Bab 57

12.4K 572 34
                                    

"Kalau boleh aku bukan setakat nak sayangkan dia malah aku nak cintakan dia, ya aku nak cintakan dia bukan hanya sebagai abang tapi lebih dari tu."

Qayyum tergamam.

Nabil cintakan Najwa.

"N-Nabil apa maksud kau ni? A-Aku rasa kau dah rasa keliru ni." Wajah Qayyum yang kelihatan pucat itu telah membuatkan Nabil ketawa besar.

"Weyhhh, aku tak sangka yang kau percaya dengan kata-kata aku tadi. Takdelah, aku main-main je lah. Aku belum gila lagi nak suka Najwa lebih dari seorang adik." Ujar Nabil. Dia merangkul bahu Qayyum dengan lengannya panjang lalu menepuknya perlahan-lahan.

Qayyum mengeluh.

"Kau ni suka sangat buat aku sakit jantung." Qayyum mencebik. Dia mengembungkan pipinya supaya kelihatan comel.

"Alaaa, sudahlah. Jom, ikut aku. Aku tahu kau pun nak pergi kelas adik aku sebab nak tengok 'orang' tu kan?" Nabil menaikkan keningnya beberapa kali. Sengaja dia mengusik rakannya itu. Hal ini kerana Nabil tahu yang Qayyum sukakan seorang gadis yang berada sama kelas dengan Najwa.

"Nak aku sebut nama dia? Hmmm, nama dia Faz-..." Belum sempat Nabil menyebut nama gadis kesukaan Qayyum itu, Qayyum telah mengunci mulut Nabil dengan meletakkan tapak tangannya di mulut Nabil.

"Kau jangan nak cari masalah dengan aku, kalau tak lepas ni aku tak nak dah teman kau pergi mana-mana!" Qayyum cuba mengugut Nabil. Dia tahu kelemahan Nabil adalah adik perempuannya.

Nabil segera mengangukkan kepalanya beberapa kali dan memberi isyarat kepada Nabil untuk melepaskan tangannya.

Perlahan-lahan Qayyum melepaskan tangannya dari mulut Nabil.

"Qayyum suka Fazieda!" Nabil bersuara lantang. Hal ini telah membuatkan Qayyum tergamam. Tidak sangka yang Nabil akan membocorkan rahsianya yang disimpan selama ini dihadapan pelajar lain.

"Woi, monyet!"Qayyum menjerit kegeraman manakala Nabil telah menjauhkan diri dari Qayyum. Dia tahu Qayyum sedang marah ketika ini.

Baru sahaja Nabil mahu keluar dari kelas, dia telah melanggar tubuh seseorang.

"Aduhhh!" Nabil mengerang kesakitan kerana dahinya telah terlanggar sesuatu. Dia membuka matanya dan kelihatan Hakimi dihadapannya yang juga merasa kesakitan.

"Sorry, Hakimi. Tak sengaja." Nabil memohon maaf.

"T-Takpe. Sakit sikit jer." Hakimi membalas.

"Kau pasti okey ke Hakimi? Aku tengok Nabil macam langgar kau kuat tadi." Soal Qayyum risau.

Hakimi hanya mengangguk dan tersenyum menandakan dia okey.

"Korang berdua nak pergi mana ni?" Soal Hakimi pula.

Nabil kaku seketika dan menjeling kearah Qayyum untuk mencari alasan. Sejujurnya, Nabil tidak mahu Hakimi tahu yang dia ada adik perempuan dalam sekolah ni.

"Ermmm, kita orang nak pergi check setiap kelas, lagi-lagi kelas junior tu sambil tu kami berdua nak hantar senarai nama pengawas baru ni dekat Puan Aminah. " Qayyum memberi alasan yang munasabah.

"Kau dah check semua senarai nama tu?" Hakimi mencapai kertas yang dipegang oleh Qayyum. Dia hendak memeriksannya semula. Lagipun dia tak nak salah pilih calon pengawas.

"Dah. Bagi aku semua calon okey, takda yang bermasalah. Lagipun kau tahulah sekolah kita ni kebanyakkannya pelajar yang baik dan berpelajaran." Qayyum memberi penjelasan kepada Hakimi.

