Bab 23

25K 1K 53
                                    

Aku berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah dengan langkah perlahan.ya,aku baru sahaja keluar dari hospital semalam.tapi...

Dahi aku masih lagi berbalut,tu yang nampak pelik...dari tadi aku nampak pelajar lain tengah syok pandang aku...macam tak pernah tengok orang cedera.aku terus berjalan dengan lebih laju untuk ke kelas ku.malu woi!

Tiba sahaja di depan pintu kelas,'tersembul'lah wajah beruk entah dari mana datangnya terus peluk aku.

"Najwa!kau pergi mana?kenapa semalam kau tak datang sekolah?kau tau tak aku risau?"soal Amni bertubi-tubi.

Aku ternganga.

Gila punya minah,laju gila dia cakap.

"Kau ni!kalau ya pun bagilah aku duduk dulu!"marahku lalu cuba untuk berlalu ke tempat dimana kerusi dan mejaku terletak.

"Kejap."Amni memegang lenganku.

Aku melihat kearahnya yang sedang fokus memandang dahiku.

'Sudah...'bisik hatiku.

Aku mengeluh.

"Weyhhh!kenapa dengan dahi kau ni?!siapa yang buat?'Zirafah gila'tu ke?or minah gedik nak mampos tu?!"soal Amni lagi.

Aku mengeluh untuk sekian kalinya.

"Cik Amni binti Mohamad...boleh tak bagi aku yang kecik molek lagi kemetot ni duduk dulu,baru aku cerita?"ujarku dengan nada yang cuba ditahan.aku merenung matanya tajam...dengan keadaan 'mendongak'.

"Okey,okey..."Amni tersengih lalu menolak tubuhku ke tempat dudukku yang terletak di sebelah tempat duduknya.

"Sekarang cerita."kata Amni tegas.kini Amni pulak yang merenungku tajam.cucuk kang biji mata tu guna garfu baru tau...kang tak pasal-pasal jadi macam cerita P Ramlee tu.alaa...yang dia cucuk mata dia guna garfu tu...akupun lupa nama tajuk cerita tu.lupakan jelah...

"Okey,wait.kau nak yang panjang ke atau yang pendek?yelah,kalau yang panjang aku rasa sampai esok pun tak habis kot."kataku.

"Ishhh!kau ni!cerita jelah!"marah Amni,geram dengan soalanku sebentar tadi.

Lalu dengan malasnya,akupun menceritakan perkara yang telah berlaku dekat aku kepada Amni.

Tapi...

tak semua aku cerita dekat dia...

Pasal malam tadi,masih lagi melekat di dalam kotak fikiranku.kata-kata bonda...itulah punca Hakimi bersikap dingin,langsung taknak tengok aku.bercakap?lagi lah tak.

[Flashback]

Tiba di perkarangan tempat letak kereta,terus sahaja Hakimi menutup enjin kereta miliknya lalu keluar dari perut kereta.meninggalkan aku dan bonda.melihat bonda yang juga keluar dari kereta,akupun segera keluar dengan lemah.ya,aku baru sahaja keluar dari hospital tadi sebab doktor cakap keadaan aku dah semakin pulih dan stabil sekarang ni cuma dahi aku masih lagi berbalut dan pasal luka kat dahi aku ni,bonda dah tau...

Ya.Hakimi sendiri yang berterus-terang dekat bonda.akupun terkejut juga sebenarnya dan bonda marah sangat tadi dan semua tu disaksikan oleh aku dan...

Asyraf.

Baru sahaja aku ingin masuk ke dalam rumah itu,bonda memanggil namaku dan Hakimi.

Aku menoleh diikuti juga dengan Hakimi yang berada di hadapanku.

"Najwa...Hakimi...nanti bonda nak kamu berdua datang jumpa bonda sebab bonda ada sesuatu nak dibincangkan."ujar Puan Aminah.

Aku hanya sekadar mengaguk lalu kembali menoleh kehadapan dan kelihatan Hakimi sedang menaiki tangga untuk menuju ke tingkat atas sambil tangannya ligat membuka 'necktie' hitam yang terikat dilehernya.

Aku mengeluh.

'Mesti dia penat...'bisik hatiku lalu akupun berjalan menaiki tangga untuk menuju ke bilikku yang terletak di sebelah bilik 'Zirafah gila'tu namun otakku masih lagi teringat akan pesanan bonda tadi.ada benda nak dibincangkan?

Selesai saja membersihkan diri,akupun segera turun ke tingkat bawah dan kelihatan Hakimi dan orang tuanya sedang duduk di ruang tamu.mungkin tengah tunggu aku kot...

Lalu akupun berjalan mendekati mereka,sehingga bonda perasan akan kehadiranku.

"Ouh,Najwa..marilah duduk dekat sini."ajak Puan Aminah sambil melambai tangannya kearahku lalu akupun duduk di atas sofa yang menempatkan untuk dua orang itu dan setelah aku duduk,barulah aku perasan yang aku tengah duduk di sebelah Hakimi.aduhhh...

"So,apa yang bonda nak bincangkan?"soal Hakimi dingin.

'Haishhh...ni mesti kes aku duduk dekat sebelah dia ni...itu pun nak marah,bukan aku sengaja pun nak duduk kat sebelah dia tu,dah orang tak nampak dia ada kat situ.'bisik hatiku,geram.

"Sebenarnya bonda dengan ayah kamu dah bincangkan sesuatu mengenai kamu berdua dan kami berdua sudah membuat keputusan dan keputusan tu adalah muktamad."bicara Puan Aminah.

Dahiku mula berkerut.tentang kami berdua?aku dengan Hakimi?kenapa pula?

"Kenapa dengan kami berdua?"soal Hakimi lagi.jelas riak wajahnya kini berubah seperti sedang menahan marah seakan tahu apa yang bonda nak bagitau.

Tapi,aku pula...buntu.

"Bonda nak kamu berdua kawin."

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now