Bab 24

22.9K 1K 83
                                    

"Bonda nak kamu berdua kawin."

[End flashback]

Sekarang ni waktu Sejarah.dapat dilihat pelajar dalam kelas ni semuanya menumpukan perhatian kepada cikgu yang sedang menceritakan tentang penjajahan Jepun di negara Malaysia, termasuklah aku dan tiba-tiba pintu kelasku diketuk oleh seseorang menyebabkan semua orang menoleh ke arah orang itu.

Aku terkejut.

'Apa yang dia buat kat sini?'bisik hatiku.

"Assalamualaikum,cikgu. Boleh saya berjumpa dengan Nur Najwa?"kata Asyraf dengan sopan dan kini semua mata pula tertumpu kearahku apabila tiba-tiba sahaja Asyraf ingin berjumpa denganku.

Aku menundukkan wajahku.

Amni menyiku lenganku, memberi isyarat bahawa cikgu Nor telah membenarkan Asyraf berjumpa dengan aku.

Aku dengan perlahan bangkit dari kerusi dan berjalan keluar dari kelas dimana Asyraf sedang berdiri di sebalik pintu.

Kini aku berada tepat di hadapan badannya.aku cuba memberanikan diriku untuk bertentangan mata dengannya.

"Kenapa awak nak jumpa saya?"soalku.

Aku memandang tepat ke dalam anak matanya.aku melihat dia mengeluh.

Baru sahaja aku ingin mendengar kata-kata Asyraf,terasa lengan kiriku ditarik oleh seseorang menyebabkan aku menoleh.

"H-hakimi... "

"IKUT AKU!"

-----

Aku mencari Asyraf setelah aku perasan yang aku langsung tak nampak kelibat dia dari tadi.aku bertanya kepada beberapa orang pelajar tentang keberadaan Asyraf dan ada yang memberitahu Asyraf berada di depan kelas tingkatan 3A.ya,tu adalah kelas Najwa.

Aku berjalan melintasi setiap koridor dan aku ternampak dua orang pelajar perempuan dan aku dapat agak yang mereka tu pelajar tingkatan 3 sebab mereka menggunakan kasut yang berwarna hitam.aku terdengar mereka bercakap tentang Asyraf...

dan Najwa.

Salah seorang dari mereka cakap yang Asyraf panggil Najwa dari kelas dia dan tanpa membuang masa,aku terus berjalan menuju kelas Najwa yang berada di tingkat 2.aku menuruni anak tangga dengan cepat dan aku tak tau kenapa aku rasa marah sangat sekarang ni.aku rasa marah bila dapat tahu yang Asyraf pergi jumpa Najwa dan apa yang budak perempuan tu katakan tadi memang betul.sekarang ni Asyraf berada di kelas 3A dan dia bersama dengan Najwa.aku terus meluru ke arah mereka berdua.

Aku menarik lengan Najwa dengan kasar.

"IKUT AKU! "

Aku membawa dia pergi menjauhi Asyraf yang masih lagi kaku di situ.aku menarik lengannya kasar tanpa mempedulikan pelajar lain yang nampak akan perbuatanku.Najwa yang cuba meronta-ronta untuk melepaskan lengannya,aku tidak peduli.

Sekarang ni, aku cuma nak tau dari Najwa apa yang Asyraf dah bagitau dia.kini aku berada di bilik stor sukan yang berada jauh dari semua pelajar.tak lupa juga aku dah tutup pintu tu.

Aku memandang Najwa.

"Bagitau aku apa y-... "belum sempat aku menghabiskan ayatku, pintu stor itu tiba-tiba dibuka dari luar.

Aku menoleh.

"Adriana... "

-----

Lengan kiri ku terasa amat sakit.aku cuba meronta-ronta agar Hakimi melepaskan cengkamannya dari lenganku namun, hampa.semua tu hanya sia-sia dan kini aku berada di bilik stor sukan.ya,Hakimi yang tarik aku pergi sini.

Dia menutup pintu stor itu rapat lalu memandangku dengan pandangan yang tajam.

"Bagitau aku apa y-... "dan tiba-tiba sahaja pintu stor itu dibuka oleh seseorang dan orang itu adalah Adriana.

Dia merenung aku tajam dan tak disangka-sangka dia meluru kearah ku lalu 'menghadiahkan' satu tamparan di pipiku.

Aku terkedu.

"Adriana! Apa yang you buat ni?! "Hakimi menengking dia.

"Sampaikan hati you tengking I. Selama ni you tak pernah pun berani nak tengking- tengking I macam ni. Selepas je perempuan ni muncul dalam hidup you, you terus berubah... Hati I sakit sangat Hakimi... "Kata Adriana sambil mengalirkan air mata.ya, dia menangis.

"S-sorry Adriana I tak bermaksud nak buat you macam tu... Please jangan nangis... Hati I lagi sakit bila tengok you menangis. "Pujuk Hakimi sambil memeluknya erat.

Pipiku yang masih terasa 'pedih' itu aku biarkan dan aku berlalu pergi dari tempat itu. Aku berjalan sambil menundukkan wajahku. Sehinggalah aku tak perasan yang aku telah terlanggar tubuh seseorang dan terasa tubuhku dipeluk.pantas sahaja aku mendongak untuk melihat orang itu dan orang itu adalah Asyraf.

"Aku suka kau. "

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now