Tapi mulai sekarang, Najwa… Aku tak akan berlembut dengan kau lagi budak sial! Aku tak akan bagi kau rampas Hakimi daripada aku! Kau takda hak langsung!
Adriana menggenggam penumbuk. Rasa marah menyelubungi dalam dirinya manakala Hakimi masih lagi membelakangi Adriana. Dia termenung langsung tidak menghiraukan apa yang Puan Aminah sedang katakan. Dalam otaknya masih lagi segar akan situasi tadi di mana dia telah berjumpa dengan Nabil.
Nabil nak rampas isteri aku? Jangan harap! Aku tak akan lepaskan dia langsung!
(Flashback)
Hakimi berjalan untuk mencari isterinya, Najwa. Dia mahu berbincang dengan gadis kecil itu. Kepalanya bergerak ke kiri dan kanan mencari susuk tubuh gadis kecil itu. Ketinggiannya yang mencecah 189cm itu telah membuatkannya senang untuk melihat orang ramai namun apabila dia tidak menjumpai Najwa di kawasan itu, di mula melangkah menuju ke khemah bagi pelajar perempuan. Pasti isterinya yang baru dinikahinya itu berada di sana. Namun, belum sempat dia mengatur langkahnya ada tangan yang menahan bahunya dari belakang daripada pergi.
Dia menoleh. Nabil.
“Kau nak apa?” Soal Hakimi tanpa perasaan namun masih terselit nada tegas.
“Aku nak bincang dengan kau.” Jawab Nabil. Sama seperti Hakimi, dia juga tidak menunjukkan sebarang riak. Dua-dua menunjukkan wajah ketat.
“Nak bincang pasal apa?” Hakimi memasukkan kedua belah tangannya dalam poket seluarnya.
Dia menoleh ke sisinya untuk memastikan Adriana tidak berada berdekatan dengan mereka berdua. Dia risau yang teman wanitanya itu mendengar apa yang dibincangkan oleh dia dan Nabil. Dia belum bersedia lagi untuk membongkarkan rahsia yang disimpannya selama ini kepada Adriana walaupun hakikatnya dia juga mula mencintai gadis kecil itu. Entah bagaimana dia boleh menyukai gadis yang selalu didenda olehnya di sekolah. Mungkin kerana dirinya yang sudah menjadi seorang suami yang sah kepada Najwa.
Tipulah dia tidak terjatuh cinta akan Najwa kerana Najwa kini merupakan isterinya yang sah dan mereka tinggal sebumbung. Susah untuk dia menghalang dirinya untuk tidak menyukai Najwa.“Kau nak bincang pasal apa?”
“Aku nak bincang pasal Najwa.”
“Aku dah tahu yang kau abang kandung isteri aku. Patutlah selama ini kau selalu pergi kelas 3A tu, sebab nak tengok adik kandung kau rupanya. ” Hakimi memulakan perbincangan mereka.Dia tersenyum sinis.
“Hmmm, baguslah kau dah sedar.” Mata Nabil tajam menikam mata Hakimi yang boleh dikatakan merupakan adik iparnya walaupun mereka di usia yang sama.
“So, apa tujuan kau nak bincang dengan aku?”
“Aku nak kau lepaskan Najwa, keluarga aku nak dia balik ke pangkuan kami semula.” Ringkas sahaja permintaan Nabil namun tidak ringkas bagi Hakimi kerana permintaan itu sangat sukar untuk ditunaikan olehnya. Hal ini kerana dia baru sahaja mengikat tali perkahwinan dengan Najwa pada bulan lalu. Susah untuk dia melepaskan Najwa kerana dia telah mencintai Najwa.
Hakimi mendekatkan dirinya kepada Nabil. Ketinggiannya yang hampir separas dengan Nabil telah mumudahkan dia untuk berbisik di telinga Nabil.
“Untuk permintaan kau, aku tak akan tunaikannya. Aku berhak buat apa sahaja terhadap Najwa sebab dia isteri aku yang sah dan kau hanyalah abang kandung dia yang baru sahaja mengaku status diri kau. Kenapa baru sekarang kau nak jaga Najwa? Kenapa tak dari dulu sahaja? Aku tak sangka Najwa yang kena buang masa kecik dulu, sekarang keluarga kandung dia nak ambil dia balik.” Hakimi berbisik kepada Nabil.
