Aku mendongak.
Kelihatan Hakimi sedang memandang aku dengan pandangannya yang redup. Wajahnya yang seakan sungguh ikhlas menyebabkan aku terpaku. Tangannya yang besar serta menampakkan urat-urat hijau kebiruan menyerlahkan lagi kelakiannya.
Nak sambut ke tak?
Aku ragu-ragu.
"Lain kali,kalau nak jalan tu pakai mata bukannya pakai lutut. "Katanya dingin lalu menarik lengan kanan ku agar berdiri semula.
Aku mencebik.
"Ada ke orang jalan pakai mata? Setahu saya semua orang guna kaki untuk berjalan. "Balasku. Terasa puas.
Dia diam. Lalu menjelingku tajam.
Aku tersenyum sendiri. Lucu akan perangai Hakimi.
"Kau dah pilih buku ke? Aku dah nak bayar ni. "Katanya sambil membelek beberapa buah buku yang berada di tangannya. Aku melihat buku-buku yang telah dipilih olehnya.
Add maths, biology, physics, chemistry dan banyak lagi. Dia kan dari kelas aliran sains. Memang patut pun dia beli buku tu.
Dia memandangku dan lambat-lambat aku cuba mengangguk lalu segera mencapai semua buku yang telah tercampak tadi di atas lantai.
Selesai mengutip buku-buku itu, aku segera mengekori langkah Hakimi untuk ke kaunter pembayaran yang tidak jauh dari sini.
Tiba di kaunter pembayaran, aku cuba untuk meletakkan semua buku-buku yang telah dipilih olehku sebentar tadi di atas meja kaunter tersebut,namun apakan daya kaunter tu tinggi!
Aku cuba menjengketkan kakiku.
Aku memandang kearah lelaki yang sedang menjaga kaunter pembayaran tersebut. Dia tersenyum memandang aku lalu dia menghulurkan tangannya kearahku untuk membantuku.
Aku membalas senyumannya dengan ikhlas dan tiba-tiba sahaja ada tangan yang mengambil semua buku yang berada didakapanku lalu diletakkan di atas meja kaunter. Ya, tangan itu kepunyaan Hakimi.
"Jangan nak menggatal. "Bisiknya lalu menolak badanku kebelakangnya dan kelihatan wajah lelaki yang menjaga kaunter tersebut menjadi kelat. Mungkin perasan akan tingkah laku Hakimi yang menolak aku kebelakang badannya.
Aku mencebik.
"Adik kau ke bro? "Soal lelaki itu kepada Hakimi. Adik? Owhhh, mungkin dia maksudkan aku kot.
"Comel. "Katanya lagi. Ahaks! Ada orang kata aku comel. Hehe... Malunya. Mungkin sekarang ni pipi aku dah jadi merah kot.
Hakimi hanya sekadar mendiamkan diri. Langsung tidak menjawab soalan lelaki tadi yang diajukan kepadanya.
Aku tersenyum sendiri. Kalaulah dia tahu aku ni sebenarnya seorang isteri kepada lelaki yang berada dihadapannya itu. Tapi perkara itu sangat mustahil. Yelah, Hakimi tak mungkin akan mengaku yang aku ni isteri dia. Adriana je yang ada kat dalam hati dia tu. Cemburu? Isteri mana yang tak cemburu tengok suami dia bercinta dengan perempuan lain. Tapi aku redha sekiranya dia nak kahwin dengan Adriana dan mungkin perkara tu akan terjadi juga.
Hakimi menoleh kebelakang lalu memandang kearahku.
Dia menunduk.
Dan...
Aku mendongak.
Kami bertentangan mata.
"Sayang, apa kata sayang tunggu kat luar sekejap. Abang nak bayar buku ni. "Kedengaran sungguh lembut suara dia menuturkan ayat tersebut menyebabkan aku tergamam. Berasa pelik akan sikap Hakimi yang tiba-tiba sahaja berubah menjadi seorang yang lembut.
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...