Najwa dari arah belakang memandangkan Najwa sedang berjalan dihadapannya.

"Terima kasih sebab tolong saya." Tiba-tiba sahaja Najwa berhenti dari meneruskan perjalannya. Lalu dia menoleh ke belakang sambil mendongak untuk melihat wajah lelaki yang telah menolongnya itu.

"Tanpa awak, mesti saya tak dapat ikut lawatan dan perkhemahan ni. Sejujurnya saya nak sangat ikut aktiviti ni sebab saya-..." Kata-kata Najwa terhenti seketika.Dia menarik nafasnya lalu menghembus perlahan.

"Saya tak pernah pergi mana-mana tempat sejak saya lahir dan bila lawatan ni dibuat, saya rasa sayalah orang paling gembira sekali di sekolah ni. Lagipun tempat yang paling saya nak idamkan nak pergi tu dekat Pulau Langkawi. Awak nak tahu sebab apa? Sebab banyak orang cakap tempat tu seronok sangat jadi sebab tu lah saya nak pergi. Walaupun ni sebenarnya bukannya untuk percutian tapi saya akan anggap inilah satu peluang bagi saya untuk pergi ke tempat yang saya nak." Luah Najwa.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now