Bab 4

30.6K 1.3K 20
                                    

Ketika Cikgu Nor mengajar,aku langsung tidak menumpukan perhatian.Sebab apa?Sebab aku asyik memikirkan hal yang berlaku semalam.

'Aishhh,malunya...agak-agak mesti dia marah kat aku dan kalau dia denda aku cam mana? Arghhh!'

Tanpa disedari waktu sudahpun menunjukkan 9:30 iaitu merupakan FAVOURITE TIME bagi semua pelajar sekolah ini.

Lalu akupun segera melangkah keluar dari kelas namun langkahku terhenti apabila tudungku ditarik kasar oleh seseorang nenyebabkan aku memusingkan badan ke belakang dan orang itu ialah...

'Adriana.'

"Apa masalah kau?"

"Apa masalah kau?!aku sepatutnya yang tanya apa masalah kau?!"

"Apa lagi?aku tak fahamlah?!"balasku dengan berani.

"Jangan nak pura-pura tak faham!aku tau kau sengaja jatuh kat atas badan Hakimi semalam kan?!"kata Adriana sambil menunjal kepalaku kasar dan tangan kanannya sudah diangkat untuk sedia dilayangkan pada pipiku. namun tangannya telah ditahan oleh seseorang...dan orang itu....

'Muhammad Asyraf,PENOLONG KETUA PENGAWAS.'

-----

Aku berjalan keluar dari kelasku dan terus menuruni anak tangga untuk ke bilik guru dan tiba-tiba aku terdengar seperti ada pergaduhan berlaku.Aku menuruni anak tangga dengan lebih cepat dan aku ternampak seorang pelajar nyaris ditampar oleh Adriana iaitu merupakan rakan sekelasku dan 'girlfriend' kepada Hakimi.

"Adriana?!apa yang awak buat ni?!"tanyaku sambil memegang tangan Adriana.

"Asyraf?!"adriana terkejut lalu serta merta tangannya ditarik daripada genggamanku.aku memandang matanya tajam.Kemudian Adriana pun segera beredar dari tempat itu meninggalkan kami berdua.

"Awak okey?"tanyaku kepada gadis yang berada di hadapan ku ini.

'Dia pakai kasut hitam,mesti pelajar memengah bawah.'bisik hatiku sambil memandang nametagnya.

'Nur Najwa.'

"Saya okey."kata Najwa sambil membetulkan tudungnya yang agak tidak teratur itu.

"Apa yang berlaku tadi?"soalku ingin tahu.walaupun aku dah tahu tentang tu sebab budak ni lah yang langgar Hakimi semalam.

"Takda apa-apalah."jawabnya seperti ingin melarikan diri daripada aku.

"Saya tau awak yang langgar Hakimi semalam.sebab tu Adriana cari awak.yelahhh,awak taulah Adriana tu sapakan...so kalau dia jumpa awak lagi,bagitau je kat saya."kataku sambil menundukkan kepalaku.pendek.ya,pendek.tinggi dia langsung tak sampai bahu akupun.

"Saya rasa tak perlu sebab nanti takut Kak Aisyah salah faham."kata Najwa.Aisyah?kenapa dengan Aisyah?Aku hairan.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now