Bab 53

23.5K 2K 408
                                    

Aku memerhati setiap perbuatan isteriku dengan hati yang sakit. Teramat sakit. Bayangkan, apakah perasaan seorang suami apabila melihat isterinya dikelilingi oleh lelaki. Dah semestinya jawapannya sakit. Perit. Aku menoleh ke tempat lain.

" Kenapa dengan you ni?" Soal Adriana dengan perasaan risau apabila melihat Hakimi yang kelihat cuba menahan sabar.

"Takda apa-apa. I okey. You pergilah siapkan diri you dulu. Aktiviti kita tak lama lagi nak mula ni." Hakimi dengan perlahan-lahan meninggalkan Adriana di situ.

Dia juga perlu bersiap sedia untuk menguruskan aktiviti jungle trekking yang akan dibuat nanti.

-----

Tepat pada pukul 9:00 semua pelajar telah berkumpul di tempat yang telah ditetapkan. Mereka disuruh berkumpul setelah selesai bersarapan. Pada masa itu, semua pengawas yang bertugas, sibuk menguruskan aktiviti yang hendak dijalankan iaitu jungle trekking. Mereka bertanggungjawab dalam menyediakan dan menyiapkan
segala peralatan yang diperlukan untuk semua pelajar yang menyertai aktiviti ini.

Kelihatan Hakimi dan Asyraf yang memegang jawatan tertinggi pengawas itu sibuk menjalankan tugas mereka.

"Baiklah, nampaknya semua pelajar telah berkumpul. Di sini, saya selaku pemimpin kamu semua dalam aktiviti ini sangat berharap agar kamu semua sentiasa berhati-hati dan bekerjasama dalam kumpulan. Hal ini kerana saya tidak mahu sebarang kecederaan berlaku kepada pelajar-pelajar saya. Sekian, terima kasih." Padat dan ringkas sahaja kata-kata yang telah diucapkan oleh Puan Aminah sebentar tadi dan kemudian Hakimi pula mula bersuara.

Semua pelajar menumpukan perhatian.

"Semua pelajar, tolong duduk dengan ahli kumpulan kamu semua iaitu seperti yang telah ditetapkan. Aktiviti bagi jungle trekking ini akan dibuat secara berkumpulan." Lantang suara Hakimi bersuara.

Aku kemudian bergerak mencari keberadaan Nabil, Aiden, Haziq dan Qayyum. Aku menuju ke tempat mereka lalu duduk di di antara Nabil dan Aiden.

"Awak pasti awak nak ikut aktiviti ni?" Soal Nabil tiba-tiba.

Aku menoleh.

"Kenapa awak tanya?"

"S-Saya cuma risaukan keadaan awak. Ermmm, maksud saya kesihatan awak. " Kata Nabil dengan wajah yang risau.

Aku terdiam seketika.

Ya, aku ada masalah pernafasan sejak kecil, sebab tu ayah tak pernah bagi aku ikut aktiviti yang lasak sebab takut masalah pernafasan aku datang balik masa buat aktiviti tu.

Nabil pula memandang Najwa dengan hati yang gelisah. Ya, dia takut sekiranya ada apa-apa yang terjadi dengan adik kesayangannya masa aktiviti jungle trekking nanti. Sebenarnya dia dah lama tahu yang Najwa memang ada masalah pernafasan kalau letih sangat.

" Tak boleh ke kalau awak tak perlu ikut? Saya boleh je temankan awak untuk tinggal kat sini."

"T-Tapi..." Najwa terdiam seketika. Wajah kesedihan mula terpapar di wajahnya. Tiada garis senyuman langsung.

" Najwa, kesihatan awak lebih penting tau, saya tak nak apa-apa yang buruk terjadi dengan awak sebab nanti takut mak dengan ayah-.." Kini Nabil pula terdiam.

'Macam mana boleh terlepas cakap ni?!'

"Kenapa dengan mak dan ayah?" Najwa berasa pelik.

"Ermm, takda apa-apalah. Okey, kalau awak nak ikut juga, pastikan awak selalu dekat dengan saya masa jungle trekking nanti." Nabil memegang lengan Najwa. Risau betul dia akan adik kesayangannya itu.

" Mestilah saya akan selalu dengan awak. kitakan sama kumpulan. Hehehe." Najwa tersengih menunjukkan gigi putihnya yang rata.

Nabil juga turut tersenyum menunjukkan lesung pipitnya sama seperti Najwa. Maklumlah adik-beradik katakan.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now