Sorry sebab lambat update.. 😫😫author nak minta maaf sebab tak tepati janji.. Sorry sangat2 😿jangan marah author k. Dan sebagai ganti nya author dah cuba buat yang terbaik dalam bab ni... Oklah... Selamat membaca. 😊
------
Hakimi berjalan menuju ke pejabat bondanya yang terletak di tingkat 1. Dia cuba menahan amarahnya apabila melihat kemesraan isterinya bersama Asyraf di dalam dewan tadi.
Sakit hatinya cuba dikawal ketika ini.Ketika dalam perjalanan untuk menuju ke pejabat bondanya terdapat beberapa orang pelajar yang cuba menegurnya namun tidak dihiraukan oleh Hakimi.
Dia hanya berjalan terus dan sebaik sahaja tiba di depan pintu pejabat Puan Aminah, Hakimi cuba mengetuk pintu.
Tok tok tok
Kedengaran pintu pejabat milik Puan Aminah itu diketuk oleh Hakimi. Dia amat berharap yang bondanya berada di dalam pejabat itu. Hakimi menunggu beberapa saat untuk mendengar respon dari orang yang berada di dalam bilik dan semestinya dia sedang menunggu suara bondanya, Puan Aminah dari dalam bilik itu.
"Masuk" kedenaran suara Puan Aminah menyuruh Hakimi untuk masuk.
Tanpa menunggu lama dia terus sahaja memulas tombol pintu itu lalu menolaknya. Namun, sebelum kaki Hakimi cuba melangkah masuk, satu pemandangan yang amat menyakitkan telah menyapa pandangan Hakimi iaitu dengan kehadiran sepupunya,Aiden di dalam pejabat bondanya itu.
'Apa yang dia buat kat sini? 'Bisik hati Hakimi. Badannya kaku ketika ini. Sakit hati yang dialaminya pada masa ini semakin menjadi sakit apabila melihat kehadiran seseorang yang amat dibencinya di dalam bilik ini. Sejujurnya, hubungan diantara Hakimi dan Aiden dulu sangat akrab. Namun, hubungan itu tidak bertahan lama setelah berlakunya suatu kenangan pahit diantara mereka berdua iaitu apabila Aiden pernah merampas Adriana daripada Hakimi.
Ini membuatkan Hakimi menjadi semakin dingin dan benci akan sepupunya, Aiden.Perasaan bencinya terhadap Aiden kini semakin menggunung apabila dia dapat mengetahui daripada bondanya yang dia sudah berpindah ke sekolah ini. Dia juga amat takut pada ketika ini. Ya, dia takut peristiwa pahit yang lalu berlaku untuk kali yang kedua terhadap dirinya. Tambahan pula, Hakimi dapat merasakan Aiden cuba merampas Najwa daripadanya sama seperti kejadian yang lepas dimana gadis yang dia amat cintai iaitu Adriana pernah cuba meninggalkannya hanya kerana seorang lelaki.
Puan Aminah yang baru sahaja perasan akan kemunculan anaknya di dalam pejabat itu terus menyoal Hakimi. Pandangannya yang tadi tertumpu kearah Aiden kini beralih kepada Hakimi pula. Sebenarnya dia berasa pelik dengan kehadiran Hakimi yang secara tiba-tiba di dalam bilik ini kerana selalunya anak lelakinya itu akan datang apabila dipanggil sahaja. Itupun apabila Hakimi datang berjumpa dengannya atas urusan disiplin pelajar.
"Kenapa kamu datang sini, Hakimi? "
Soal Puan Aminah kepada anak lelakinya, Hakimi. Puan Aminah sekarang ini sedang duduk di atas kerusi sambil tangannya sedang memegang pen dengan kertas-kertas yang bertaburan di atas meja. Tidak lupa juga sebuah laptop yang juga terletak di sebelah kanan Puan Aminah. Kelakuannya kini seakan tengah sibuk menguruskan hal berkaitan dengan sekolah."Saya nak cakap pasal Najwa. "Kata Hakimi dan kini dia sedang berdiri berdepanan dengan bondanya. Aiden yang berdiri di sebelahnya cuba dihiraukan kerana sekarang dia hanya mahu fokus tentang perkara yang dia ingin beritahu iaitu mengenai Najwa. Hakimi tidak mahu Najwa mengikuti lawatan ini.
Dahi Puan Aminah semakin berkerut. Dia amat hairan akan kehadiran Aiden dan Hakimi yang datang berjumpa dengannya untuk memberitahu hal mengenai menantunya, Najwa. Ya, dia masih ingat lagi apabila dia dapat berita yang amat mengejutkan bahawa ayah Najwa telah meninggal dunia dan Puan Aminah tahu yang Najwa kini sebatang kara kerana Najwa langsung tidak mempunyai ahli keluarga yang lain. Oleh kerana Puan Aminah tidak mempunyai anak perempuan dia telah memutuskan untuk mengambil Najwa sebagai anak angkat dan membawa Najwa untuk tinggal bersama dengannya.Namun, setelah difikirkan semula dia mempunyai anak lelaki iaitu Hakimi yang tinggal bersama dan ianya tidak manis apabila Najwa dan Hakimi tinggal sebumbung. Oleh itu, Puan Aminah cuba mengahwinkan mereka berdua secepat yang mungkin untuk mengelakkan daripada sebarang fitnah berlaku terhadap keluarga mereka.
