Bab 48

21.6K 1K 135
                                    

Najwa terkedu seketika. Jantungnya yang tadi berdegup kencang gara-gara terkejut akan keadaan Aiden, kini semakin berdegup laju setelah melihat Puan Aminah iaitu ibu mentuannya sedang berdiri dihadapan khemah tika ini.

"Aiden? Najwa? Kenapa kamu berdua berada di dalam ni?!" Soal Puan Aminah lantang. Terkejut dirinya apabila melihat keadaan Najwa dan anak buahnya itu. Di mana lengan Aiden berada di bahu Najwa dan tambahan lagi mereka berdua di kawasan yang tertutup.

"B-Bonda, maafkan saya. Sebenarnya...-" Bahu kiri Najwa ditepuk oleh Aiden tiba-tiba.

"Shhhh... Biar saya yang jelaskan." Bisik Aiden di telinga Najwa. Anak mata mereka berdua bertentangan seketika seakan Aiden sedang memberikan isyarat bahawa dia akan jelaskan perkara sebenar kepada Puan Aminah.

"Sebenarnya tadi saya dan Najwa pergi ke khemah ni untuk ambilkan khemah tambahan untuk Najwa dalam beg saya. Lagipun sebab Najwa takda khemah dan kebetulan saya ada bawa khemah jadi saya cuma nak tolong dia dengan pinjamkan khemah saya. Dan masa saya ambik khemah tu, kaki saya macam terpijak batu dan menyebabkan kaki saya terseliuh jadi sekarang ni Najwa cuma nak tolong saya." Jelas Aiden kepada Puan Aminah.

Puan Aminah mengangguk faham. Lagipun dia tak kisah pasal hal ini memandangkan Aiden merupakan anak buahnya merangkap sepupu Hakimi.

"Sudah. Jadi, kaki kamu sekarang ni masih terseliuh ke?" Soal bonda prihatin. Terjenguk-jenguk dia ke dalam khemah dibuatnya untuk melihat keadaan kaki Aiden.

Najwa yang sekadar mendiamkan diri mula tersenyum kecil apabila melihat reaksi bonda yang menerima penjelasan Aiden itu. Terdapat beberapa orang pelajar yang berada di luar khemah yang sedang memandang kearah dia dan Aiden.

'Ya Allah, janganlah ada Hakimi kat luar tu.'

Risau Najwa dibuatnya sekiranya ada Hakimi dan pastinya yang paling Najwa takutkan ialah bagaimana kalau Hakimi akan salah faham akan hal ini? Hati Najwa mula tidak tenteram.

"Firdaus, Syahmi. Mari tolong papah Aiden pergi khemah rawatan. Hati-hati. Kaki dia terseliuh tu. Nanti panggil Cikgu Nabila untuk rawat kaki Aiden." Arah Puan Aminah. Dia kemudian memberi laluan kepada dua orang pelajar lelaki itu untuk masuk ke dalam khemah yang menempatkan Najwa dan Aiden untuk membantu Aiden.

Perlahan-lahan Najwa melepaskan pautan lengan sasa Aiden di atas bahunya jatuh ke bawah. Dia tersenyum.

"Jumpa nanti." Aiden membalas senyuman manis tersebut lalu mengenyitkan matanya sebelum dia mula dipapah oleh Firdaus dan Syahmi ke luar khemah menuju ke khemah rawatan.

Aiden berasa kecewa sedikit kerana bukan Najwa, gadis yang mencuri hatinya itu yang memapahnya.

'Takpa Aiden, masih ada banyak masa lagi untuk kau ambil perhatian Najwa sebelum kau miliki dia sepenuhnya.' Bisik hati Aiden. Dia dipapah keluar dan matanya kini betul-betul bertentangan dengan Hakimi,sepupunya. Riak wajah Hakimi kini nampak sungguh merah seperti menahan marah. Jelas sekali urat-urat yang timbul di sekitar rahang dan lengannya yang menunjukkan bahawa dia sedang marah dan cemburu ketika ini.

Sungguh dia terkejut akan hal yang berlaku diantara isteri dan sepupunya itu. Nampaknya, tidak sia-sialah dia mengikutkan bondanya untuk mengawasi pelajar sekiranya ada yang berada di khemah tadi. Ternyata tekaannya betul bahawa isterinya itu bersama Aiden kerana di tapak berkumpul bagi pelajar langsung tiada kelibat mereka berdua.

Aiden menjeling Hakimi sambil tersenyum sinis.
Lalu meninggalkan Hakimi yang dalam keadaan cemburu masih menguasai diri itu. Manakala Najwa pula yang keluar dari khemah tersebut terus ditegur oleh bonda tanpa dia mengetahui kewujudan Hakimi yang berada beberapa meter dihadapannya.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now