Author minta maaf sebab lambat update😭😭😭😭 author sibuk sangat awal tahun ni.😖😖
Btw,enjoy😘😘-----
Adriana yang duduk disebelahnya dipandang lama. Dia sedang tidur sekarang ni. Sama seperti gadis yang duduk di bahagian belakang. Isterinya. Ya, isterinya yang sedang tidur beralaskan bahu lelaki lain dan bukan suaminya. Hakimi boleh nampak kelakuan Najwa memandangkan Najwa duduk di sebelah tingkap bas dan dia pulak duduk di sebelah laluan penumpang. Jadi dia boleh perhatikan isterinya dari celah tempat duduk itu.
Rasa cemburu dirasakan olehnya ketika ini. Tapi kanapa harus dia rasa cemburu? Hakimi mula menggelengkan kepalanya perlahan. Cuba untuk menghilangkan perasaannya itu. Dia tidak perlu ada rasa cemburu akan hal yang berkaitan dengan Najwa.
Baru beberapa minit Adriana melelapkan matanya di bahu Hakimi, Hakimi menyeluk handphone yang berada di dalam kocek seluar tracksuitnya. Dia rasa bosan sebenarnya memandangkan perjalanan untuk ke airport mengambil masa 45 minit lagi. Dia membuka akaun instagramnya. Kelihatan bilangan followernya meningkat sebanyak 1000 follower setelah sekian lama dia tidak membuka akaun instagramnya itu. Dari 29.7k ke 30.7k follower dan akaun yang hanya difollow olehnya kurang dari 100 orang. Boleh dikatakan dia ialah orang yang hotstuff lah jugak. Tapi Hakimi langsung tidak mengambil kisah pasal hal itu.
Jari Hakimi ligat menscroll untuk melihat hal-hal terkini di akaun instagramnya itu. Namun, tiba-tiba sahaja jarinya berhenti pada salah satu foto yang telah di'post' oleh seseorang. Di dalam gambar tersebut kelihatan seorang gadis yang amat dikenalinya sedang tidur terlentok di bahu lelaki itu manakala lelaki tersebut sedang tersenyum. Hati Hakimi terasa semakin panas apabila membaca caption yang diberikan.
'My lovely baby girl.' Baca Hakimi di dalam hati. Dia tersenyum sinis. Tidak percaya akan apa yang dilihatnya ketika ini. Nampaknya Asyraf sangat ingin mencabar dirinya.
Handphone yang dipegang Hakimi perlahan-lahan digenggam erat. Dia menoleh kebelakang sedikit untuk melihat wajah Najwa melalui celah kerusi itu dan Najwa sama seperti tadi, masih lagi dengan posisi yang sama seperti dalam gambar tersebut.
Lama Hakimi melihat Najwa sehinggalah ada suara pelajar menjerit menyebabkan Hakimi terus menoleh kehadapan semula. Adriana yang berada di sebelahnya juga turut masih statik tidur dibahu kanannya. Langsung tidak terjaga akan jeritan pelajar tadi. Tidur mati agaknya.
"Weyh!! Korang cuba tengok ni! Asyraf ambik selfie dengan budak perempuanlah!" Jerit pelajar perempuan itu. Dia sedang berdiri sambil tangannya menunjukkan handphone di tangannya yang terpapar gambar Asyraf yang tersenyum bersama Najwa yang tertidur di sebelah bahunya.
Semua pelajar di dalam bas itu terkejut.
"Eyh? Yela!" Kata seorang pelajar lelaki lagi.
"Cuba tengok ni!" Tangannya menunjuk pula handphonenya yang terpapar akaun instagramnya. Sedang menunjukkan foto Asyraf bersama Najwa.
Lalu dengan segera semua pelajar di dalam bas itu menoleh kearah belakang dimana tempat duduk Asyraf dan Najwa berada. Asyraf yang mengetahui situasi itu hanya memberikan riak kosong. Tidak mengeluarkan apa-apa suara. Bukan apa, dia hanya takut gadis kecil disebelahnya ini akan terjaga dari tidurnya. Biarlah dia tidur dalam keadaan posisi begitu.
"Amboi, Asyraf sweet nampak?"
"Weyhh, Asyraf apa ni? Ambik gambar tak ajak orang pon!"
"Alahai, comelnya sweet couple tu!"
"Tak adillah awak ni Asyraf, ada girl baru tak bagitau! Siap ada letak caption my lovely baby girl lagi."
"Wuuu, nampaknya ada couple baru lagilah selain Hakimi dengan Adriana."
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...