Aku menjejakkan kakiku untuk masuk ke kelas namun langkahku serta-merta terhenti apabila seseorang telah memegang tanganku.
'Ni mesti Adriana.'bisik hatiku lalu menoleh ke belakang.ya,tepat jangkaanku.
"Hakimi..."panggil Adriana dengan nada yang manja.
"Ya Adriana...kenapa tiba-tiba datang jumpa I ni?"tanyaku sambil memandang tepat ke arah anak matanya iaitu perempuan yang telah aku cintai selama 3 tahun ini,tanpa pengetahuan bondaku.
"I...I cuma nak tanya kenapa you naik sama kereta dengan budak tu?"tanya Adriana.
"Hey...listen...I akan jelaskan... "aku ingin menjelaskan perkara itu kepada adriana,namun kata-kataku dipotong olehnya.
"No!you khianati I...sampai hati you!"kata Adriana seakan ingin menangis.
"Okey...I akan jelaskan...nanti I call or message you tapi sekarang you kena masuk kelas...nanti cikgu-cikgu nampak,takut bonda I tahu."pujuk ku sambil membetulkan tudungnya yang agak senget itu.
Adriana menganguk lalu berjalan menuju ke kelasnya yang terletak bersebelahan kelasku.
-----
Aku memasuki kelasku setelah selesai bercakap dengan Asyraf sebentar tadi.
Tiba sahaja di tempat duduk ku,ramai pelajar perempuan yang datang kearah ku dan nak tau lagi?pelajar kelas sebelah pun ada.yelahhh...ramai kot pelajar nampak yang Asyraf tu lintas kelas form 3 semata-mata nak jumpa aku.sebab kelas aku kat hujung,so kena jalan depan semua kelas form 3 lah dulu jawabnya dan for your information...cehhh cakap omputeh pulak dah...hehehe..aku tak pernah tegur dia pun kecuali waktu dia tolong aku masa hari tu lagipun tak pernah pun ada pelajar menengah bawah berani bercakap dengan dia sebab tu ramai yang terkejut.
Aku pelik.pelik?ya,sangat pelik...sebab apa?sebab tiba-tiba je
Asyraf datang jumpa aku lepastu tanya soalan kenapa aku naik kereta sama dengan Hakimi pagi tadi.tak pelik ke?Hampir sesak nafasku apabila ramai pelajar perempuan yang datang mengelilingi mejaku.Nasib perempuan,takda lah bau ketiak masam.kalau laki? aduhhh,tak boleh cakap lah... BAU KETIAK MASAM weyhhh!
lagi-lagi kalau baru habis mata pelajaran 'Pendidikan Jasmani'."Najwa!kenapa Asyraf tiba-tiba jumpa awak tadi?!"tanya Ain iaitu merupakan pelajar kelas sebelah dan juga 'PEMINAT' setia Asyraf.
Tapi walaupun peminat Asyraf,dia ni dah berpunya tau...nama dia Harun,sama kelas dengan Asyraf.hahaha,lucu kan?okey, tak lucu.sorry.
"Takda apa-apa lah..."jawabku sambil mengeluarkan buku untuk subjek yang akan dipelajari selepas ini.
"Alaaa...sampai hati tak bagitau kitaorang... "kata Ain lagi.
"Dah,dah...baik korang balik kelas,kaang cikgu datang,tak pasal-pasal kena bagi 'FREE' ceramah yang boleh memekakkan telinga oleh cikgu 'tertelan mikrofon waktu kecik' a.k.a. Cikgu Che Farah."kataku.
"yelah,yelah..."jawab mereka serentak lalu berjalan menuju ke kelas mereka.
Aku mengeluh.
'Haihhh...pagi-pagi dah ada masalah.'Bisik hatiku lalu bersedia untuk memulakan mata pelajaran yang pertama iaitu,Sejarah.
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...