Mendengar kata-kata yang dikatakan oleh Hakimi, Nabil menjadi geram. Panas hatinya ketika ini. Rahangnya bergerak-gerak menandakan dia sedang menahan marah. Matanya tajam menusuk ke dalam mata Hakimi.
“Aku ulang, aku tak akan lepaskan Najwa.”
Nabil diam.
“Kenapa?marah? Kenapa nak marah? Bukan keluarga kau sendiri ke yang buang dia masa Najwa kecil. Buang dekat sepasang suami isteri yang hidup susah. Buat Najwa hidup merana, kau pula hidup serba kaya, mampu beli apa sahaja yang kau inginkan. Kau ada tak fikir apa yang Najwa lalui selama ni?” Hakimi cuba membangkitkan kemarahan Nabil.
Dia tahu yang Najwa telah dibuang oleh keluarga Nabil sendiri kepada Encik Abdul ‘Alim Yamin. Lelaki tua itulah yang telah menjaga dan membesarkan Najwa selama ini. Sebab kenapa keluarga Nabil terpaksa membuang Najwa dia tidak tahu kerana tidak terdapat dalam dokumen yang telah Bondanya simpan. Ya, dia tahu segala apa yang terjadi akan diri Najwa melalui dokumen yang telah disimpan oleh Bondanya sendiri di pejabat. Dia telah membaca segala maklumat isterinya itu.
“Kau, kalau tak tahu apa-apa pasal keluaraga aku, tak payahlah pura-pura tahu yang kau tu kenal Najwa tu sangat! Lagi satu aku tak minta banyak Hakimi, aku nak kau lepaskan Najwa je, lagipun kau bukannya suka adik aku! Please! Jangan seksa perasaan Najwa! Jangan seksa perasaan Adriana juga Hakimi, dah lama kau bercinta dengan Adriana tu, takkan kau nak lukakan perasaan dia lepas dia tahu yang kau dah kahwin dengan adik aku! ” Nabil kesal terhadap tindakan Hakimi kerana dia tidak mahu melepaskan Najwa supaya kembali terhadapnya.
“Aku pasti yang Adriana tak akan tahu akan perkahwinan ni.”Nada suara Hakimi mula menurun selepas Nabil mula membangkitkan nama Adriana.
“Kau pasti? Lambat-laun dia akan tahu jugaklah Hakimi! Lagipun kau bukannya suka adik aku! Kenapa kau mesti simpan dia? Lagi satu, kalau kau tak tahu kenapa keluarga aku terpaksa buang Najwa dulu, aku nak kau tutup mulut kau!” Nabil memberi amaran sambil jari telunjuknya tajam menunjuk di dada Hakimi.
Hakimi tersenyum sinis.“Kenapa aku mesti tutup mulut aku? Memang betullah yang keluarga kau buang dia sebab dia pembawa sial yang buat hidup keluarga kau susah!” Hakimi tergelak puas.
“Kau ni!” Nabil menggenggam baju Hakimi. Kemarahan yang ditahannya sejak tadi kini kian memuncak. Dia tidak dapat menahan kemarahannya akan apa yang Hakimi telah katakan sebentar tadi.
“Kalau kau tak nak aku jadi suami Najwa sekarang ni, kenapa masa majlis akad nikah aku dengan Najwa dulu, kenapa ayah kau hantar wakil supaya jadi wali untuk majlis akad nikah tu? Masa tu keluarga kau sendiri bagi kebenaran dekat keluarga aku untuk aku nikahkan Najwa tanpa pengetahuan Najwa sendiri yang dia ada keluarga kandung sendiri.” Ujar Hakimi sinis.
Nabil tidak menjawab. Dia hanya diam. Dia tidak dapat memberitahu Hakimi bahawa pada ketika itu keluarganya belum lagi sedia untuk memberitahu tentang perkara yang sebenar kepada Najwa kerana mereka bimbang yang Najwa akan rasa tertekan akan perkara ini kerana Najwa baru sahaja kehilangan ayah angkatnya.
“Kalau kau sendiri tak nak lepaskan Najwa, biar aku sendir yang ambil Najwa dari kau!” Setelah itu, Nabil segera meninggalkan Hakimi berseorangan di situ.
(End flashback)
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...