"Jadi, kenapa dengan isteri kamu? "Soal Puan Aminah terhadap Hakimi. Dia memandang Hakimi seketika dan kemudian pandangannya beralih kepada Aiden.
"Dan... Kamu Aiden, tadi kamu nak cakap pasal Najwa juga kan? "Soal Puan Aminah lagi namun kini soalan itu ditujukan pula kepada Aiden. Ya, tadi sebelum Hakimi datang ke pejabatnya, Puan Aminah ada meminta untuk berjumpa dengan Aiden di dalam pejabatnya untuk menanyakan sesuatu iaitu hal mengenai Najwa. Sebenarnya Puan Aminah tahu kenapa Najwa tak balik kerumah semalam. Nasib baiklah Aiden ada menelefon dia dan memberitahu yang Najwa pada masa itu berada di rumahnya. Puan Aminah juga sebenarnya agak terkejut dengan berita yang baru disampaikan itu sehingga dia berasa pelik bagaimana Najwa boleh bersama dengan Aiden. Selain itu, Aiden juga ada memberitahu dia yang Aiden mahu berpindah sekolah ke sekolah yang sama dengan Najwa. Selepas mengetahui perkara tersebut, Puan Aminah pun sengaja bertanya anaknya di mana Najwa dan Hakimi hanya menjawab yang isterinya tidur di rumah kawannya, Amni.
Di dalam fikiran Puan Aminah pada masa ini ialah tentang Aiden yang sungguh mengambil berat tentang Najwa ketika ini. Dia masih lagi tertanya- tanya bagaimana Aiden dan Najwa boleh kenal? Sedangkan mereka berdua dari sekolah yang berlainan dan Puan Aminah juga perasan akan tingkah laku Hakimi yang kini semakin dingin dan seperti tidak suka akan Aiden. Sedangkan hubungan mereka berdua dulu sangatlah rapat. Apa yang berlaku sebenarnya? Takkanlah sebab perempuan yang bernama Adriana itu? Ya, Puan Aminah juga tahu tentang hubungan antara anaknya dan Adriana itu. Selepas sahaja dia mengetahui hubungan yang terjalin antara Hakimi dan Adriana itu, terus Puan Aminah menukar kelas perempuan yang bernama Adriana itu ke kelas 5 sains B. Walaupun Puan Aminah tahu yang Adriana itu merupakan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Namun dia harus mengelakkan daripada anaknya menjadi terlalu rapat dengan budak perempuan itu. Hal ini bukan dia tidak suka akan Adriana tetapi kerana Hakimi kini sudah mempunyai isteri membuatkan dia terpaksa melakukan sedemikian.
Namun, dengan kehadiran Aiden yang mengambil berat tentang Najwa itu telah sedikit demi sedikit cuba merubah fikiran Puan Aminah untuk memberi laluan kepada Aiden untuk membahagiakan Najwa. Hal ini kerana dia sungguh jelas akan sikap Aiden yang sungguh penyayang dan prihatin. Jadi, dia rasa lelaki seperti Aiden amatlah sesuai untuk Najwa. Ini kerana dia berasa terhutang budi terhadap ibu Najwa iaitu arwah Siti Mariam suatu ketika dulu dan membuatkan dia berjanji terhadap arwah akan cuba menjaga anaknya, Najwa setelah dia sudah tiada nanti. Peristiwa itu telah berlaku ketika Najwa masih lagi di dalam kandungan arwah Siti Mariam.
Oleh sebab itulah, Puan Aminah dengan sedaya upaya cuba mencari keberadaan Najwa dahulu dan setelah mengetahui di mana Najwa berada, terus Puan Aminah memberikan surat tawaran untuk masuk ke sekolah yang didirikan olehnya pada ketika ini dan sememangnya Najwa amatlah layak untuk ke sekolah ini kerana keputusannya yang sangat cemerlang yang diperolehinya itu.
Puan Aminah memandang kearah dua orang pelajar lelaki yang sedang berdiri di hadapannya ketika ini. Dia sedang menunggu jawapan dari mulut Aiden dan anaknya, Hakimi iaitu jawapan yang ditanya olehnya sebentar tadi.
"Sebenarnya bonda, saya tak nak Najwa ikut lawatan ini. " Keras suara Hakimi menyatakan hasratnya itu. Mukanya kelihatan sangatlah serius. Puan Aminah yang baru sahaja mendengar jawapan yang telah diberitahu oleh Hakimi itu terus berasa pelik. Kenapa anaknya tidak mahu Najwa mengikuti lawatan itu?
Manakala Aiden yang sudahpun mengetahui dari awal tentang hasrat Hakimi yang tidak mahu Najwa mengikuti lawatan itu terus membantah. Dia juga telah datang ke pejabat Puan Aminah iaitu makciknya ini untuk meminta supaya Najwa seharusnya mengikuti lawatan itu kerana dia tahu yang Hakimi pasti tidak membenarkan Najwa mengikuti lawatan ini. Oleh itu dia bercadang untuk berjumpa dengan bonda Hakimi, Puan Aminah.
"Saya nak Najwa ikut lawatan ini. " Kata Aiden. Dia cuba membantah kata-kata Hakimi yang keluar dari mulut Hakimi tadi.
YOU ARE READING
Suamiku Tinggi 189cm?!!
RomancePANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di...