Bab 34

21.9K 995 60
                                    

Hi...😄😄😄Author minta maaf sangat sebab lama tak update😭... tapi sekarang author dh habis pt3...😁so bolehlah author update lagi... Jadi korang tunggu author update tau... 😋

Baiklah... Sebenarnya author nak cakap yang author akan tukar gaya penulisan author😑😑... So bab yang sebelumnya tu author akan tukar kalau author ada masa lapang... So sekarang ni selamat membaca... 😙

Dan author nak berterima kasih kepada JiSeOHyuL sebab dh tolong author buat cover baru... Thanks my tablemate 😘

-----

Hakimi berjalan menuju kearah kereta itu dengan langkah yang laju apabila kereta itu telahpun terletak elok di dalam kotak parking yang disediakan.

Najwa yang baru sahaja keluar dari perut kereta itu terkejut akan kehadiran Hakimi yang berada di hadapannya. Wajahnya kelihatan amat bengis.

"Kenapa kau tak balik semalam? "Soal Hakimi.

Dia berdiri tegak betul-betul di hadapan Najwa sambil tangannya menggenggam penumbuk. Menahan amarah yang sedang membuak-buak di dalam diri. Anak matanya menikam tepat kedalam anak mata isterinya.

Namun Najwa hanya mendiamkan diri. Berdiri kaku bagaikan boneka. Dia kemudian memandang kearah Aiden yang baru sahaja keluar dari kereta.

Hakimi yang perasan akan pandangan Najwa yang kini terarah ke tempat lain segera memandang dan sekarang pandangannya disapa oleh kehadiran Aiden yang mendekati mereka berdua iaitu merangkap kepada sepupunya.

"Apa kau buat kat sini?"Soal Hakimi apabila melihat Aiden yang berdiri disamping Najwa.

Aiden tersenyum sinis.

"Aku nak hantar Najwa. So, kenapa? "Jawab Aiden.

"Aku rasa kau ni tak tahu peraturan sekolah ni kot... Sebab untuk pengetahuan kau PELAJAR LUAR macam kau ni, dilarang untuk masuk ke kawasan sekolah tanpa kebenaran. So, pergi balik dekat sekolah kau tu sebab sekolah ni tak layak untuk kau. " ujar Hakimi pedas. Namun itu tidak membuatkan Aiden terasa sama sekali kerana dia tahu yang tak lama lagi dia juga akan menjadi pelajar sekolah ni dengan kebenaran ibu saudaranya iaitu ibu Hakimi yang merupakan pemilik sekolah menengah Elite ini.

"Aku tak akan pergi sebab tak lama lagi aku akan jadi pelajar sekolah ni juga. "Kata Aiden sengaja ingin membalas kata-kata Hakimi yang telah dilontarkan kepadanya tadi. Najwa yang sedar dari tadi hanya mendiamkan diri kerana takut akan perang mulut yang sedang dilakukan oleh kedua-dua lelaki yang berada dihadapannya.

"Siapa yang bagi kau kebenaran untuk sekolah sini? Mesti bonda yang suruhkan? "Soal Hakimi lagi. Terasa geram akan berita yang baru didengarinya ketika ini iaitu Aiden akan bersekolah satu sekolah dengannya.

"Memangpun,dah kau tak pandai nak jaga isteri sendiri. Memang patut pun bonda suruh aku satu sekolah dengan Najwa sebab aku mampu jaga dan lindungi dia. Bukan macam kau! Tak mampu nak hargai dia! "Balas Aiden dan setelah itu kolar bajunya dicengkam kuat oleh Hakimi.

"Kau... "Hakimi memegang kolar baju milik Aiden dengan tangan kanannya menyebabkan Najwa segera menghalang daripada berlakunya pergaduhan besar diantara mereka berdua iaitu hanya kerana dirinya.

"Hakimi sudahlah tu... "Rayu Najwa sambil tangannya memegang tangan Hakimi agar melepaskan pegangannya pada baju Aiden. Dia amat berharap agar Hakimi mendengar rayuannya. Kemudian Hakimi dengan perlahan-lahan melepaskan tangannya. Dia kini memandang Najwa yang berdiri di sebelah Aiden.

"Kau ni kan... Menyusahkan aku betullah! Aku nak kau balik rumah nanti! Kalau tak... Siap kau! "Herdik Hakimi lalu meninggalkan Najwa yang sedang ketakutan setelah diherdik tadi. Najwa yang menundukkan kepalanya ditegur oleh Aiden yang setia berada di sisinya.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now