"Hakimi,mana Najwa?"tanya bonda dengan tiba-tiba.
Aku tersentap.
"Tadi,bonda macam ada nampak Najwa kat sekolah waktu bonda nak balik...takkan lah kamu tinggalkan dia kat sekolahkan?"soal bonda lagi.
Lagi sekali aku tersentap.
Aku menundukkan wajahku.tidak berani untuk bertentang mata dengan bonda.ya.sekarang ni bonda sedang berdiri dihadapan ku dengan wajahnya yang tegang.
"Muhammad Wang Hakimi!"jerit bonda dengan lantang.
"Bonda tanya sekali lagi,mana Najwa?!"
Aku diam.
"Kamu tinggalkan dia kat sekolah?!"
Bonda mengeluh lalu memandang tajam kearahku.
"Apa bising-bising ni?"tanya ayah yang baru sahaja memasuki rumah kediaman kami.
"Kenapa ni,Hakimi?tiba-tiba je bonda kamu ni naik singa?soal ayahku.
Namun,aku hanya mendiamkan diri.
Dengan bunyi guruh yang kuat dan hujan yang turun dengan lebat membuatkan suasana kelihatan lebih tegang.
"Sekarang ni bonda nak kamu pergi cari Najwa dekat sekolah SEKARANG!"kata bonda dengan wajah yang agak kemerahan kerana perasaan marah.
Akupun segera mencapai kunci kereta milikku dan berlari menuju ke garaj kereta kerana hujan yang lebat.
Aku menghidupkan enjin kereta lalu terus menekan pedal minyak.
Marah.itulah perasaanku ketika ini.
-----
Aku membaringkan diriku diatas lantai kelas dan membantalkan beg sekolahku.
Sejuk yang teramat membuatkan seluruh badanku menggeletar oleh kerana tiupan angin yang kuat diluar.
Aku memeluk lututku dengan erat agar dapat menghangatkan suhu badanku.
Setitis demi setitis air mataku jatuh mengalir keluar membasahi pipiku.
"Mak...abah..."gumamku perlahan.
Air mataku semakin deras apabila cahaya kilat yang memancar dengan laju dan menyebabkan lampu-lampu yang terpasang di koridor sekolah terpadam.
Gelap.
Aku menutup mataku dengan rapat kerana takut untuk melihat kegelapan disekelilingku.
-----
Aku berjalan melintasi setiap kelas untuk mencari Najwa dan tiba-tiba semua lampu yang terpasang di setiap koridor terpadam.
Aku menyeluk poket seluarku dan mengeluarkan i-phoneku lalu memasang 'torchlight'.
Hampir semua kelas telah aku cari namun langsung tiada kelibat Najwa.mestilah takda,semua kelas berkunci!
Perasaan risau mula hadir dalam hatiku.
Aku menaiki tangga lalu segera berjalan ke kelasku.ya,hanya satu kelas yang tak berkunci dan kelas tu kelas aku!
Aku dapat rasakan yang dia ada kat sana.
Aku segera berlari dan tiba di depan pintu kelasku,hampir luruh jantungku apabila melihat....
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...