Bab 42

20.9K 1K 86
                                    

"Baiklah, jom kita pergi berkumpul. Saya tengok ramai dah pelajar berkumpul kat sana" kata Nabil sambil kedua-dua bahunya membawa dua beg kepunyaan dia dan Najwa. Najwa hanya mengangguk manakala Nabil mula membuka langkah menuju ke tempat berkumpul bagi pelajar yang mengikuti lawatan dan perkhemahan di Pulau Langkawi itu. Mereka berdua berjalan beriringan.

Terdapat beberapa orang guru yang masih sibuk berbincang antara satu sama lain. Mungkin mereka sedang membincangkan tentang pengangkutan yang akan mereka semua naiki nanti untuk ke lapangan terbang KLIA2 nanti. Mesti pelikkan kenapa semua pelajar yang mengikuti aktiviti ini terpaksa berkumpul di sekolah dahulu dan tidak terus berkumpul di KLIA2. Sebenarnya pada masa haritu iaitu selepas perjumpaan tentang aktiviti ini diumumkan, semua ahli jawatan tertinggi pelajar form 5 telah diarahkan berkumpul di bilik mesyuarat. Ini kerana diatas permintaan Puan Aminah.

Nabil yang juga memegang jawatan sebagai pengawas sekolah juga turun berada di situ kerana dia merupakan ketua bagi biro disiplin dan tidak lupa juga Adriana yang memegang jawatan sebagai ketua biro akademik juga turun berada di sana. Tidak hairanlah sekiranya Adriana dapat menjadi ketua bagi biro akademik kerana pencapaian akademiknya yang sangat cemerlang itu. Tetapi Nabil sentiasa pelik akan Adriana yang sering mendapat keputusan yang bagus dalam peperiksaan itu padahal banyak pelajar yang tidak suka akan kelakuannya yang gedik itu.

Nabil pasti, Adriana ada muslihat tersendiri iaitu cara dia sering mendapatkan markah yang tinggi di dalam peperiksaan. Muslihat yang menggunakan cara 'kotor' untuk menang dan sentiasa nampak hebat di depan mata orang ramai.

Ketika perjumpaan semua ahli jawatan tertinggi pelajar, Puan Aminah selaku pengerusi sekolah ada mengatakan bahawa semua pelajar mesti berkumpul terlebih dahulu di sekolah bagi memudahkan pengurusan contohnya seperti kehadiran pelajar dan memeriksa barang yang dibawa pelajar. Selain itu,dia juga ada menyatakan bahawa semua ahli jawatan tertinggi pelajar seharusnya lebih peka agar mengawal semua tindakan pelajar supaya keselamatan terjamin. Puan Aminah sebenarnya tidak mahu ada perkara yang tidak diingini berlaku memandangkan dia ingin menjaga prestasi sekolah ini agar disegani ramai.

Tiba di tempat berkumpul, semua pelajar yang lain sudahpun berada di barisan kelas masing-masing. Najwa yang baru sahaja tiba itu mula mencari 2 orang sahabat SETIAnya itu. Matanya liar mencari susuk tubuh Amni dan Anis.

'Mana mereka berdua ni?'

Kakinya pula tidak berhenti dari tadi berjengket untuk mencari mereka berdua. Memandangkan kebanyakkannya pelajar berdiri, itu telah menyebabkan Najwa susah untuk mencari sahabat karibnya itu.

'Haihhh,susah betul jadi orang pendek ni!' Bisik hati Najwa geram.

"Awak sedang cari kawan perempuan awak yang dua orang tu ke?" Soal Nabil kerana dia perasan akan tingkah laku Najwa yang seperti sedang mencari orang dan semestinya Nabil tahu akan orang yang dicari oleh adik perempuannya itu. Semua tentang hal peribadi Najwa, Nabil telah tahu.

"Ya, saya tengah cari diorang. Tapi tak jumpa." Balas Najwa. Kakinya masih lagi terjengket membuatkan dia kelihatan begitu comel sekali. Nabil yang melihat kearah Najwa itu mula tersenyum kecil. Dia memalingkan mukanya kearah lain dari terus menatap wajah adik perempuannya itu untuk menyembunyikan senyumannya.

'Kenapalah kau comel sangat, Najwa?! Membuatkan rasa sayang aku makin bertambah dekat kau. Tapi takpelah sebab kau memang layak dapat rasa kasih sayang aku. Sebagai seorang abang. TAK! Ianya... Lebih lagi. Ya, lebih sebagai seorang abang. ' Bisik hati Nabil. Dia ketawa di dalam hati apabila melihat tingkah-laku adik perempuannya itu  kerana sebenarnya walaupun Najwa cuba meninggikan badannya itu dengan menjengketkan kaki, masih juga dia lebih pendek dari pelajar lain termasuk dirinya yang juga mempunyai ketinggian yang tinggi.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now