"Hmmm, okey baguslah macam tu. Takpa biar aku sendiri hantar senarai nama ni dekat Bonda dan korang berdua stay je dalam kelas sebab aku dan Adriana dah pantau setiap kelas tadi lagipun cikgu dah nak masuk kelas ni." Hakimi menghalang Nabil dan Qayyum keluar dari kelas. Dia berjalan masuk ke dalam kelas menuju ke tempat duduknya.

Hakimi tersenyum sinis. Dia tahu Nabil dan Qayyum bukan nak buat pantauan tapi mereka berdua nak pergi kelas Si Najwa tu. Dia pelik sebenarnya kenapa Nabil begitu mengambil berat tentang budak perempuan tu. Lagipun setahu dia, budak tu tidak berkemampuan untuk masuk sekolah ni kerana memerlukan
bayaran yang mahal untuk bersekolah di sini. Biasalah, private school. Hanya orang kaya dan mempunyai keputusan akademik yang baik sahaja yang mampu masuk sekolah ini.

Najwa. Najwa. Beberapa kali nama itu berlegar di otaknya. Apa hubungan budak tu dengan Nabil? Kenapa Nabil sanggup tolong dia secara diam-diam?
Dia tahu. Ya, dia tahu segala kelakuan Nabil iaitu apa yang dibuat oleh Nabil terhadap Najwa. Setiap hari Nabil akan melintas ke kelas budak tu.

Hakimi duduk di tempat duduknya. Jiwanya berasa tenang dan gembira bila memikirkan tentang Adriana.
Dia baru sahaja menjalinkan hubungan cinta dengan Adriana sebulan yang lalu setelah sekian lama menaruh hati terhadap gadis itu.

Manakala Nabil dan Qayyum juga kembali ke tempat duduk mereka untuk memulakan sesi pembelajaran memandangkan cikgu akan masuk ke kelas tidak lama lagi. Rancangan yang selalu dilakukan terpaksa dibatalkan memandangkan Hakimi menghalangkan.

Terpancar wajah kesedihan Nabil.

"Dahlah tu, nanti masa rehat kita pergi tengok dia." Qayyum memujuk.

Nabil mengangguk.

"Hmmm, yelah."

-----

KRINGGG!

Bunyi loceng yang kuat menandakan selesailah sudah sesi pembelajaran hari ini.

Kelihatan Nabil bergegas menyusun buku-bukunya dan dimasukkan ke dalam beg secara kelam-kabut.

"Kau dah kenapa nak cepat-cepat ni? Bukannya kereta Audi R8 kau tu nak kena curi pon." Qayyum bersuara lepas memerhatikan tingkah-laku Nabil yang tidak tentu arah itu.

"Aku nak bagi Najwa sesuatu."

"Kau nak bagi apa?"

"Ni." Nabil menunjukkan sebuah dompet berwarna pink di tangannya.

"Siapa punya dompet kau ambil ni?" Soal Qayyum hairan.

"Najwa."

Selesai mengemas barangnya, Nabil terus berlari keluar untuk mencari Najwa.

"Aku gerak dulu. Tunggu aku di tempat letak kereta nanti." Pesan Nabil kepada Qayyum.

Qayyum hanya tersenyum.

Haihhh, budak ni sayang sangat dengan adik kandung dia tu.

Qayyum juga mengemas barang-barangnya tapi dengan perlahan sekali. Dia tidak tergesa-gesa seperti Nabil.

Setelah selesai, dia menutup semua suis aircond dan lampu yang terpasang dan menutup pintu depan dan belakang. Sudah menjadi rutin harian ketika dia balik sekolah untuk memastikan aircond, susi lampu dan pintu ditutup memandangkan dia dan Nabil selalu paling terakhir keluar kelas ketika waktu balik sekolah. Namun berbeza untuk hari ni, hanya dia sorang sahaja yang melaksanakan tugas tersebut, selalunya dia dan Nabil yang lakukan bersama.

Selesai mengunci pintu kelas, salah seorang pelajar yang merupakan rakan sekelasnya bertemu dengannya, Iman Nazhiff. Dia berlari sekuat hati untuk berjumpa dengan Qayyum bagi menyampaikan berita.

"Kau kenapa berlari ni?" Soal Qayyum hairan.

"Wehhh, N-Nabil..." Nafas Iman Nazhiff tercungap-cungap. Dia keletihan lepas berlari dari pagar sekolah ke kelasnya untuk berjumpa Qayyum.

"Kenapa dengan Nabil?!" Soal Qayyum panik.

"N-Nabil..."





Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now